Ku Zara berjalan mendekati Aralyn yang sedang terbaring malas di atas sofa yang ada di ruang tamu. Aralyn dihantar ke rumah keluarga Ku Zaril kerana Ku Zaril ada meeting penting pagi tadi dan tak dapat ditunda.
Jadi Aralyn terpaksa dihantar ke rumah keluarganya kerana Ku Zaril risau nak tinggalkan isterinya sorang diri di rumah. Takut jadi macam dua hari lepas kejadian Aralyn pengsan di bilik air.
Walhal Aralyn dah puas memujuk suaminya supaya izinkan dia tinggal di rumah saja dan tak menyusahkan orang lain. Tapi Ku Zaril tetap lah Ku Zaril. Dia takkan benarkan isteirnya seorang diri di rumah melainkan ada dia.
"Tepi sikit, minah." Selamba Ku Zara menolak kaki Aralyn. Nasib baik Aralyn tak jatuh. Cuma Aralyn terkejut sebab tak tahu dari mana datangnya Ku Zara, tiba-tiba muncul depan dia ni.
"Ish kau ni. Banyak songeh betul. Banyak lagi tempat kosong." Omel Aralyn. Lantas Aralyn bangun dan duduk bersila. Dah lama tak bergaduh mulut dengan Ku Zara.
"Tak nak. Nak duduk sebelah kau juga." Usai itu, Ku Zara memeluk kakak iparnya merangkap kawan baik dia itu dari tepi. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Aralyn.
"Asal?" Tanya Aralyn seakan dapat menganggak yang Ku Zara macam ada sesuatu.
"Hm.. Ara.." Mengeluh Aralyn. Dah tahu.
"Okay. Cerita. Aku dengar." Ku Zara mengangkat kepalanya lalu disebikkan bibir memandang Aralyn. Aralyn terus mengepit muncung bibir Ku Zara.
"Cerita lah, mak cik. Muncung-muncung. Aku tarik biar jadi itik." Terus berubah toya muka Ku Zara. Baru nak bermanja. Dah kena macam ni. Kurang asam keping betul punya Aralyn.
Mengeluh berat Ku Zara tatkala mengingat kejadian di mana seorang pensyarah lelaki memarahinya di kafe akibat dia terlanggar sehingga menyebabkan air yang Ku Zara pegang tumpah terkena baju pensyarah tersebut.
Malu Ku Zara masa tu. Rasa macam nak humban muka dalam pasu bunga yang ada dekat tepi kafe. Habis semua orang yang ada dalam kafe pandang dia. Pensyarah lelaki tu pula berlagak dan buat muka tidak tahu. Macam takda apa yang berlaku.
Ku Zara mula bercerita dan memberitahu kejadian itu kepada Aralyn. Ternganga sedikit mulut Aralyn mendengar cerita dari Ku Zara.
"Siot lah. Kerek nya. Hensem?" Ku Zara mengangguk perlahan mengiyakan Aralyn tentang ketampanan pensyarah lelaki tersebut. Memang hensem. Pensyarah idaman semua pelajar perempuan satu kampus tu.
"Hensem tapi berlagak. Hauk. Hensem lagi suami aku." Eh, eh. Dia lupa ke? Dulu Ku Zaril ni teruk.
Menyampah Ku Zara dengar. Sejak-sejak dah jadi bini Ku Zaril, asyik nak memuji laki dia saja. Laki dia lah hensem. Laki dia lah hebat. Laki dia lah yang terpaling bagus. Semuanya lah laki dia.
Ku Zara yang takda laki ni nak buat apa? Panjat pokok kelapa?
"Aku cerita pasal diri aku." Mencelah Ku Zara mengingatkan Aralyn.
"Tahu. Semoga lah eh. Ini semoga je tau." Ternaik kedua alis Ku Zara menunggu kata-kata Aralyn.
"Semoga kau berjodoh dengan pensyarah tu!" Jerit Aralyn seraya berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Terdiam Ku Zara dibuatnya. Berjodoh? Bodoh kot. Tak nak lah Ku Zara dengan pensyarah kerek tu. Asal terserempak saja mula lah nak perli dan sinis. Menyampah.
