- BAB 13 -

2.2K 184 13
                                    

📍England

Pejam celik-pejam celik. Dah tiga bulan Aralyn berada di Manchester dan meninggalkan Malaysia serta orang-orang yang dia sayang di sana. Tipu kalau Aralyn kata tidak rindu. Tapi Aralyn terpaksa. Ada cita-cita yang perlu dia capai demi masa depannya dan membuat keluarganya bangga.

Terutama Nenda Zuraidah dan Engku Dayana. Walaupun mereka bukan darah daging Aralyn. Tapi Nenda Zuraidah dan Engku Dayana yang membelanya dari kecil. Jadi Aralyn harus membuat mereka bangga.

Sekurang-kurangnya Aralyn dapat membalas jasa penat lelah mereka. Aralyn akan senang bila melihat Nenda Zuraidah dan Engku Dayana senang.

Selama tiga bulan juga, Aralyn berhubung dengan keluarga angkatnya melalui video call atau mesej. Kadang-kadang saja Aralyn akan bertanya tentang Ku Zaril. Itu pun acuh tak acuh Ku Zara nak melayan soalan Aralyn yang itu.

Mengeluh sekejap Aralyn. Kepalanya dipicit seketika untuk menghilangkan rasa pening. Stress nya banyak assignment. Bertimbun-timbun. Siap satu, datang lagi satu.

Itu lah nama nya lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar. Tak pernah terlepas dari kata 'assignment dan projek'. Belum lagi campur dengan final exam. Urgh.. lagi stress.

Tak lama kemudian, pintu bilik Aralyn diketuk dari luar. Lantas Aralyn bangun dan membuka pintu biliknya. Ternyata Rania.

Rania ialah kawan Aralyn yang Aralyn kenal sejak dari hari pertama Aralyn pindah masuk ke dalam rumah sewanya. Rania ni housemate Aralyn dan merupakan kawan baik Aralyn juga. Mereka kebetulan mengambil bidang yang sama.

"Kau okay tak?" Tanya Rania.

"Okay je. Kenapa? Nampak macam aku tak okay ke?" Balas Aralyn seraya melangkah masuk ke dalam semula. Rania mengikut Aralyn dari belakang.

"Muka kau nampak pucat sikit. Itu yang aku tanya okay ke tak. Ke kau demam?" Rania duduk di birai katil.

Aralyn pula duduk semula di kerusi belajarnya. Dia kembali menghadap laptop. Pening kepala macam mana pun mesti kena buat kerja dan siapkan kerja. Tak boleh tangguh. Nanti makin banyak.

"Pening kepala sikit je. Tak demam pun." Jawab Aralyn perlahan. Keluh Rania. Aralyn ni terlalu kuat buat kerja. Kadang-kadang tak rehat. Suka penatkan diri sendiri. Bila ditanya ada yang nak ditolong atau tidak. Katanya boleh urus semua sendiri.

Walaupun mereka satu kumpulan. Tapi Rania tak suka dengan sikap Aralyn yang terlalu suka susahkan diri sendiri. Minta tolong juga lah dengan yang lain.

"Aku dah selalu cakap jangan penat kan diri. Aku ada. Aku boleh tolong kau. Sekarang ni kau juga yang rasa sakit. Pening lah apa lah. Haih." Bebel Rania yang kesal dengan perangai Aralyn.

Nak tolong orang lain. Tapi diri sendiri tak tertolong. Menyusahkan diri sendiri. Nasib baik lah setiap assignment dan projek mereka selalu bersama jadi satu ahli kumpulan.

"Takpa lah. Pening sikit je ni. Lepas makan ubat, okay lah. Tak payah risau." Aralyn memberi senyuman nipis kepada Rania. Aralyn tak nak Rania rasa susah hati.

"Suka hati kau lah. Tapi kalau kau nak apa-apa. Panggil je aku. Sekarang ni.. aku tak nak kau bantah aku. Kau pergi rehat, biar aku yang settle kan kerja ni. Pergi makan. Aku dah siap masak untuk kau." Bingkas Rania bangun dan mendekati Aralyn.

