- BAB 14 -

2.2K 173 10
                                    

Termenung Ku Zaril sambil berdiri menghadap pemandangan luar England di waktu malam. Cantik. Beza dengan Malaysia. Tapi jauh lebih cantik bila di Malaysia. Banyak kenangan.

Tiba-tiba fikirannya melayang mengingat tentang Aralyn. Tiga bulan ketiadaan Aralyn, Ku Zaril semakin merasa rindu. Tak tahu kenapa. Tapi Ku Zaril rindu sangat. Nak jumpa dengan Aralyn, tapi tak tahu Aralyn di mana.

Bila Ku Zaril tanya pada Ku Zara atau Ku Zidan atau Ku Kamal bahkan ke Nenda Zuraidah dan Engku Dayana pun mereka tidak bagitahu. Masing-masing senyap bila ditanya atau memerli dia semula.

Berdesing telinga Ku Zaril mendengar perlian dan ayat sinis keluarganya. Tapi salah dia. Nak buat macam mana. Soal Ku Zaril menyentuh Aralyn pun Nenda Zuraidah dan Engku Dayana sudah tahu. Habis kena pelangkung dengan Nenda Zuraidah. Telinga Ku Zaril pun hampir putus sebab kena tarik dengan Engku Dayana. Merasa lah kau. Sakit tu nak dibandingkan dengan sakit yang Aralyn dapat, sangat lah beza.

Dulu Ku Zaril juga yang mahu Aralyn pergi. Bila Aralyn dah pergi sekarang, dia juga yang tercari-cari. Kadang-kadang Ku Zaril sendiri tak faham dengan perasaan dan hati sendiri. Diri dia ni apa sebenarnya?

Ku Zaril ingat bila Aralyn pergi, Ku Zaril akan rasa puas dan bahagia. Rupanya lain. Ku Zaril rasa jadi rasa sunyi dan sedih. Ku Zaril rindu nak tengok senyuman Aralyn dan wajah polos Aralyn.

"Huh! Pening." Keluh Ku Zaril. Dihela nafas berat.

Selepas itu, Ku Zaril mendekati katil lalu dilabuhkan punggungnya di birai katil. Handphone nya dicapai lalu dibuka gallery. Ditekan satu gambar dan terus skrin telefon itu bertukar memaparkan gambar Aralyn yang ditangkap senyap-senyap oleh Ku Zaril.

Dalam gambar itu Aralyn terlihat sangat cantik dengan memakai baju kurung bercorak floral dan berwarna lilac campur putih. Gambar waktu raya tahun lepas. Cantik sangat. Ku Zaril akui perkara itu.

Tiga bulan juga Ku Zaril cari Aralyn. Tapi satu informasi pasal Aralyn pun dia tak jumpa. Ini mesti Nenda Zuraidah dan Engku Dayana yang mengupah orang untuk menjaga privasi dan lokasi Aralyn. Sebab itu lah Ku Zaril tak dapat cari.

Ku Kamal pun sama. Ku Kamal sangat menjaga Aralyn dari jauh. Ku Kamal tak nak Ku Zaril jumpa Aralyn. Bukan sebab Ku Kamal ada hati pada Aralyn. Tapi Ku Kamal dah berjanji untuk jaga Aralyn seperti adik sendiri.

Jadi setiap kali Ku Kamal dapat tahu yang Ku Zaril menghantar orang untuk mencari keberadaan Aralyn. Ku Kamal akan culik orang tu dan bayar lima lipat kali ganda dari Ku Zaril bayar untuk cakap pada Ku Zaril yang dia tak dapat jumpa lokasi Aralyn.

Ku Zaril tak tahu pasal ni. Dia percaya saja dengan orang upahan dia tu. Kesian.. dibodohkan.

"Mana kau pergi Ara?" Tanya Ku Zaril sendirian seraya membaringkan badannya dan menghadap siling bilik.

Tangan kanan naik ke atas dahinya. Terkebil-kebil matanya menatap siling sambil mengingat masa yang lalu.

- Flashback -

Aralyn berjalan mendekati Ku Zaril sambil membawa sepinggan nasi goreng kampung kepada Ku Zaril. Petang tadi Ku Zaril kena marah dengan Nenda Zuraidah sampai diberi denda tak boleh ikut makan malam sama-sama.

Jadi di sini lah Ku Zaril. Duduk di kerusi yang ada di balkoni sambil menghadap langit malam. Aralyn kesian kan Ku Zaril kerana belum makan lagi.

