- BAB 62 -

1.6K 164 10
                                    

Ku Zaril merenggangkan badannya setelah masuk ke dalam bilik hotel. Akhirnya sampai juga selepas 5 jam memandu. Penatnya..

Sekarang dia kena call Aralyn. Ku Zaril dah rindu sangat dengan isteri dia. Lima jam tak dengar suara isterinya, memang Ku Zaril rindu. Ini kalau ada depan mata, 24 jam Ku Zaril peluk tak lepas.

Selepas beberapa deringan, panggilan telefon Ku Zaril dijawab oleh Aralyn. Tersenyum lebar Ku Zaril tatkala mendengar suara lembut isterinya itu.

"Assalamualaikum, abang." Ucap Aralyn dahulu.

"Waalaikumussalam, cinta hati abang." Jawab Ku Zaril seraya membaringkan badan di atas katil.

"Abang buat apa? Dah sampai?" Soal Aralyn ingin tahu. Sumpah Aralyn rindu sangat dengan suami dia ni. Rasa nak menangis sebab berjauhan dari Ku Zaril.

"Abang baru sampai sayang. Tengah baring ni. Nak rehat. Bosan. Tu call sayang. Abang rindu.. isteri abang ni." Sebak hati Aralyn mendengar luahan kata rindu dari sang suami.

"Ara.. Ara pun rindu abang. Ara nak abang. Ara nak peluk abang." Bergetar suaranya membalas luahan rindu si suami. Lantas Ku Zaril bangun dari baringannya dan duduk menegak di birai katil.

Ini yang lemah. Ku Zaril tak suka dengar suara isterinya begini. Tolong lah jangan buat macam ni. Jangan seksa dia. Ku Zaril pun rindu. Tapi Ku Zaril tahan saja ni. Kalau boleh terbang ke sana, Ku Zaril terbang. Tak payah susah-susah nak memandu.

"Sayang.. abang datang sini sebab kerja. Nanti abang cuba habiskan semua kerja abang cepat-cepat. Jangan menangis, okay?" Lembut cara Ku Zaril memujuk isterinya.

Dia sendiri susah hati nak meninggalkan Aralyn. Tapi demi tuntutan kerja. Penting pula tu. Terpaksa lah Ku Zaril turun site untuk melihat tapak projek sendiri. Ini semua disebabkan dia mendapat banyak aduan dari perkerja-perkerja nya tentang projek kali ini agak lambat dan ada barang yang sudah ditukar dari barang asal kepada barang palsu.

"Takpa. Ara okay je. Tak nangis. Tapi Ara rindu abang. Tu je." Balas Aralyn seakan kanak-kanak yang memujuk dirinya sendiri.

Nada suaranya turut bertukar ceria. Ku Zaril tahu yang isterinya tak nak membuat dia sedih atau merasa bersalah. Terbit senyuman nipis Ku Zaril tatkala mendengar suara ceria si isterinya itu.

"Sayang dah makan? Dah sapu ubat dekat leher sayang?" Soal Ku Zaril. Isteri dia ni kalau tak di ingatkan. Mesti tak buat. Selalunya Ku Zaril lah yang buat kan.

"Baru lepas makan dengan Idan dan abang Mal. Abang Mal datang pastu dia masakkan ikan siakap tiga rasa dan sayur kangkung tumis." Jawab Aralyn. Cuma satu soalan Ku Zaril tu sengaja tak dijawab.

"Sapu ubat dah?" Ku Zaril ulang soalannya.

"Hm?"

"Sapu ubat, sayang."

"Abang, line tak elok lah." Dan-dan line tak elok pula. Memang Aralyn saja tak nak jawab. Dia tak suka sapu ubat terutama makan ubat. Semua yang berkaitan ubat, dia tak suka dan tak nak.

"Sayang.." Meleret suara Ku Zaril memanggil isterinya.

Nampak sangat isteri dia mengelak dari menjawab soalan dia yang satu tu. Ku Zaril dah faham lah yang Aralyn tak suka ubat. Katanya ubat busuk dan pahit.

