Hanis menunggu kedatangan Aralyn. Sudah tiga puluh minit Hanis menunggu. Tapi bayang-bayang Aralyn masih lagi tidak kelihatan.
Air jus tembikai yang terletak di atas meja, Hanis ambil dan disedut sedikit untuk menyegarkan tekaknya. Sungguh terasa lega apabila air tersebut melalui kerongkong. Sejuk dan segar.
Tak lama selepas itu, Aralyn datang dan menegur Hanis. Aralyn seakan orang yang sedang melakukan maraton. Tercungap semacam.
"Sorry, kak Hanis. Jalan jem tadi. Parking pun susah nak jumpa. Penuh semuanya. Terpaksa parking jauh sikit dari kafe." Kata Aralyn seraya mendudukkan bontotnya di kerusi kosong di hadapan Hanis.
Tersenyum Hanis saat melihat Aralyn. Hanis ingat Aralyn tak jadi datang. Hanis baru nak rasa kecewa. Lega Hanis bila melihat Aralyn ada di depan matanya.
"Takpa, Ara. Yang penting Ara datang." Balas Hanis.
Aralyn menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Baru rasa lega sikit. Setelah itu, Aralyn membuat pesanan. Selesai saja, Aralyn mula fokus pada Hanis. Hanis cakap ada perkara nak dicakapkan.
"Kak Hanis ada apa nak jumpa Ara?" Tanya Aralyn sambil menegakkan badannya.
"Kak Hanis tak tahu nak cakap pada siapa. Tapi kak Hanis rasa tenang bila kak Hanis jumpa Ara. Kak Hanis rasa.. Ara orang yang paling kak Hanis percaya." Kata Hanis. Menjeda sekejap. Dipandang seluruh wajah manis Aralyn.
Ruas dahi Aralyn agak berkerut sedikit kerana tidak mengerti dengan apa yang Hanis bakal beritahu padanya.
"Maksud kak Hanis?"
"Kak Hanis ada penyakit kanser rahim tahap 4. Kak Hanis dah tak boleh nak rawat penyakit kak Hanis." Terkejut Aralyn tatkala mendengar apa yang diberitahu oleh Hanis barusan.
"Kak Hanis serius? Kak Hanis tak main-main?" Menggeleng kepala Hanis sambil mengukir senyuman kecil.
"Kak Hanis serius. Ini tentang nyawa kak Hanis. Kak Hanis dah tak larat. Kak Hanis penat. Jadi kak Hanis nak minta tolong pada Ara."
"Tolong apa?" Penasaran Aralyn. Tolong lah jangan minta tolong yang bukan-bukan.
"Kahwin dengan Aril. Gantikan kak Hanis." Berganda rasa terkejut yang Aralyn dapat hari ini.
"Kak Hanis jangan main-main. Ara tak nak. Ara tak layak untuk abang Aril. Kak Hanis je yang layak." Aralyn menolak permintaan Hanis.
"Tolong Ara. Kak Hanis tahu Ara sayangkan Aril. Ara ada perasaan dan hati pada Aril. Kak Hanis nampak. Sebab tu lah kak Hanis minta sangat pada Ara untuk gantikan kak Hanis. Kak Hanis dah tak mampu. Kak Hanis dah penat. Kak Hanis nak rehat. Ara je yang kak Hanis nampak layak untuk Aril." Laju kepala Aralyn menggeleng.
Ini kalau Ku Zaril tahu.. memang dia mampus. Ku Zaril bukan suka dengar perkara mengarut macam ni.
"Abang Aril tahu tentang penyakit kak Hanis?" Tanya Aralyn ingin tahu.
"Tak tahu. Kak Hanis tak nak bagitahu dia." Jawab Hanis perlahan.
"Jujur lah kak. Ara minta maaf sebab dah taruh perasaan pada abang Aril. Ara tahu yang Ara salah. Tapi untuk Ara tunaikan permintaan kak Hanis.. Ara minta maaf sangat yang Ara tak boleh terima dan tolong kak Hanis. Ara bukan orang yang tepat untuk abang Aril. Abang Aril tak pernah suka kan Ara. Abang Aril selalu layan Ara buruk. Jadi Ara tak boleh terima." Jujur Aralyn sehabis baik.
Aralyn harap dengan kejujuran dia ini. Hanis boleh memahami situasi antara Aralyn dan Ku Zaril.
"Kak Hanis akan cakap pada Aril. Ara tolong lah kak Hanis." Merayu Hanis supaya Aralyn dapat menerima permintaannya ini. Ini saja yang Hanis mahu.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...