Tangan Aralyn ditarik supaya Aralyn berdiri. Aralyn malas nak melawan. Dia sendiri tengah tak larat ni. Rania membawa Aralyn keluar dari bilik Aralyn lalu ditarik tangan Aralyn menuju ke meja makan.

Rania tidak lah sehebat Aralyn bila memasak. Tapi boleh lah lagi. Masak yang ringkas dan senang saja. Ini pun Rania buatkan bubur sayur dan ada sedikit sambal ikan bilis. Biar ada rasa pedas sikit. Takda lah Aralyn rasa muak bila makan.

"Thank you, Nia." Ucap Aralyn ikhlas.

Aralyn bersyukur sangat sebab ditemukan kawan sebaik Rania. Aralyn ingat dia akan seorang diri bila di sini. Rupanya tak.

"Sama-sama. Dah kau makan. Pastu nanti makan ubat dan rehat. Jangan fikir pasal assignment. Tu semua biar aku siapkan." Kata Rania.

Mengangguk faham Aralyn. Aralyn susah sikit nak demam. Tapi bila dah dapat sakit memang susah nak baik. Lambat sikit nak baiknya.

Dan Alhamdulillah.. Aralyn selalu buat check up ke doktor dan Aralyn tak pernah missed makan ubat pencegah hamil. Doktor kata Aralyn tak mengandung. Dua hari lepas Aralyn takut juga mana tahu dia mengandung sebab tiba-tiga demam dan pening kepala teruk macam ni.

Tapi doktor kata tidak. Hanya kepenatan saja. Bukan sebab mengandung. Masa tu Aralyn nak sujud syukur. Kalau sampai Aralyn disahkan mengandung, Aralyn tak tahu nak buat apa. Dia buntu.

Selepas Rania memastikan Aralyn makan. Rania masuk semula ke dalam bilik Aralyn. Dia menyambung kerja Aralyn dan disiapkam hingga akhir. Takda banyak sangat dah kerjanya. Tinggal sikit saja lagi.

Setelah hampir empat puluh minit Aralyn makan. Aralyn mengemas meja makan dan mencuci mangkuk serta cawan yang dia gunakan tadi. Selesai saja, Aralyn masuk ke dalam biliknya semula.

Dilihat Rania fokus menghadap laptop nya. Baru saja kaki Aralyn mahu melangkah merapati Rania. Handphone nya berdenting tanda ada satu mesej baru yang diterima.

Zara 🌸
- Ara, aku nak bagitahu yang along cari kau. Pastu aku dengar dia flight pergi England. Hati-hati. Dia tak tahu kau dekat sana. Tapi aku takut kalau dia terserempak dengan kau.

Mengeluh berat Aralyn bila membaca pesanan dari Ku Zara. Dalam banyak-banyak tempat yang ada dalam dunia ni, kenapa kena flight datang England? Kenapa tak pergi Makkah? Buat umrah terus. Biar Ku Zaril tu insaf.

Handphone nya terus ditutup. Malas Aralyn nak ambil tahu. Biar lantak lah sana. Pandai-pandai lah Aralyn dekat sini nanti. Lagipun England ni bukan kecil. Besar. Penduduknya pun ramai.

Rania mengerling Aralyn sekilas. Dapat dia lihat kerutan di dahi Aralyn. Macam banyak sangat masalah tu.

"Kau kenapa?" Tanya Rania dan dapat membuat Aralyn terkejut.

"Em.. takda apa. Aku nak rehat sekejap. Kau boleh siapkan ke tu?" Elak Aralyn dari menjawab soalan Rania. Rania ni dah macam polis. Banyak soalan dia nanti. Lebih baik elak.

"Boleh je. Kau rehat lah. Kalau nak apa-apa, cakap dengan aku." Perlahan Aralyn mengangguk.

Usai itu, Aralyn membaringkan dirinya di atas katil lalu menarik selimut menutup sebahagian tubuhnya. Selepas itu, Aralyn menutup matanya. Pening dia tak main-main. Aralyn betul-betul perlukan rehat sekarang ini.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now