- BAB 75 -

1.3K 157 3
                                    

Setelah beberapa jam Ku Zaril memandu dari Kuala Lumpur sehingga ke Terengganu. Akhirnya sampai juga di Terengganu. Aralyn? Tidur. Lepas setengah jam diaorang gerak keluar dari kawasan rehat, Aralyn kembali mendapatkan sleeping beauty dia.

Nasib baik Ku Zaril sayang dan cinta sangat-sangat. Kalau tak sayang, mahu dicampaknya Aralyn dekat tepi jalan. Tak kuasa dia nak melayan kerenah Aralyn yang macam ni.

Ku Zaril memberhentikan keretanya di hadapan satu rumah yang tidak berpenghuni. Tersenyum Ku Zaril apabila terbayangkan reaksi isterinya bila melihat rumah ini nanti.

Setelah itu, Ku Zaril berpusing menghadap sang isteri. Lena sungguh isteri cantik dia ni tidur. Langsung tak tahu yang mereka dah sampai.

"Sayang.. bangun. Kita dah sampai." Ku Zaril mengejutkan isterinya. Diusap perlahan pipi Aralyn. Hidung Aralyn ditarik sedikit supaya menyedarkan Aralyn.

Merengek Aralyn seraya menggosok hidungnya yang terasa gatal. Semua dek kerana Ku Zaril yang mencuit hidung Aralyn.

Tersungging senyuman Ku Zaril melihat telatah si isteri. Comel sangat. Geram lah.

"Sayang.. bangun. Kita dah sampai ni. Kang abang tinggalkan." Lagi kuat Aralyn merengek. Siap hentak kaki. Tapi perlahan saja lah hentak tu. Takda lah kuat macam budak-budak selalu buat.

Tantrum je kerja budak-budak zaman sekarang. Aku campak dalam loji taik baru tahu.

"Eii.. abang ni. Ara ngantuk lagi." Berkerut dahi Ku Zaril. Mengantuk? Tak puas-puas ke tidurnya? Dari tadi tidur tau. Aralyn tak macam ni. Selalunya elok.

"This is not you, sayang. Kenapa selalu cepat penat?" Tanya Ku Zaril ingin tahu.

Lantas Aralyn bangun dan menyegarkan biji matanya. Digosok sekejap mata dia sebelum dia berpaling memandang sang suami. Segarnya. Hehe.

"Jom. Dah sampai kan?" Semakin pelik Ku Zaril tengok isteri dia.

Tadi kemain mengantuk sangat. Sekarang segar lah pula. Mana satu ni? Konfius.

Pantas Aralyn membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari dalam kereta. Aralyn meliarkan matanya memandang ke sekeliling kawasan rumah ini. Aralyn macam.. kenal dengan rumah ni.

Ku Zaril mengekori langkah si isteri lalu ditutup pintu kereta dan menapak mendekati Aralyn. Dari tepi Ku Zaril memeluk isterinya.

"Abang, ini bukan ke.. rumah arwah aboh dan arwah ibu?" Tanya Aralyn inginkan kepastian.

"Yup. Ini rumah arwah aboh dan arwah ibu sayang." Jawab Ku Zaril bersama senyuman yang tertunas di bibirnya.

"Tapi.. rumah ni dan tanah ni dah kena jual."

"Abang beli semula. Lepastu abang renovate rumah arwah aboh dan arwah ibu bagi nampak cantik dan elok. Dan.. abang dah letak tanah dan rumah atas nama sayang. Jadi rumah ni sepenuhnya milik sayang." Kelu lidah Aralyn mendengar pengakuan Ku Zaril.

"Abang beli?" Ku Zaril angguk.

Bergenang air mata Aralyn. Dia berpaling memandang rumah yang tersergam indah di hadapan matanya. Rumah yang penuh dengan kenangan manis dan bahagia. Rumah ini tempat Aralyn membesar. Rumah ini menjadi saksi Aralyn sangat bahagia sewaktu arwah Encik Fakrul dan arwah Puan Jasnita masih hidup.

Banyak kenangan. Aralyn sampai menangis dulu bila dia tahu yang rumah ini kena jual.

Setelah itu, Aralyn memeluk suaminya. Wajahnya disembamkan pada dada sang suami dan menangis semahunya. Dia terharu. Aralyn tak sangka yang Ku Zaril sanggup beli semula tanah dan rumah arwah aboh dan arwah ibunya.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now