📍England
Mencebik Rania apabila memandang Aralyn yang sedang berdiri di atas pentas. Aralyn mendapat anugerah sebagai pelajar terbaik. Panas hati Rania bila melihat senyuman lebar Aralyn.
Sungguh Rania tak suka bila melihat kejayaan yang dicapai Aralyn. Sepanjang Rania kenal Aralyn, semua orang suka dengan Aralyn.
Aralyn baik. Aralyn cantik. Aralyn manis. Aralyn sopan. Aralyn lemah lembut. Aralyn pandai. Dan semuanya Aralyn. Rania benci bila semua orang puji Aralyn.
Sepanjang Rania berkawan dengan Aralyn, semakin lama semakin Rania tak suka dengan Aralyn. Bagi Rania, Aralyn ada keluarga yang sempurna walaupun hanya keluarga angkat. Aralyn ada kawan rapat seperti Ku Zara. Aralyn ada lelaki yang sukakan Aralyn dan lelaki tu hensem. Siapa lagi kalau bukan Ku Zaril.
Rania nak apa yang Aralyn ada. Rania nak Ku Zaril. Rania nak Ku Zara. Rania nak keluarga seperti keluarga Aralyn. Rania nak semua. Dan Rania benci Aralyn.
Jujur Rania bencikan Aralyn dah lama. Semuanya sebab Rania tengok gambar Ku Zaril dan Rania mahukan Ku Zaril. Kerana bagi Rania bila dia dapat Ku Zaril. Itu bermakna Rania boleh dapat semuanya.
'Aku benci kau, Ara. Aku akan buat kau jatuh.' Getus hati Rania dengan penuh rasa hasad dengki.
••••••••••
Tersenyum lebar Aralyn bila kawan-kawan sekelasnya mengucapkan tahniah kepadanya. Sungguh Aralyn rasa bahagia sangat hari ini kerana pencapaian yang dia dapat. Aralyn tak sangka yang dia akan dapat anugerah sebagai pelajar terbaik.
Tapi satu saja yang Aralyn pelik. Kenapa Rania jauhkan diri dari dia? Nak ucap tahniah pun tidak. Aralyn tidak menghadap sangat ucapan itu. Cuma Aralyn merasa pelik dengan perangai Rania sejak kebelakangan ini.
Aralyn dapat rasa yang Rania berubah. Tidak lagi seperti Rania yang dia kenal awal-awal dulu.
Selepas itu, Aralyn berjalan menghampiri Rania yang sedang duduk sambil mengscroll instagram. Riak muka Rania pun menunjukkan rasa malas yang sangat terpapar di wajahnya.
"Nia." Panggil Aralyn setelah dekat dengan Rania lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadap dengan Rania.
Rania sekadar memandang sekilas muka Aralyn. Langsung takda riak gembira atau seronok.
"Kau okay ke? Penat eh?" Tanya Aralyn prihatin.
"Okay je. Kau dah habis ke sesi ucapan tahniah dari kawan-kawan kau tu?" Sinis Rania bercakap selari membuat muka jengkel.
"Dah. Kau nak balik sekarang? Ke kau ada nak pergi tempat lain?" Walaupun Aralyn terasa sedikit dengan kata-kata Rania tadi. Tapi Aralyn tetap berbuat biasa seakan tidak terasa apa-apa.
"Balik lah. Aku penat teman kau." Sejurus itu, Rania bingkas bangun dan berjalan meninggalkan Aralyn di belakang.
Tidak sempat Aralyn ingin bercakap. Rania dah meluru pergi tinggalkan dirinya. Berkerut sedikit dahi Aralyn kerana tidak memahami dengan sikap Rania. Sekejap okay, sekejap tak okay.
Keluar saja Aralyn dari dewan besar itu. Tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Berpusing Aralyn menghadap figura yang menariknya itu. Rania turut menghentikan langkah kakinya dan memandang ke arah Aralyn serta lelaki yang bersama Aralyn. Macam Rania kenal.
Ku Zaril!
Pantas Rania bergerak mendekati Aralyn semula. Diubah riak wajahnya menjadi manis.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...