Perlahan-lahan Aralyn turun dari katil agar tidak membangunkan Ku Zaril yang sedang lena di sebelahnya itu. Pakaiannya yang berterabur di lantai, Aralyn kutip dan pakai. Aralyn perlu pergi dari sini sebelum Ku Zaril bangun.
Lagi pula Aralyn ada flight ke England. Tapi sebelum Aralyn pergi. Aralyn meninggalkan satu kertas yang sudah dia tulis sejak semalam untuk Ku Zaril. Aralyn letakkan kertas tersebut di meja kecil sebelah katil.
Aralyn bangun dan melangkah keluar dari bilik tidur Ku Zaril. Sempat kepalanya menoleh sekejap memandang Ku Zaril.
"Ara harap abang Aril menyesal." Kata Aralyn sebelum berlalu pergi. Dia perlu pergi cepat sebelum Ku Zaril bangun.
Awal-awal Aralyn sudah menghantar mesej kepada Ku Zara untuk datang mengambilnya di kondo Ku Zaril. Aralyn menutup pintu dengan kadar perlahan supaya tidak membuat sebarang suara.
Walaupun Aralyn merasa sakit di bahagian bawahnya. Tapi Aralyn tetap berjalan. Digagahkan juga dirinya untuk berjalan keluar dari rumah Ku Zaril.
••••••••••
Sesampai saja di parking lot. Aralyn melajukan kakinya untuk bergerak mendekati kereta Ku Zara. Keretanya ditinggalkan di hospital semua sebab Ku Zaril tarik dia semalam. Tapi Aralyn meminta tolong pada Ku Zidan untuk ambil keretanya di sana.
Masuk saja ke dalam kereta Ku Zara. Aralyn terus memeluk Ku Zara. Air matanya jatuh mengalir di pipi. Ku Zara mengusap perlahan belakang badan Aralyn. Memang kurang ajar Ku Zaril ni.
Lepas Aralyn pergi. Ku Zara tahu apa yang patut dia buat. Ku Zara nak ajar abangnya itu. Biar Ku Zaril tahu rasa menyesal.
"Kita kena pergi sekarang, Ara. Aku takut along bangun nanti, dia cari kau. Aku dah dapat tiket awal untuk kau flight pergi England. Kereta kau semua Idan settle kan. Along takkan dapat cari mana kereta kau dan ke mana kau pergi. Tu semua aku, Idan dan abang Mal yang uruskan. Kau uruskan diri kau je. Aku nak kau pergi sana jangan fikir pasal kitaorang dekat Malaysia ni. Kau balik bila kau dah bersedia." Kata Ku Zara memberi pesan kepada Aralyn.
Aralyn merenggangkan pelukan lalu diangguk perlahan. Sekurang-kurangnya Aralyn masih ada Ku Zara, Ku Zidan dan Ku Kamal yang menolongnya. Aralyn rasa bersyukur sangat. Tiba-tiba dia teringat tentang Hanis.
"K-kak Hanis macam mana? Dia dah okay?" Berubah wajah Ku Zara apabila mendengar nama Hanis.
"Kak Hanis tak dapat diselamatkan." Beritahu Ku Zara jujur.
Walaupun Ku Zara tidak begitu rapat dengan arwah Hanis. Tapi Ku Zara dapat rasai kehilangan Hanis. Hanis itu sudah Ku Zara anggap sebagai kakak kerana tidak lama lagi bakal menjadi kakak iparnya. Tapi Allah lebih mengetahui semua hal termasuk hal yang paling kecil sekali.
Allah lebih sayangkan arwah Hanis. Jadi Allah ambil Hanis untuk pulang ke tempat abadi.
"Aku rasa.."
"Takda rasa-rasa. Kau kena pergi." Laju Ku Zara memotong kata-kata Aralyn. Ku Zara tahu apa yang ingin Aralyn cakap kan. Aralyn ni pun boleh tahan degil.
"Tapi Zara.."
"Ara dengar cakap aku. Along takkan biarkan kau pergi kalau dia tahu Hanis dah takda. Along akan salahkan kau. Jadi kau kena pergi." Tegas nada suara Ku Zara bicara.
Tanpa perdulikan Aralyn. Ku Zara terus memandu keretanya keluar dari kawasan parking lot tersebut. Tak boleh lama-lama. Bahaya. Takut Ku Zaril bangun, dia cari Aralyn. Habis. Tamat riwayat hidup Suri Aralyn.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...