Pernah Ku Zaril suruh Aralyn makan ubat. Aralyn terus pura-pura pengsan. Solusi nak bangunkan Aralyn senang saja. Ku Zaril geletek isterinya. Baru nak bangun sambil gelak-gelak. Pastu buat muka minta simpati. Ingat Ku Zaril nak cair? Jawapannya tak.

Tetap Ku Zaril suruh isterinya makan ubat. Mengalah juga Aralyn jadinya. Nak tak nak, kena makan ubat. Hm..

"Abang, bonda panggil Ara. Ara pergi dekat bonda dulu tau? Assalamualaikum abang." Tidak sempat Ku Zaril nak menjawab salam isterinya. Aralyn laju menutup panggilan.

Terkebil-kebil mata Ku Zaril memandang skrin handphone nya yang sudah pun gelap. Laju betul Aralyn tutup telefon. Ku Zaril tahu sangat yang isterinya mengelak dari menjawab soalan dia tu.

"Haih.. nakal." Gumam Ku Zaril sambil menggelengkan kepala. Macam-macam perangai Aralyn.

Bila dah hampir dua bulan mereka bergelar suami dan isteri ni. Macam-macam perangai Aralyn yang keluar. Yang tak pernah Ku Zaril tahu, Ku Zaril jadi tahu. Ku Zaril tak pernah tahu yang Aralyn sangat manja. Selama ini, Ku Zaril ingat Aralyn tu seorang yang tegas dan tidak manja. Ternyata tidak.

Semuanya lain dari sangkaan Ku Zaril tentang Aralyn. Tapi apa-apa pun Ku Zaril suka bila Aralyn manja dan berharap pada dia. Apa lagi selalu memerlukan Ku Zaril. Sikit-sikit 'abang, abang, abang'. Setiap hari bahkan setiap masa.

Selepas itu, Ku Zaril bingkas bangun dan berlalu masuk ke bilik air. Dia mahu membersihkan dirinya sebelum keluar berjumpa klien pukul 9 malam ini.

••••••••••

Rania

- Hensem suami kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Hensem suami kita.
- Ops. Suami kita pula. Suami kau.. belum jadi suami aku lagi. But, soon😍😍😍.

Berkerut dahi Aralyn membaca dan melihat gambar yang dihantar Rania padanya. Menjuling kedua biji matanya ke atas. Perempuan ni nak apa lagi dari dia? Apa yang tak puas hati sangat?

Dan lagi satu, Rania ada di Penang juga? Macam mana Rania boleh ada di Penang? Rania tahu yang Ku Zaril nak pergi Penang? Rania stalker Ku Zaril?

Bermacam-macam soalan yang ada di kepala otak Aralyn sekarang. Aralyn tak overthinking tentang suami dia. Tapi Aralyn overthinking tentang Rania. Rania ni gila dan desperate. Aralyn macam boleh agak apa yang Rania bakal lakukan lepas ni.

Aralyn
- Whatever, Rania.
- Buat lah apa kau nak buat. Tapi satu je pesan aku, jangan menyesal.
- Kau belum tahu aku siapa dan apa yang aku mampu buat.

Malas Aralyn nak melayan. Tapi apa boleh buat. Ada bekas kawan gila macam ni.

Rania
- Takkan menyesal. Tapi kau yang akan menyesal sebab aku akan rampas Zaril dari kau.

Aralyn
- Silakan. Kalau dapat.

Mengeluh berat Aralyn dengan sikap Rania. Dari dulu sampai sekarang ada saja yang Rania mahu ambil dari dia. Tapi satu pun Rania tak dapat dan tak berjaya. Bila orang dah busuk hati, buat lah apa pun. Merancang lah bagai nak rak.

Kalau satu perkara tu bukan takdir dia. Sampai bila-bila takkan jadi takdir dia. Buat lah apa pun.

Seusai itu, Aralyn meletakkan handphone nya ke atas katil dan bergerak keluar dari bilik. Ada baiknya dia pergi buat kerja apa-apa. Tolong Mak Timah dekat dapur ke.. sibukkan diri bersembang dengan bonda ke. Lagi bagus.

Dari fikir pasal Rania. Takda faedahnya. Cuma Aralyn berdoa agar Ku Zaril selalu dilindungi dan dalam lindungan Allah. Doa isteri selalu dimakbulkan.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now