- BAB 68 -

1.3K 146 12
                                    

Rania memarkirkan kereta Myvi miliknya di perkarangan rumah keluarga Ku Zaril. Hari ini, dia ada tujuan. Tujuan yang sangat besar. Peluang untuk Rania. Tapi Rania tidak tahu apa yang akan terjadi bila dia dengan berani datang ke rumah keluarga Ku Zaril.

"Huh! Besar rumah. Ini kalau aku dapat duduk sini.. seronoknya. Goyang kaki je 24 jam. Tak payah susah-susah aku nak kerja. Rumah besar macam ni mesti banyak maid. Beruntung betul kalau aku jadi isteri Zaril." Kalau lah.. kalau. Tapi Ku Zaril tak nak kau. Berangan saja lebih.

Susah betul hidup Rania ni. Asyik nak berangan saja. Tapi itu lah. Rania tak tahu kehidupan dia selepas ini akan jadi apa bila dia dah berani datang ke sini. Rania ni umpama masuk ke kandang harimau. Mangsa yang menyerahkan diri ke pemangsa.

Setelah itu, Rania melihat ke cermin untuk membetulkan rambut dan lipstik yang dia guna agar tidak comot. Minyak wangi disembur pada leher. Rania ada misi penting yang harus diselesaikan. Dia perlu mainkan watak dia dengan baik agar seluruh keluarga Ku Zaril percaya dengan dia.

Terutama tentang budak yang tengah dia mengandungkan sekarang ini. Entah anak siapa-siapa pastu kau tuduh Ku Zaril. Semata-mata nak kan kesenangan. Haih.. parah.

"Aku akan pastikan.. kali ni, aku dapat Zaril. Dan Aralyn.. bye, bye." Kata Rania sendiri sambil ketawa suka.

Selepas itu, Rania membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari dalam kereta myvi miliknya. Rania membetulkan baju kurung yang dipakai serta selendang yang tersarung di atas kepala. Hanya sekadar terletak sahaja. Bukan pakai sampai nak pin bagai tu. Dia tak beria dan tak ingin nak pakai tudung.

Bagi Rania tudung tu sangat low class. Pakai baju kurung ni pun terpaksa. Nak tunjuk baik. Karang tunjuk buruk siapa yang nak? Takda siapa nak. Silap-silap Engku Dayana pun takkan jadi nak simpati dengan dia dan suruh Ku Zaril kahwin serta bertanggungjawab.

Itu pun kalau Engku Dayana tak bodoh lah. Tiber nak suruh Ku Zaril kahwin dengan perempuan yang Engku Dayana sendiri pun tak kenal. Bukan setakat Engku Dayana sahaja yang tak restu. Nenda Zuraidah apatah lagi. Mahu dihalaunya Rania.

Setelah Rania rasa pakaiannya elok. Dia mula mengorak langkah menuju ke pintu utama. Mukanya dibuat betul-betul sedih.

"Assalamualaikum." Ucap Rania memberi salam. Tapi tiada respon dari tuan rumah.

"Assalamualaikum." Rania mencuba sekali lagi. Kali ini, ada yang menyahut dan menjawab salam dari Rania.

Tak lama selepas itu, pintu rumah terbuka dari dalam. Engku Dayana melihat perempuan yang berdiri di hadapan luar pintu rumahnya. Engku Dayana tidak kenal. Siapa ni?

"Waalaikumussalam. Cari siapa?" Tanya Engku Dayana sambil melakarkan senyuman nipis kepada Rania. Bersinar mata Rania apabila melihat Engku Dayana di hadapannya sekarang. Tapi Rania perlu kawal reaksi dia.

Jangan terlalu obvious. Nanti nampak macam dia ni terhegeh-hegeh. Padahal memang terhegeh-hegeh pun. Tak sedar diri. Rania meneutralkan semula riak wajahnya.

"Saya, Rania. Kawan Aralyn. Saya datang sini cari Engku Dayana. Ada hal penting yang saya nak cakap. Ini soal maruah saya." Kata Rania dengan nada suara sedikit sedih.

Berkerut dahi Engku Dayana apabila perempuan di hadapannya ini mahu berjumpa dengannya.

"Saya sendiri Engku Dayana. Sila masuk. Kita bercakap dekat dalam." Arah Engku Dayana selari mempersilakan Rania masuk ke dalam.

Entah apa tujuan perempuan yang datang untuk berjumpa dengan dia ni pun Engku Dayana tak tahu. Tapi Engku Dayana dapat rasakan seperti ada sesuatu yang ingin diberitahu dan ini mungkin melibatkan anak dan menantunya.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now