Makanan mereka untuk makan malam tadi pun dah habis. Jadi Aralyn hanya masakkan nasi goreng kampung untuk Ku Zaril.

Dekat saja, terus Aralyn menegur Ku Zaril. Berpaling kepala Ku Zaril memandang Aralyn dari atas sehingga bawah sebelum matanya berhenti tepat pada pinggan yang dipegang Aralyn.

"Kau nak apa?" Tanya Ku Zaril dengan nada kasar.

"Ara nak bagi nasi goreng kampung ni pada abang Aril. Abang Aril kan tak makan lagi. Jadi Ara ada buat kan nasi goreng kampung untuk abang Aril." Kata Aralyn selari menghulurkan pinggan itu kepada Ku Zaril.

Ku Zaril sekadar memandang isian di dalam pinggan tersebut sebelum ditolak perlahan ke arah Aralyn semula.

"Tak payah susah lah. Aku kalau lapar pandai lah cari makan sendiri. Aku dah besar. Bukan budak-budak lagi." Balas Ku Zaril seraya memandang ke hadapan semula. Malas nak tengok Aralyn.

"Takpa. Ara sendiri yang nak masak kan nasi goreng ni untuk abang Aril. Abang Aril ambil lah." Aralyn hulurkan pinggan itu kepada Ku Zaril.

Mengeluh Ku Zaril. Apa yang degil sangat budak ni? Dia dah cakap tak nak.

"Ambil, Ara. Aku cakap tak nak, tak nak. Kau tak pekak lagi kan?" Aralyn diam sambil tetap tangannya tidak berganjak dari menarik nasi goreng itu.

"Aralyn." Tegas suara Ku Zaril menyebut nama Aralyn.

"Ara tak nak abang Aril lapar. Makan lah." Dalam sekelip mata saja, pinggan yang berisi nasi goreng kampung tadi jatuh menyembah lantai.

Terkejut Aralyn dengan perlakuan Ku Zaril yang tiba-tiba menolak tangannya tadi. Tak sempat Aralyn ingin menyelamatkan nasi goreng itu. Habis berterabur.

"Aku dah cakap tak nak, tak nak! Kau pekak ke apa? Lagi satu, aku tak suruh pun kau masak. Tak payah nak susahkan diri kau masak untuk aku. Berapa banyak kali aku nak kena cakap yang aku tak sudi nak makan masakan kau?! Kalau kau faham bahasa, kau boleh faham apa yang aku cakap." Marah Ku Zaril dan terus meluru masuk ke dalam rumah.

Nak tenang sekejap pun tak boleh. Ada saja pengacau. Contohnya, Aralyn. Dah lah dia tengah bengang sebab kena marah dengan Nenda Zuraidah.

Datang pula Aralyn paksa dia makan. Dahtu bawa nasi goreng kampung.

Aralyn menahan air matanya dari jatuh mengena pipi. Salah ke dia nak masakkan untuk Ku Zaril? Lagipun Aralyn hanya niat baik. Bukan ada niat buruk.

- End Flashback -

Kuat keluhan Ku Zaril bila teringat sikap dia dulu pada Aralyn. Penuh kesal. Dan lagi yang buat Ku Zaril rasa menyesal sampai sekarang ialah Ku Zaril 'sentuh' Aralyn.

Walhal diaorang takda ikatan apa-apa. Tapi Ku Zaril boleh ambil 'hak' Aralyn tanpa kerelaan Aralyn sendiri. Masa tu Aralyn merayu minta dilepaskan. Tapi Ku Zaril buat tak tahu saja. Ku Zaril tetap teruskan kegiatan dia itu.

Ku Zaril masih terbayang wajah dan suara Aralyn yang minta dilepaskan. Tak pernah sekali Ku Zaril lupa.

"Balik, Ara. Aku menyesal sangat. Aku sedar yang aku sebenarnya dah lama cinta kan kau." Getus Ku Zaril sembari menutup matanya.

Penat. Berjam-jam perjalanan dari Malaysia ke England. Ku Zaril nak berehat. Dah lah sejak Aralyn pergi, Ku Zaril jadi susah tidur. Dia yang tak pernah ada insomnia. Tiba-tiba ada insomnia. Jadi susah tidur. Setiap kali nak tidur, suara raungan dan wajah menangis Aralyn pasti muncul.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now