Dua tahun berlalu
Pejam-celik, pejam celik. Sudah dua tahun masa berlalu. Rasa cepat sangat. Aralyn pun dah nak habis belajar. Tapi Aralyn tak rasa nak balik Malaysia lagi. Apa lagi bila Ku Zaril masih menuntut apa yang dia cakap dua tahun lalu.
Dan dalam masa dua tahun ini juga, bunga-bunga dari Ku Zaril tak pernah ketinggalan. Siap dengan ayat-ayat manis pujangga. Walaupun Ku Zaril tak jumpa dia. Tapi Ku Zaril selalu pantau dari jauh.
Setiap kali Ku Zaril flight ke England. Ku Zaril akan tengok Aralyn dari jarak jauh. Nak jumpa dekat-dekat takut Aralyn tak sudi. Lagi pula Aralyn masih belum maafkan dirinya. Ku Zaril akui yang dia rindu pada Aralyn. Tapi tak boleh nak buat apa.
Nak lepaskan rindu pun hanya boleh tengok gambar. Kalau ke England lah baru boleh tengok depan-depan. Tapi dari jauh. Redha saja lah, Ku Zaril.
"Sampai bila kita nak duduk sini?" Tanya Ku Kamal sambil menyepetkan matanya. Panas cot. Mamat ni tak panas ke?
"Sabar lah. Aku tengah tengok buah hati." Berdecit Ku Kamal. Menyampah pula di tengok Ku Zaril.
"Aku lapar ni. Kau tak lapar ke? Ke kau takda perut? Tu sebab tak lapar." Perli Ku Kamal dengan gaya bersahaja. Perutnya digosok perlahan. Lapar gila.
Tapi Ku Zaril tak faham-faham. Sebenarnya dari tadi lagi dia dah bagi hint. Boleh pula Ku Zaril buat tak tahu. Campak dalam tasik ni karang. Ada yang jadi duyung.
"Sabar lah. Kau ni pun. Bagi lah aku chance tengok Ara puas-puas." Menjelek muka Ku Kamal. Apa yang tak puasnya lagi? Dari pagi. Dari pagi Ku Zaril dah tarik dia duduk tengok Aralyn dari jauh. Kenapa tak pergi dekat saja? Haih.
Ini lah dia. Dulu benci sangat. Sekarang jadi sayang. Termasuk cinta. Ha.. padah dulu. Benci lagi. Sampai ambik hak orang tu. Tak pasal-pasal sekarang ni kena tengok dari jauh saja. Tak boleh nak dekat. Padan muka.
"Kalau kau tak junjung ego kau dulu. Mesti sekarang kau duduk sebelah dia. Pastu.. mesti Ara tengah bergurau dengan kau. Gelak-gelak dengan kau. Kongsi cerita dengan kau. Ara punya senyuman boleh memikat hati lelaki tau. Dah lah kau jarang-jarang ke sini. Mesti ramai lelaki nak try Ara kan?" Sengaja Ku Kamal panaskan hati Ku Zaril.
Menjeling Ku Zaril memandang Ku Kamal yang duduk tenang di sebelahnya. Mata Ku Kamal pun tak lepas melihat Aralyn dari jauh. Makin cantik Aralyn sekarang. Ku Kamal suka tengok Aralyn yang sekarang. Lebih bahagia, ceria dan gembira.
"Kau suka Ara juga?" Laju kepala Ku Kamal menoleh merenung Ku Zaril.
"Aku anggap Ara macam adik aku. Tak pernah terlintas aku nak suka dia. Lagipun kau suka dia. Aku tahu dari dulu, Ril. Aku tahu dulu berbanding diri kau yang suka junjung ego tak berkesudahan kau tu." Sinis Ku Kamal berkata. Bukan apa. Saja nak sedarkan Ku Zaril.
"Tak perlu kot perli aku. Sakit telinga aku dengar." Mencebik bibir Ku Kamal. Sakit telinga konon. Hadap saja lah.
Mahu dia tak sakit telinga. Dekat rumah pun selalu kena perli dengan Nenda Zuraidah dan Engku Dayana. Masa awal-awal tahu Ku Zaril buat salah besar pada Aralyn. Memang Engku Dayana tarik telinganya. Lepastu, Engku Dayana langsung tak ambil peduli tentang Ku Zaril.
Sebulan juga lah Engku Dayana buat tak layan anaknya. Ku Zaril bercakap pun Engku Dayana buat tak tahu. Banyak kali Ku Zaril minta maaf sampai melutut memohon kemaafan dari Engku Dayana. Tapi Engku Dayana saja buat keras hati.
Nenda Zuraidah lagi lah. Asal nampak muka Ku Zaril mula lah jadi nenek mulut laser. Asyik kena perli. Nenda Zuraidah pun asyik menyinis saja dengan Ku Zaril. Asal Ku Zaril buka mulut, Nenda Zuraidah suruh diam. Jangan bercakap.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...