- BAB 54 -

2.1K 165 5
                                    

Rania melihat gambar-gambar pernikahan Aralyn dan Ku Zaril yang tersebar luas di media sosial. Di mana-mana ada saja gambar Aralyn dan Ku Zaril.

Lagi sakit hati Rania bila membaca komen di ruangan komen yang disediakan. Rata-rata semua memuji kecantikan Aralyn dan betapa sesuainya Aralyn bersanding di sebelah Ku Zaril yang kacak itu.

Makin lama Rania memandang gambar Aralyn, makin sakit hati dia. Lama-lama Aralyn mencampak handphone nya di tepi. Rambutnya yang terjuntai di bahagian hadapan, Aralyn kuak ke belakang.

"Semuanya Aralyn, Aralyn, Aralyn! Apa yang bagus sangat dengan dia tu? Dah lah anak takda mak bapak. Pembawa sial sampai mak bapak mati. Bodoh." Bengang Rania.

Dari dulu dia memang tak suka dengan Aralyn. Entah apa yang bagus sangat Aralyn pun Rania tak tahu. Sebab apa tak tahu? Sebab Rania tu busuk hati. Dia cemburu dengan Aralyn.

Apa yang Aralyn ada, semua dia takda. Aralyn ada kerjaya bagus, dia takda. Aralyn ada keluarga yang baik dan sayang Aralyn, dia takda. Aralyn ada suami yang baik dan sangat mencintai Aralyn, dia tiada.

Pendek kata, semua yang Aralyn ada. Rania tiada. Bahkan satu pun Rania takda. Itu sebab dengki.

"Aku akan rampas semuanya, Aralyn. Aku nak kau terseksa dan rasa tak bahagia." Ujar Rania sambil menatap gambar Ku Zaril dengan senyuman penuh makna.

••••••••••

Berdebar-debar hati Aralyn tatkala menunggu Ku Zaril memberi komen kepada masakannya. Hari ini Aralyn memasak ayam ungkep buat kali pertama kerana semalam resepi itu lalu di fyp instagram nya.

Jadi hari ini Aralyn pun masak lah. Nampak macam sedap dan mudah dibuat. Ternyata agak rumit sedikit kerana kali pertama untuk Aralyn.

Dan sekarang Aralyn menunggu suaminya komen seakan menunggu chef memberi komen kepada peserta. Dah macam master chef gayanya. Rasa nak berpeluh Aralyn menunggu Ku Zaril komen.

"Hmm.. rasanya.. sedap. Rasa ayam." Komen Ku Zaril ringkas.

Berubah riak wajah Aralyn bila mendegar komen dari si suami. Itu saja? ITU SAJA?! Rasa ayam? Seriously Ku Zaril?! OH MY RASA NAK TERAJANG!

"Rasa ayam je?" Soal Aralyn sekali lagi. Mungkin suami dia salah komen. Dan berkemungkinan ada komen-komen yang lain.

"Yalah. Rasa ayam dah sayang masak ayam. Tapi sedap. Abang suka. Mana sayang jumpa resepi masakan ni?" Selamba saja Ku Zaril menjawab isterinya. Langsung tak perasan dengan perubahan si isteri.

"Internet." Sepatah Aralyn menjawab si suami.

"Oh. Pastu sayang belajar masak lah tadi ni?"

"Hm."

"Pandai isteri abang."

"Hm."

"Lepas ni sayang nak belajar masak apa? Abang nak tahu."

"Hm."

"Cuba sayang cari resepi masak daging pula. Abang macam teringin lah nak makan daging masak kicap."

"Hm."

Berkerut sedikit kening Ku Zaril apabila hanya mendengar deheman dari isterinya saja. Pelik. Kenapa isteri dia ni? Tadi elok saja. Excited kemain. Sekarang badmood pula.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now