- BAB 31 -

2.2K 184 14
                                    

Ku Zara melihat Aralyn yang sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri. Pastu nanti ke depan. Pusing semula ke belakang. Ku Zara yang pening tengok Aralyn. Bertungkus-lumus Aralyn menyiapkan persiapan menyambut hari jadi Ku Zaril.

Ku Zidan pula dipaksa Aralyn untuk tiup belon walaupun dari tadi Ku Zidan asyik nak termuntah sebab tak tahan dengan udara dari belon tu. Bau belon pun dia tak boleh. Ku Zidan kalau nak main belon tiup macam ni, dia suka suruh orang tiupkan.

Orang lain kena jadi mangsa Ku Zidan. Tapi sekarang dia pula yang dimangsakan oleh Aralyn. Padan muka. Banyak kali dia buat suara muntah, satu pun Aralyn tak layan. Tanya okay pun tidak. Ku Zara nak tanya dia? Lagi lah tak. Ku Zara lagi biarkan.

"Semangat sangat lah kau ni nak celebrate birthday along. Entah dia hargai ke tidak." Kata Ku Zara. Bukan sengaja nak cakap macam tu atau melunturkan semangat Aralyn. Cuba Aralyn belajar dari hal lepas.

Terhenti segala kerja Aralyn. Berpusing Araly menghadap Ku Zara dan beralih merenung Ku Zidan. Ku Zidan mengangguk mengiyakan bicara kakaknya barusan.

"Takpa lah. Aku kena terima lah kalau dia tak boleh hargai." Perlahan suara Aralyn membalas.

Mengeluh Aralyn bila secara tiba-tiba dia teringat beberapa tahun yang lalu. Ku Zaril tak pernah hargai sikit pun apa yang dia buat. Pernah juga Ku Zaril membuang pemberiannya di tong sampah dahulu. Tak kira apa saja Aralyn beri. Ku Zaril buang.

Tak lama selepas itu, Engku Dayana datang mendekati anak-anaknya. Tersenyum Engku Dayana melihat masing-masing berusaha menghiasi ruang tamu rumah ini. Jarang sekali rumah ni nak merasa suasana meriah begini.

Engku Dayana mengalihkan pandangannya ke arah Aralyn. Melebar senyuman Engku Dayana tatkala melihat kesungguhan Aralyn. Patut lah Ku Zaril boleh terpikat pada Aralyn sampai sanggup buat benda tak senonoh tu.

Bukannya Engku Dayana hanya tarik telinga Ku Zaril saja. Malah Engku Dayana sampai abaikan Ku Zaril selama empat bulan. Ku Zaril sampai melutut dan merayu memohon maaf kepada Engku Dayana.

Lama-lama hati Engku Dayana jadi luluh. Tak sampai hati dengan anak sendiri. Nak marah lebih, semua perkara dah terjadi. Apa yang Engku Dayana mampu buat ialah beri nasihat kepada Ku Zaril supaya tidak mengulangi perkara yang sama.

"Ara." Seru Engku Dayana memanggil Aralyn. Berpaling Aralyn memandang Engku Dayana bersama senyuman manisnya.

"Ya, bonda." Sahut Aralyn lembut.

"Jumpa bonda dekat balkoni sekejap. Ada hal bonda nak cakap." Kata Engku Dayana meminta untuk berjumpa dengannya. Selepas itu, Engku Dayana berlalu pergi dari ruang tamu itu.

Berkerut sedikit ruas dahi Aralyn kerana tidak mengerti kenapa Engku Dayana meminta untuk berjumpa di balkoni. Kalau ada sesuatu yang ingin dibicarakan, boleh saja di sini. Tapi kenapa di balkoni? Penting ke?

"Ara, pergi lah. Bonda tunggu kau tu." Tersentak Aralyn apabila mendengar teguran Ku Zara. Mengangguk Aralyn lalu melangkah menuju ke balkoni.

Sampai saja di balkoni, Aralyn melihat Engku Dayana sudah duduk menunggunya. Tersenyum Engku Dayana tatkala melihat kedatangan Aralyn.

"Duduk Ara." Kata Engku Dayana. Tanpa banyak kata, Aralyn melabuhkan punggungnya di kerusi kosong yang ada di hadapan Engku Dayana.

"Ada perkara bonda nak cakap. Pertama sekali, bonda nak minta maaf atas kelakuan anak bonda pada Ara. Bonda tak tahu yang Aril sanggup buat perkara tu pada Ara. Bonda.. betul-betul minta maaf. Bonda salah didik Aril. Bonda harap Ara tak bencikan bonda. Bonda malu." Pantas Aralyn memegang tangan Engku Dayana.

Aralyn memberi senyuman kecil kepada Engku Dayana. Ini bukan salah Engku Dayana. Kenapa perlu minta maaf? Lagi pula Aralyn dah maafkan. Aralyn tak salahkan sesiapa. Semua perkara ni terjadi atas kesalahan Ku Zaril sendiri. Aralyn tak boleh nak salahkan Engku Dayana.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now