- BAB 22 -

1.9K 167 8
                                    

Pintu rumah dikuak dari luar. Lantas Rania memandang Aralyn yang baru saja melangkah masuk ke dalam dan mencabut heels yang dipakai dari kakinya.

"Seronok dating?" Soal Rania. Tapi soalan tu macam perli pun ada. Cemburu ke kak?

"Dating apanya. Mana ada dating. Berbual kosong je." Balas Aralyn acuh tak acuh. Dia tengah malas nak bercakap sekarang ni. Karang ada yang kena ni. Dah lah tengah sakit hati dengan Ku Zaril.

Suka hati saja paksa-paksa orang kahwin dengan dia. Apa dia ingat aku ni kucing? Kerja dia tu asyik nak memaksa saja. Lempang kang. Tapi tak sampai hati. Aralyn sayang Ku Zaril. Masih sayang. Tak tahu lah beberapa tahun akan datang tu macam mana pula. Masih sayang ke?

Entah lah.

"Seronok jadi kau ni. Ada family yang support, ada lelaki hensem suka kau, kerjaya kau pun mesti terjamin. Kalau kau tak kerja sekali pun, mesti Ku Zaril tu nak kahwin dengan kau. Beruntungnya lah. Tak macam aku. Hidup tunggang langgang. Belajar dekat sini tanggung sendiri. Susah sendiri. Ada keluarga pun rasa lebih baik takda keluarga." Kata Rania tiba-tiba seakan meluah perasaannya.

Aralyn yang mahu masuk ke biliknya terus berhenti. Dia berpusing menghadap Rania. Aralyn rasa pelik sikit. Kenapa Rania cakap macam ni?

"Kau kenapa Nia? Gaduh dengan family kau?" Menggeleng Rania. Selepas itu, Rania bangun dan berjalan mendekati Aralyn. Rania berdiri di hadapan Aralyn. Dipandang Aralyn dari atas sehingga bawah.

"Berapa Ku Zaril bayar kau masa lepas dia sentuh kau? Aku pun rasa nak lah. Sekurang-kurangnya aku takda lah susah payah kerja. Jual badan macam kau mesti lagi banyak duit masuk." Sinis Rania berkata.

Menyepet mata Aralyn saat mendengar bicara Rania. Dia serasa tak percaya yang Rania boleh bercakap begini dengannya. Walhal Rania tahu cerita sebenar. Tapi kenapa sekarang Rania bercakap begini? Kenapa tuduh dia sampai macam ni?

"Kau tahu cerita sebenar, Nia. Tapi sekarang ni tiba-tiba aku rasa kau tak tahu cerita sebenar. Kau tuduh aku. Kau fitnah aku. Apa masalah kau?" Mula lah ni rasa macam nak ganyang orang.

Meminta sangat lah Rania ni. Jangan buat Aralyn bertukar menjadi seekor singa. Bahaya. Orang yang diam-diam ni bila dah marah, lain ya. Jangan cari pasal. Jangan cari masalah.

"Halah Ara.. mengaku je lah. Bukannya Ku Zaril tu yang nak dekat kau. Mesti kau yang terhegeh-hegeh sampai sanggup serah diri kau pada dia. Yalah, orang dah tak suka. Pastu kau pancing pakai badan kau. Sementara pula dia lelaki. Lelaki ni.. bila dah terhidang sesuatu yang sedap depan mata. Memang terus ngap lah. Kan? Betul tak?" Kata Rania memanaskan lagi hati Aralyn. Rania turut ketawa.

Tanpa sebarang kata, satu tamparan hinggap di pipi kanan Rania. Terteleng kepala Rania. Rania memegang pipinya yang terasa pedih.

"Jangan kurang ajar, Nia. Kau tak tahu apa yang jadi. Lebih baik kau tutup mulut kau. Selama ni aku ingat.. kau kawan yang baik. Rupanya.. kau ni kawan yang busuk hati. Dah lah busuk hati, perangai pun macam sampah." Kutuk Aralyn semula. Dia membuat muka jengkel memandang Rania.

Sakit hati Rania bila digelar sampah oleh Aralyn. Pipi sakit, hati pun sakit. Double kill.

"Watch your mouth, Aralyn." Geram Rania.

"Engkau yang watch your mouth. Bukan setakat watch. Wash sekali. Biar bersih mulut kau tu." Bidas Aralyn berani. Ingat dia nak takut ke? Watch your mouth konon. Lempang kang. Ada yang jadi lempeng nanti.

"Kau.."

"Eh dah lah. Aku malas nak layan kau. Aku penat." Selamba Aralyn memintas kata-kata Rania. Orang tu baru saja nak bercakap.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now