Selepas 8 Tahun
Lega Aralyn rasakan sekarang apabila dia sudah menghabiskan peringkat ijazah sarjana muda di bidang art interior designer di UITM. Sekarang Aralyn perlu fokus pada peringkat seterusnya iaitu master. Tapi Aralyn masih belum tahu sama ada sambung di UITM atau di tempat lain.
Ikutkan Aralyn mungkin dia hendak sambung master di tempat lain. Tapi tengok lah dulu. Aralyn masih belum berbincang dengan Engku Dayana dan Nenda Zuraidah.
Lagi pula sebelum ini Aralyn ada kata ingin berkerja selepas habis degree. Tapi Nenda Zuraidah dan Engku Dayana tidak menyokong keputusannya itu. Nenda Zuraidah menyuruh Aralyn untuk habiskan belajar sehingga ke peringkat master atau PhD. Jadi Aralyn rela sampai master sahaja.
Ku Zara pula ambil bidang bahagian perniagaan. Dari dulu cita-cita Ku Zara adalah ingin membuka butik jenama sendiri. Dia turut ingin menjadi seorang pereka fashion terkenal. Sambil-sambil itu dia juga akan membuka perniagaannya sendiri bermula dari yang kecil dahulu. Ku Zara ingin belajar.
Ku Zidan? Budak tu masuk saja umur 14 tahun dah dicampak ke sekolah sukan. Suka bersukan kan. Asyik nak main bola saja. Jadi Nenda Zuraidah dan Engku Dayana ambil inisiatif untuk menghantar Ku Zidan ke sekolah sukan.
Biar dia fokus di sana. Lagipun nampak potensi Ku Zidan dalam sukan bola sepak. Mana tahu boleh jadi seorang player football yang terkenal satu hari nanti dan lagi menarik mana tahu boleh bermain di pasukan luar negara.
Who knows? Rezeki Allah tiada siapa yang boleh agak.
Tentang Ku Zaril. Itu lagi lah degil. Cukup sampai degree. Lepastu Ku Zaril terus melanjutkan kerja sebagai seorang pilot.
Tak dapat dinafikan yang Ku Zaril semakin kacak. Setiap hari selalu saja buat jantung Aralyn berdegup laju. Tipu kalau Aralyn kata takda hati dan perasaan terhadap Ku Zaril. Tapi takkan Aralyn nak confess. Sudah tentu lah akan ditolak.
Ku Zaril mana pernah sukakan dia. Dari dulu lagi. Jadi Aralyn hanya mampu pendam perasaannya itu. Tapi tanpa Aralyn tahu, Ku Zaril dah lama tahu tentang perasaan Aralyn terhadap dirinya. Cuma Ku Zaril buat tak endah. Sebab bagi Ku Zaril selagi Aralyn tidak bertindak yang bukan-bukan seperti meluahkan perasaan.
Ku Zaril takkan buat perkara yang bukan-bukan. Ku Zaril masih lagi tahu batas untuk hormat seorang perempuan dan tidak menyakitkan hati perempuan. Lagi-lagi sekarang Ku Zaril sudah ada belahan hati.
Itu lah salah satu punca Aralyn senyap dan memendam perasaannya itu. Aralyn tak nak kecewa dan rasa patah hati. Walaupun dia memang dah patah hati apabila mengetahui Ku Zaril sudah ada seseorang istimewa. Aralyn hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk Ku Zaril saja.
"Ara." Tersentak Aralyn apabila namanya diseru dari belakang. Lantas Aralyn memusingkan badan dan melihat gerangan yang memanggilnya itu.
"Eh? Kak Hanis?" Senyum Hanis pada Aralyn.
"Ara seorang je ke? Zara takda?" Menggeleng Aralyn seraya mempersilakan Hanis untuk duduk sama di kerusi kosong di hadapannya.
"Zara ada kelas. Jadi Ara seorang je lah. Kak Hanis sendiri? Seorang?" Saja Aralyn bertanya sebagai tanda berbasa-basi dan mencari topik perbualan.
"Sekarang seorang lah. Kejap lagi Aril sampai. Kitaorang ada lunch date. Lepastu nanti nak cari barang hantaran kahwin." Kata Hanis.
Ya, Ku Zaril dah bertunang. Hanis Talia. Ini lah nama pujaan hati Ku Zaril. Sudah berkenalan sejak dari tiga tahun yang lalu dan baru sekarang mereka berdua mengambil keputusan untuk melangkah ke hubungan yang lebih serius.
"Oh. Yeke? Best nya cari barang hantaran. Dah berapa peratus siap semuanya? Ada yang nak Ara tolong? Ara pun takda buat apa." Pelawa Aralyn. Mana tahu Hanis inginkan pertolongan untuk menyiapkan majlis.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...