Ku Zaril merenung Aralyn yang duduk di berhadapan dengannya. Sungguh hati Ku Zaril terpikat dengan Aralyn. Bukan sebab Aralyn cantik. Tapi sebab hati Aralyn yang baik. Bodohnya lahai dia dulu bila teringat semula apa yang dia dah lakukan pada Aralyn.
Macam-macam benda buruk yang Ku Zaril buat pada Aralyn. Tapi sikit pun Aralyn tak balas atau berdendam dengan Ku Zaril. Bukan kata balas atau dendam. Nak benci Ku Zaril pun tak.
Apa lagi lepas Ku Zaril dah buat Aralyn trauma dengan kejadian yang sangat memberi kesan dalam hidup Aralyn. Aralyn benci. Tapi rasa sayang dia untuk Ku Zaril lebih dari kata benci.
Buktinya macam sekarang lah. Sepatutnya Aralyn boleh saja maki dia, hina dia, tengking dia atau buat saja apa pun. Tapi Aralyn tak buat. Malah dia boleh ikut Ku Zaril ke taman yang berdekatan dengan hotel Ku Zaril tempati.
Dah seharusnya dengan apa yang dah terjadi tadi. Lepas Farhan hina Aralyn. Sepatutnya Aralyn salahkan Ku Zaril. Tapi Aralyn tak buat. Makin lama Ku Zaril sangat-sangat rasa bersalah terhadap Aralyn.
Aralyn yang merasa seakan ada orang merenungnya. Lantas Aralyn mengangkat wajahnya memandang Ku Zaril. Terhenti kunyahan Aralyn yang sedang makan donut.
"Kenapa awak pandang saya?" Tanya Aralyn. Tersenyum Ku Zaril seraya mengelap kesan comot yang ada di pinggir bibir Aralyn.
"Comot." Malu Aralyn jadinya. Laju Aralyn menjauhkan bibirnya dari tangan Ku Zaril.
"Te-terima kasih." Membahang panas wajah Aralyn. Haih.. boleh pula nak comotnya.
Terbit senyuman nipis Ku Zaril saat melihat pipi merah Aralyn. Comel sangat ni. Geram pula Ku Zaril tengok. Hmm.. sabar wahai hati.
"Sedap ke donut tu?" Tanya Ku Zaril. Banyak juga Aralyn beli. Ada lebih dari lima ketul. Setahu Ku Zaril memang Aralyn suka donut. Tapi Aralyn tak pernah lagi beli sebanyak sekarang.
"Sedap. Awak nak? Ambil lah." Aralyn tolak bekas yang berisi donut itu kepada Ku Zaril. Tapi Ku Zaril sekadar memandang sepi donut-donut itu.
Selepas itu, Ku Zaril berdiri lalu dia mendekatkan dirinya dengan Aralyn. Pelik Aralyn. Kenapa? Tanpa sebarang kata, Ku Zaril menggigit donut yang dipegang Aralyn. Ternganga sedikit mulut Aralyn. Makan donut orang pula.
"Eii.. kenapa makan donut saya? Kan ada banyak lagi donut tu." Geram Aralyn. Bahu tegap Ku Zaril dipukul Aralyn. Memuncung bibir Aralyn sembari melihat dibuatnya yang digigit Ku Zaril tadi.
"Donut ni semua tak sedap. Donut yang Ara makan tu sedap." Saja kau kan Ku Zaril.
"Menipu. Semua donut ni sedap lah." Marah Aralyn. Cemberut mukanya. Donut yang dipegang itu terus diletakkan semula di dalam kotak. Tak nak makan dah. Hilang mood nak makan donut.
Tak dapat Ku Zaril nak menahan bibirnya dari tidak mengukirkan senyuman. Aralyn terlalu comel bila marah seperti sekarang. Dengan bibir muncung itik tu. Haish.. geram.
Tapi Ku Zaril bukan kisah. Donut Aralyn tadi diambil lalu dimakan dengan riak selamba. Makin cemberut muka Aralyn.
Lama mereka berdua mendiamkan diri sambil menikmati suasana. Cuaca pun redup sangat. Rasa tenang dan nyaman.
"Bila Ara nak balik Malaysia?" Tanya Ku Zaril.
Berpaling kepala Aralyn merenung Ku Zaril seraya menyunggingkan senyuman kecil. Aralyn sendiri pun tak tahu bila nak balik Malaysia. Mungkin dua tahun lagi? Empat tahun lagi? Lima tahun? Enam tahun? Entah lah.
"Tak tahu. Ara selesa tinggal dekat sini." Kata Aralyn dengan gaya bersahaja. Mengangguk perlahan kepala Ku Zaril.
"Ara tak rindu nenda dan bonda?" Berubah sayu wajah Aralyn tatkala Ku Zaril menyebut nama Nenda Zuraidah dan Engku Dayana.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...