Perlahan-lahan Ku Zidan datang mendekati Aralyn yang berada di dapur. Dilihat Aralyn seakan sedang melakukan sesuatu. Tapi Ku Zidan tidak dapat melihat apa yang Aralyn tengah lakukan.
"Kak Ara." Seru Ku Zidan memanggil Aralyn. Berpaling Aralyn menghadap Ku Zidan.
"Iya, Idan." Sahut Aralyn bersama senyuman yang cantik terukir di bibir.
"Kak Ara buat apa? Idan nak tengok." Panjang leher Ku Zidan mengintai apa yang Aralyn tengah buat.
"Oh.. kak Ara tengah hias kek." Kata Aralyn seraya memusingkan badannya menghadap kek semula. Pantas Ku Zidan merapati Aralyn dan berdiri di sebelah Aralyn.
"Wah.. ada kek. Kek apa ni? Kenapa kak Ara buat kek?" Teruja Ku Zidan apabila melihat kek yang sangat menyelerakan itu. Beberapa kali Ku Zidan menelan air liur.
"Kek coklat moist. Kak Ara buat kek hari jadi abang Aril. Hari ni kan hari jadi dia. Jadi akak buat lah kek. Saja nak bagi suprise. Harap-harap abang Aril suka. Tapi kak Ara tak tahu kek ni sedap ke tak." Beritahu Aralyn dengan tangannya masih lihat menghias kek.
Mengangguk faham kepala Ku Zidan. Haah. Hari ini hari jadi abang dia yang annoying tu.
"Kenapa kak Ara buat kek untuk abang Aril? Tak payah buat. Abang Aril selalu buat jahat pada kak Ara. Idan dapat rasakan yang abang Aril takkan hargai pemberian kak Ara ni. Dari abang Aril tak hargai. Lebih baik buatkan kek untuk Idan je. Idan lebih hargai sebab Idan suka makan makanan dari hasil air tangan kak Ara. Rasa dia.. superb!" Puji Ku Zidan sembari memberi dua jari thumbs-up kepada Aralyn.
Tergelak Aralyn melihat tingkah Ku Zidan. Ku Zidan ni comel. Geram Aralyn. Ya, memang Ku Zidan selalu hargai apa yang Aralyn buat. Makanan yang Aralyn masak tak sedap pun, Ku Zidan boleh kata sedap.
Aralyn sayang sangat pada Ku Zidan. Aralyn dah anggap Ku Zidan macam adik kandung dia. Kalau Ku Zidan takda, hidup Aralyn sunyi sebab takda siapa yang nak panggil dia 'Kak Ara' banyak kali. Sikit-sikit kak Ara. Ku Zidan sampai lupa agaknya yang dia ada kakak lain.
Nasib baik lah Ku Zara sejenis yang tak kisah. Bukannya sikit-sikit terasa. Ku Zara sangat cool ya. Lagi satu dia pun malas nak layan adik dia. Aralyn saja yang rajin melayan. Aralyn kan anak tunggal. Lagi pula Aralyn suka dengan budak-budak. Jadi senang lah untuk Aralyn melayan Ku Zidan.
"Idan doa lah supaya abang Aril hargai pemberian kak Ara ni. Okay?" Mencebik bibir Ku Zidan mendengar permintaan Aralyn. Malas lah. Tapi sebab Ku Zidan sayangkan Aralyn sebagai kakak dan sudah menganggap Aralyn sebagai kakak. Jadi Ku Zidan turutkan jua.
"Idan buat sebab kak Ara." Kata Ku Zidan.
Terbit senyuman Aralyn lalu digosok atas kepala Ku Zidan. Baiknya lah si budak Zidan ni. Tak macam abang dia.
"Idan tolong kak Ara lah. Ada apa-apa yang Idan boleh tolong?" Tanya Ku Zidan. Disengetkan sedikit kepalanya memandang Aralyn.
"Boleh. Idan pergi depan tengok bonda dah balik belum. Senang kita nak suprisekan abang Aril. Bonda keluar dengan abang Aril dan kak Zara tadi." Mengangguk Ku Zidan mengerti dengan arahan Aralyn.
Tanpa menunggu lagi, Ku Zidan cepat melangkah menuju ke pintu utama. Aralyn pula bersiap-siap mahu menyelesaikan semuanya.
Ini semua rancangan Engku Dayana. Engku Dayana minta Aralyn buatkan kek. Jadi Aralyn buat saja. Lagipun Aralyn memang ada terfikir nak buat kek untuk Ku Zaril bila tiba hari jadi Ku Zaril.
Tak lama selepas itu, kedengaran suara Ku Zidan menjerit memberitahu pada Aralyn yang bonda dah balik.
"Kak Ara.. bonda dah sampai!"
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...