Ku Zaril meraup wajahnya dengan kedua tangan setelah habis berdoa dan selesai solat subuh berjemaah bersama Aralyn. Selepas itu, Ku Zaril membaringkan kepalanya di atas paha Aralyn. Menunduk kepala Aralyn memandang wajah tampan sang suami.
"Abang penat?" Tanya Aralyn selari mengusap pipi Ku Zaril.
"Sikit. Tengok sayang penat abang hilang." Terus Aralyn menarik perlahan hidung Ku Zaril.
"Mengada. Gedik." Terletus tawa Ku Zaril mendengar isterinya mengata diri dia. Takpa.. dengan isteri sendiri. Kalau orang lain yang mengata, memang penumbuk sebiji dia bagi.
"Hari ni abang nak makan apa? Ara masak kan untuk abang." Aralyn ralit merenung Ku Zaril sambil tetap mengusap lembut wajah suaminya. Suka lah tengok suami sendiri. Dapat pahala. Lagi pula suami hensem. Sejuk mata memandang.
"Abang nak makan siakap tiga rasa lah. Dari semalam abang teringin sangat. Dah alang-alang sayang tanya ni, abang cakap nak makan siakap. Boleh sayang masak kan?" Tersenyum Aralyn sambil mengangguk.
Mesti lah dia boleh masak kan untuk suami tercinta dia ni. Dah Aralyn pun tanya sendiri yang Ku Zaril nak makan apa. Takkan lah permintaan suami dia ni, Aralyn tak boleh nak tunaikan.
"Cantiknya isteri abang pakai telekung." Puji Ku Zaril sembari menyembamkan mukanya di perut Aralyn lalu digeselkan hidungnya di situ. Tergelak perlahan Aralyn kerana merasa geli dengan perlakuan Ku Zaril.
"Kenapa gesel muka dekat perut Ara? Geli lah." Kata Aralyn seraya bermain dengan rambut suaminya.
Ku Zaril mendongak merenung isterinya dari bawah. Sungguh Aralyn cantik sangat. Tak puas Ku Zaril nak tenung lama-lama.
"Kita tak pernah cakap pasal anak. Sayang nak anak dengan abang?" Tanya Ku Zaril. Terhenti perlakuan Aralyn yang sedang bermain dengan rambut Ku Zaril.
Betul. Mereka berdua tak pernah bercakap soal anak. Nak sentuh bab anak pun takda siapa mulakan.
"Abang nak anak dengan Ara?" Aralyn menyoal suaminya kembali.
"Abang nak. Abang nak ada anak dengan sayang. Dulu.. abang selalu berangan yang abang kahwin dengan sayang dan kita ada anak-anak yang comel. Kita bahagia dengan anak-anak kita." Jujur Ku Zaril.
Memang dia selalu berangan untuk ada anak bersama Aralyn. Setiap petang mereka pasti melayan kerenah anak-anak mereka. Gelak ketawa bersama anak-anak mereka. Kebahagiaan seperti itu yang Ku Zaril mahukan.
"Ara pun nak. Ara nakkkk sangat ada anak dengan abang. Ara takda adik-beradik. Bila nenda ambil Ara jadi cucu angkat nenda. Masa tu baru lah Ara rasa ada adik-beradik sebab Zara dan Idan selalu ada dengan Ara. Selalu ajak Ara main. Ara happy sangat. Dan sekarang Ara dah ada suami. Suami yang selalu bahagiakan Ara. Selalu utamakan Ara. Selalu buat Ara happy. Selalu nak tengok Ara senyum. Terima kasih abang. Ara dah tak rasa sunyi sebab ada abang dalam hidup Ara. Terima kasih dah jadi suami yang baik." Ucap Aralyn ikhlas dari hatinya.
Pantas Ku Zaril bangun dan duduk bersila di hadapan Aralyn. Dipegang kedua pipi Aralyn lalu diusap lembut. Dipandang segenap wajah cantik sang isteri.
"Kan abang dah kata yang sayang ni kebahagiaan abang. Sayang bahagia, abang pun bahagia. Sayang sedih, abang pun sedih. Jadi abang tak nak sayang sedih. Kalau sayang perlukan seseorang, abang ada. Abang akan selalu peluk sayang. Abang akan selalu lindungi sayang." Sebik bibir Aralyn saat mendengar kata-kata suaminya.
Sungguh Aralyn tak sangka yang dia akan sebahagia sekarang dengan Ku Zaril. Aralyn sebenarnya tak berharap penuh dalam rumah tangga ni. Tapi bila Aralyn merasa kebahagiaan ini, Aralyn mahukan Ku Zaril sepenuhnya menjadi milik dia. Nak kata Aralyn tamak, cakap lah. Ku Zaril suami dia.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...