"Hm.. bodoh je yang aku dapat. Bukan jodoh." Ujar Ku Zara sendirian. Disandarkan badannya pada sofa. Nafas lelah dilepaskan perlahan.
••••••••••
Memincing mata Ku Kamal merenung Ku Zaril yang duduk di hadapannya. Sedari tadi Ku Zaril banyak berdiam diri. Nak kata Rania dah mati, memang dah mati. Ku Kamal tahu perkara tu. Sebab Ku Kamal pun bersubahat.
Farhan? Dah lama tak dengar cerita pasal dia. Farhan sekarang dah banyak berubah selepas perniagaan milik keluarganya jatuh bankrap. Ku Zaril cuma tahu yang Farhan dan keluarganya dah pindah balik ke kampungnya di Melaka.
Selebihnya Ku Zaril tak ambil tahu. Ku Zaril minta pada Farhan untuk bawa keluarga dia jauh dari Kuala Lumpur. Selain itu, Ku Zaril beri sedikit wang untuk Farhan tampung biaya keluarga dia dan memulakan perniagaan baru secara kecil-kecilan.
Perniagaan apa Ku Zaril tak tahu. Yang penting Farhan dan tak kacau Aralyn dan rumah tangganya. Lebih penting Aralyn. Itu sangat penting.
Tak lama selepas itu, Ku Zaril tersentak saat bahunya ditepuk Ku Kamal. Berpaling kepala Ku Zaril memandang sepupunya itu.
"Kau asal? Ada masalah?" Tanya Ku Kamal prihatin.
"Tak lah. Aku okay." Jawab Ku Zaril bersahaja. Walhal fikiran dia melayan memikirkan isterinya yang semenjak dua menjak ni perangai agak lain.
Kadang okay, kadang tak. Kadang manja, kadang garang. Macam mak singa dah.
"Kalau ada masalah, cerita. Bukan pendam." Kata Ku Kamal. Dia tak nak Ku Zaril memendam walaupun Ku Zaril ni bukan suka pendam. Tapi hari ni Ku Zaril nampak lain.
"Ara tu." Ku Kamal menaikkan kedua keningnya kerana tidak mengerti. Kenapa? Bergaduh?
"Ara? Kau bergaduh dengan dia ke?" Laju Ku Zaril menggeleng. Mana ada gaduh. Elok saja hari-hari diaorang beromantika dan bercanda tawa riang.
"Pastu?" Tanya Ku Kamal lagi. Tak puas hati.
"Ara nampak pelik. Manja lebih. Kena tegur sikit menangis. Aku tak marah, dikatanya aku marah. Aku tak layan sekejap, merajuk. Macam-macam lah. Pelik aku dengan isteri aku." Mengangguk faham Ku Kamal.
Kes bini banyak kerenah lah ni. Ku Kamal takda lah faham sangat bab-bab ni. Tapi macam ada sesuatu. Ku Kamal bukan doktor. Dia chef. Nak cakap perkara tu.. takut salah. Tapi macam betul.
Entah lah.
"Kau sebagai suami dia. Mesti kau peka keadaan isteri kau. Takkan kau tak syak apa-apa?" Curiga Ku Kamal. Ku Kamal masih berteka-teki dengan diri dia sendiri.
"Peka? Maksud kau?" Serius Ku Zaril tak dapat tangkap. Apa benda ni?
"Maybe.. Ara pregnant?" Duga Ku Kamal yang diri dia sendiri pun tak pasti.
"Pregnant? Alhamdulillah. Tapi belum kot. Takda rezeki lagi. Ara pun okay je aku tengok. Takda tanda-tanda macam orang nak mengandung." Balas Ku Zaril tenang.
"Aku cakap je. Mungkin lah. Kalau salah, aku minta maaf." Terukir senyuman tenang di bibir Ku Zaril.
Takda masalah pun. Ku Kamal saja main teka. Tapi Ku Zaril berfikir juga. Perangai isteri dia lain sikit dari perangai sebenar. Entah-entah.. betul kot?
Haih!
Setelah itu, mereka berdua terus berbual kosong dan meluangkan waktu sebelum Aralyn menelefon Ku Zaril menyuruh Ku Zaril balik.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...