Rania melihat Aralyn yang sedang bersiap mahu keluar. Tengah sakit pun sibuk nak keluar. Rania nak ikut, tak dibagi. Katanya nak healing.
"Kau betul ni nak pergi seorang?" Tanya Rania. Dah dua puluh kali Rania tanya soalan yang sama. Bukan apa. Risau.
"Ya Allah.. Rania. Dah banyak kali kau tanya aku soalan yang sama. Aku okay. Kau tak payah risau. Aku dah sihat." Jawab Aralyn dengan semangat.
"Kau tak payah nak menipu aku lah, Ara. Semalam kau dah menggigil-gigil. Aku yang kelang-kabut. Ini kalau jadi apa-apa masa kau dekat luar nanti, siapa nak tolong kau? Aku takda dengan kau. Bagi aku ikut lah." Berura-ura Rania mahu bangun dan pergi bersiap.
Tapi ditahan oleh Aralyn. Aralyn menolak Rania untuk duduk semula di kerusi.
"Don't worry. Aku dah okay. Aku dah kuat. Semalam tu.. alah, sikit je. Kau jangan lah over. Aku boleh. Aku nak keluar cari udara segar je. Nak relaks. Nak tenang. Cari inspirasi juga. Kau jangan lah risau sangat." Aralyn tetap degil mahu keluar sorang tanpa ditemani Rania.
Nak tak nak Rania terpaksa izinkan Aralyn pergi keluar seorang diri. Berat hati Rania nak bagi Aralyn pergi. Tapi Aralyn degil.
"Janji dengan aku yang kau akan balik dengan selamat." Serius nada suara Rania. Ditatap serata wajah Aralyn.
"Iya.. aku janji dengan kau. Aku akan balik dengan selamat. Macam mana aku keluar, macam tu juga bila aku balik." Kedua bahu Rania dipegang dan ditepuk perlahan oleh Aralyn.
"Yalah." Ketus Rania dengan riak cemberut.
Tersungging senyuman lebar Aralyn apabila Rania mengizinkannya pergi. Rania bukannya nak halang Aralyn keluar. Tapi Rania risau. Tapi kerisauan Rania ni dah macam mak-mak. Aralyn pula rasa macam anak.
"Thank you, Nia! Sayang kau banyak-banyak." Dipeluk Rania dengan erat.
Rania ni lah satu-satunya kawan dia. Takda Rania.. Aralyn tak tahu hidup dia dekat England ni macam mana. Mesti serabut. Lepastu jadi kelang-kabut. Nasib baik ada Rania yang jadi kawan baiknya di sini.
"You're welcome. Ingat janji kau." Laju Aralyn mengangguk sebelum melepaskan pelukan.
"Aku pergi dulu. Bye. Assalamualaikum." Ucap Aralyn bersama dengan senyuman manisnya.
"Waalaikumussalam." Sahut Rania.
Selepas itu, Aralyn berlalu keluar dari biliknya. Dia nak cari ketenangan sekejap. Tak tahu lah kenapa. Lepas saja Aralyn baca mesej dari Ku Zara semalam. Aralyn jadi terfikir tentang Ku Zaril.
Tapi Aralyn berharap sangat yang Ku Zaril tak jumpa dia di sini. Kalau sampai jumpa, habis lah. Tamat riwayat hidup Aralyn.
••••••••••
Aralyn melangkah masuk ke dalam kafe yang baru dibuka di sekitar kawasan apartmentnya itu. Aralyn ada dengar dari penduduk di situ yang mengatakan kafe ini ada jual berbagai dessert yang sedap. Jadi Aralyn nak mencuba memandangkan Aralyn adalah penggemar makanan manis.
Perempuan kan. Mesti suka yang manis-manis ni. Sebab apa? Sebab kita manis jadi nak rasa yang manis supaya kita jadi lebih manis.
Ecewah.. cie cie..
Aralyn terus bergerak menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Nasib baik tak ramai orang. Sebab masih awal. Jadi takda lah ramai orang sangat. Aralyn ingat dah ramai pelanggan tadi. Rupanya tak.
Itu yang Aralyn singgah masuk ke dalam kafe ini. Dapat lah dia jadi pelanggan yang terawal juga di kafe ini.
"Hello, good morning." Sapa Aralyn pada pekerja lelaki di kaunter itu.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...