- BAB 51 -

2.1K 156 10
                                    

Ku Zaril memandang isterinya yang sedang duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Sejak balik dari supermarket tengah hari tadi, Aralyn banyak diam.

Mengeluh Ku Zaril dibuatnya apabila melihat keadaan isterinya begitu. Tapi sekarang Ku Zaril nak keluar. Ada hal yang perlu diselesaikan. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati si isteri yang masih belum sedar kewujudannya.

Berdehem Ku Zaril lalu dia menundukkan sedikit badannya dan mencium ubun-ubun sang isteri. Tersentak Aralyn. Dia berpaling memandang suaminya yang elok memakai seluar tracksuit dan baju T biasa.

"Abang nak keluar ke?" Tanya Aralyn ingin tahu.

"Ha'ah, sayang. Abang nak keluar sekejap. Nak pergi gym. Dah janji dengan Kamal tengah hari tadi. Boleh abang keluar?" Ku Zaril melabuhkan punggungnya di sebelah Aralyn seraya menatap penuh seraut wajah cantik milik si isteri.

"Oh.. boleh. Nanti kirim salam dekat abang Mal. Abang jangan balik lewat tau? Sayang sorang-sorang dekat rumah." Kata Aralyn sembari memeluk lengan suaminya dan menyandarkan kepalanya di bahu Ku Zaril.

Aralyn merasa selamat bila berada dekat dengan Ku Zaril. Aralyn tak boleh nak menghalang suaminya dari keluar walaupun Aralyn nak Ku Zaril jangan pergi mana-mana sekarang ni.

"Okay, terima kasih sayang. Sayang nak apa-apa tak? Nanti masa abang on the way balik, abang belikan." Mana tahu isterinya ada mahu makan sesuatu ke atau inginkan sesuatu.

"Takda. Nak abang balik cepat dan selamat. Itu je." Tutur Aralyn sambil mendongakkan kepalanya memandang Ku Zaril.

Terbit senyuman kacak Ku Zaril saat mendengar bicara sang isteri. Pipi Aralyn dicium geram. Comel sangat isteri dia ni. Mahu Ku Zaril tak geram tengok isteri sendiri. Dah lah kecil macam budak kecil.

"Okay lah. Abang nak pergi ni. Nanti bebel pula si Kamal tu. Betul sayang tak nak apa-apa?" Mengangguk Aralyn menjawab suaminya.

"Tadi banyak beli snack kan?"

"Ha'ah. Sebab tu Ara tak nak apa-apa. Ingatkan nanti nak makan aiskrim."

"Nope. Nak makan aiskrim tunggu abang balik." Berkerut dahi Aralyn. Dah kenapa nak kena tunggu Ku Zaril balik baru boleh makan aiskrim?

"Hm.. sikit je. Nanti abang balik, Ara makan lagi." Menggeleng kepala Ku Zaril tidak membenarkan isterinya makan aiskrim.

"Okay.." Cemberut terus muka Aralyn apabila Ku Zaril tidak bagi izin untuk makan aiskrim.

"Sekejap je sayang. Makan je snack dulu. Tak pun makan kek yang sayang beli tu ke." Ku Zaril memujuk isterinya semula.

Ada sebab kenapa Ku Zaril tak bagi izin isterinya makan aiskrim tanpa dia. Ku Zaril nak goda isteri dia malam ni. So.. ehem!

"Aight. Dah lah abang pergi sana. Nanti kang abang Mal bising. Abang juga yang tak nak dengar dia bebel." Secara halus ke ni menghalau suami sendiri?

"Halau abang?" Memincing mata Ku Zaril merenung isterinya.

"Eh tak.. mana ada." Aralyn menafikan perkara itu. Walhal ya. Hoho. Nak makan aiskrim senyap-senyap.

Ku Zaril tak percaya. Pandangannya masih tunak merenung Aralyn. Kedua tangannya naik memeluk pinggang sang isteri.

"What? Pergi lah cepat. Nanti abang Mal call." Aralyn menolak tangan suaminya dan menolak Ku Zaril untuk bangun. Ini kalau dibiarkan makin lama tak tahu apa jadi.

"Okay, sayang.. cakap tak halau. Tapi macam menghalau." Terletus tawa Aralyn. Geram betul Ku Zaril dengan isteri dia ni.

••••••••••

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now