Pejam celik-pejam celik. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh Ku Zaril dan Aralyn tiba jua. Hari di mana yang bakal menyatukan mereka berdua menjadi suami dan isteri.
Aralyn berdiri di hadapan cermin seraya menilik penampilannya. Aralyn memilih baju kurung moden sebagai baju pernikahannya hari ini. Lagi satu, Aralyn turut memakai tudung. Ku Zaril tak tahu yang Aralyn pakai tudung. Sengaja Aralyn tidak beritahu.
Lagi pula Aralyn merasa yang dia sudah tetap dan cekal hati untuk memakai tudung bermula hari ini.
( Baju Nikah Aralyn )
Tak lama selepas itu, Ku Zara datang untuk melihat Aralyn. Dijengulkan sedikit kepalanya. Tersenyum Aralyn melihat tingkah Ku Zara. Bermula dari kawan dan dalam beberapa minit saja lagi akan bertukar menjadi adik ipar Aralyn.
"Cantiknya kakak ipar aku.." Puji Ku Zara seraya melangkah masuk ke dalam bilik Aralyn dengan mata bersinar. Dipandang Aralyn dari atas sehingga bawah.
"Terima kasih. Kau pun cantik." Balas Aralyn.
"Tapi kau extra cantik. Ini kalau along nampak.. aku jamin, dia akan terpukau dan tergoda. Lagi-lagi nampak kau pakai tudung macam ni. Memang tak keruan lah hati member tu nanti.." Tergelak Aralyn tatkala mendengar bicara Ku Zara.
Dah dapat Aralyn bayangkan bagaimana rupa Ku Zaril nanti bila melihat dia memakai tudung begini. Mesti kelu lidah dan jantungnya pula berdegup laju. Pastu mata Ku Zaril langsung tak berkelip memandang Aralyn.
"Apa-apa je lah. Mengarut kau ni." Malas Aralyn nak melayan otak ting tong Ku Zara. Nanti keluar lah cerita bukan-bukan. Dah lah seminggu ni asyik sebut pasal malam pertama saja. Lama-lama Aralyn naik seram nak dengar.
"Hehe.. aku datang dekat kau ni sebab nak bagitahu yang semua orang dah tunggu dekat bawah. Along tu.. nampak tak sabar dah. Gelojoh." Selamba dia saja kutuk abangnya.
"Bengong lah kau ni. Jom." Menggeleng perlahan kepala Aralyn apabila mendengar Ku Zara memanggil abang sendiri gelojoh.
Gelojoh, gelojoh pun itu abang dia. Halah, halah.. Ku Zara ni. Tapi memang gelojoh pun.
Selepas itu, Aralyn dan Ku Zara melangkah keluar dari bilik Aralyn. Mereka berdua menapak turun dan menuju ke pelamin yang sudah siap terpasang cantik di tengah-tengah ruang tamu.
Semua mata tertuju kepada Aralyn saat melihat Aralyn menuruni tangga sambil di iringi Ku Zara dari belakang. Semua takjub tatkala memandang ke arah Aralyn. Apa lagi Ku Zaril ketika dia melihat kecantikan Aralyn memakai tudung.
Langsung tak berkelip matanya. Intens dia merenung kecantikan Aralyn yang terserlah indah. Tak dapat Ku Zaril nak memandang ke tempat lain jika Aralyn sudah dapat menarik semua perhatian dia.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...