- BAB 47 -

2.3K 151 10
                                    

( Dress Aralyn )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Dress Aralyn )

Malam nya, mereka sekeluarga menjemput rakan-rakan terdekat seperti klien dan pekerja-pekerja dari Royale High untuk hadir di majlis makan malam bagi meraikan Ku Zaril dan Aralyn.

Yalah, Aralyn dan Ku Zaril bersetuju untuk tidak melakukan majlis sanding. Tapi mereka berdua menukar dengan membuat majlis makan malam sambil menjemput orang-orang penting sahaja.

Sedari tadi, mata Ku Zaril sedikit pun tak berkedip atau berkalih dari terus menatap isterinya yang sangat cantik dan anggun pada malam ini. Dengan memakai tudungnya.

Ku Zaril sudah tahu niat Aralyn yang ingin terus memakai tudung. Sebagai suami, Ku Zaril sangat-sangat bahagia apabila Aralyn memberitahu tentang perkara tersebut. Habis satu muka Aralyn tadi dicium kerana terlampau bahagia.

"Dah, dah lah pandang Ara. Tak jemu ke?" Aralyn mencubit sedikit pipi kiri suaminya. Bukan Aralyn tak perasan yang Ku Zaril asyik tengok dia saja.

"Tak pernah jemu, sayang. Sayang cantik sangat malam ni. Lagi-lagi sayang pakai tudung. Demi Allah, isteri abang cantik sangat. MasyaAllah.. cantiknya bidadari abang." Puji Ku Zaril melambung-lambung.

"Puji Ara kerap-kerap ni, nak apa?" Tersungging senyuman manis Aralyn. Dia suka mendengar Ku Zaril memuji dirinya.

"Nak sayang lah." Jujur Ku Zaril tak berlapik.

Banyak mata memandang ke arah mereka berdua. Tapi langsung tak dikisahkan. Aralyn dan Ku Zaril rasa mungkin bumi ni diaorang yang punya.

"Mengada." Aralyn mencubit perut Ku Zaril. Berdesis sakit Ku Zaril jadinya. Digosok perutnya. Walhal Aralyn bukan cubit kuat. Tapi saja Ku Zaril nak mengada dan nak bermanja.

Tak lama kemudian, datang seseorang yang sangat Aralyn kenal. Tergamam sekejap Aralyn sebelum dia meneutralkan riak wajahnya.

"Hai, Ara. Long time no see." Sapa Rania bersama senyuman manisnya sambil memeluk Aralyn lalu dilagakan kedua pipinya dengan pipi Aralyn.

"Hai. Yah.. long time no see. Siapa yang jemput kau ni?" Tanpa basa-basi, Aralyn terus menyoal tentang kedatangan Rania. Rasanya Aralyn tak menjemput dia.

"You so mean. Aku kan kawan kau.. jadi takda masalah pun kan kalau aku datang? Sampai hati kau tak jemput aku. Aku terpaksa tebal kan muka untuk datang ke sini." Ketawa sinis Aralyn mendengar hal itu.

"Aku tak suruh kau tebal kan muka pun. Sebab apa? Sebab aku memang tak nak kau datang. Kau tetamu yang tak diundang dalam majlis malam ni. Tapi kalau kau nak menjadi tetamu dalam majlis ni, tolong hormat majlis orang. Jangan buat kecoh. Kau faham?" Tegas suara Aralyn memberi amaran kepada Rania.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now