Riuh suasana dapur saat Aralyn, Ku Zara, Ku Zidan dan Mak Timah bersembang. Terlebih lagi suara Ku Zidan. Suara dia seorang saja dah kecoh satu rumah. Dia buat rumah ni macam pasar. Kuat suaranya.
Tak payah nak pakai mikrofon atau pembesar suara pun. Kenapa lah Ku Zidan tak jadi komando? Suara tu dah sesuai sangat. Boleh jadi askar. Dengan badan tegap macam ni. Sesuai sangat lah.
Tak lama selepas itu, Engku Dayana datang menghampiri mereka. Engku Dayana baru saja pulang dari syarikat dan hanya berkerja setengah hari sahaja. Engku Dayana akan bersara tak lama lagi kerana Ku Zaril akan mula mengambil alih syarikat sepenuhnya pada bulan hadapan.
"Assalamualaikum." Ucap Engku Dayana memberi salam. Masing-masing berpaling memandang Engku Dayana.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka berempat hampir serentak.
"Awal bonda balik?" Soal Aralyn. Selalunya Engku Dayana balik petang.
"Bonda sekarang memang balik awal. Half day je. Sebab sekarang banyak hal syarikat along yang dah ambil alih. Setakat hal kecil-kecil, bonda takda masalah. Hal besar-besar biar along settle kan." Kata Ku Zara menjawab soalan Aralyn.
Mengangguk faham Aralyn. Patut lah nampak pagi tadi Ku Zaril kemas saja pakai kemeja dark blue seperti pakaian orang korporat.
Tiba-tiba Aralyn terfikir tentang tawaran kerja di Royale High. Dah seminggu perkara Nenda Zuraidah dan Engku Dayana menyuruhnya kerja di syarikat keluarga berlalu. Tapi mereka tiada pula bertanya pada Aralyn sama ada mahu mengambil tawaran itu atau tidak. Walaupun begitu, Aralyn yakin yang nenda dan bonda menunggu keputusannya.
"Masak apa hari ni?" Tanya Engku Dayana apabila melihat bahan-bahan yang sudah tersedia.
"Bonda tanya pada calon menantu bonda. Dia yang masak hari ni." Terkedu Aralyn bila Ku Zara memanggilnya sebagai calon menantu.
Berdehem sekejap Aralyn untuk menghilangkan rasa gugup dan berdebarnya. Tak pernah lagi Aralyn rasa gugup dan berdebar seteruk ini.
"Ara nak masak apa?" Tanya Engku Dayana.
"Hm.. Ara ingat nak masak ayam masak merah, kangkung belacan, telur dadar dan nak buat puding roti." Bersinar mata Engku Dayana tatkala mendengar puding roti.
Dah lama Engku Dayana tak makan puding roti buatan Aralyn. Sedap sungguh kalau Aralyn yang buat. Sebelum ni, Engku Dayana beli di kedai. Kurang sikit rasanya.
"Dah lama bonda tak makan puding roti buatan Ara. Buat lebih sikit. Boleh bonda makan banyak kali." Tergelak perlahan Engku Dayana sambil di ikuti yang lain.
"Kak Ara." Sampuk Ku Zidan sembari memanggil Aralyn.
"Yup, Idan." Sahut Aralyn.
"Bila kak Ara nak terima kerja di syarikat?" Tiba-tiba saja tanya soalan ni. Memang Aralyn ada terfikir tadi. Tapi Ku Zidan pula boleh buka topik tentang hal ini.
Wahai Ku Zidan.. kenapa ya dengan kamu? Apa masalah kamu? Haih.
Berpaling Engku Dayana merenung Aralyn seakan menanti jawapan dari Aralyn. Tapi setelah difikir-fikirkan.. Aralyn patut terima. Selama seminggu ini pun Aralyn banyak buat solat istikharah untuk dapat kan petunjuk tentang jodoh dan kerjaya dia.
Dua-dua dia dah dapat jawapan. Cuma buat masa sekarang Aralyn akan beri jawapan tentang kerjaya dia.
"Maaf bonda sebab Ara ambil masa lama untuk fikir. Ara.. Ara terima berkerja di syarikat sebagai director." Putus Aralyn tanpa perlu berfikir lama lagi.
"Alhamdulillah." Syukur Engku Dayana saat mendengar Aralyn menerima untuk berkerja di syarikat keluarga.
Bukan setakat bersyukur sebab itu saja. Bersyukur juga sebab Ku Zaril dan Aralyn boleh merapatkan lagi hubungan. Kalau boleh.. biar mereka betul-betul berjodoh. Engku Dayana ini sudah lama berkenan pada Aralyn. Cuma dulu Ku Zaril meminta untuk bertunang dengan arwah Hanis.
Dahtu buat hal lagi. Sanggup buat Aralyn sedih dan terluka sampai Aralyn lari pergi belajar dekat Manchester. Bertahun-tahun Aralyn tak balik. Bila dah balik ni, Engku Dayana selalu mendoakan yang terbaik untuk Ku Zaril dan Aralyn.
"Bila Ara nak masuk office?" Soal Engku Dayana.
Mak Timah meletakkan segelas air suam di hadapan Engku Dayana. Memang itu kebiasaan Engku Dayana. Suka minum air suam. Tak suka minum manis. Lagi-lagi dah berusia ni. Kesihatan kena jaga. Nak minum manis pun kalau rasa teringin sangat.
"Esok pun dah boleh masuk, bonda." Kata Aralyn. Mengangguk Engku Dayana. Nampaknya boleh lah bersara awal. Biar Ku Zaril ambil alih syarikat cepat-cepat.
"Okay. Nanti bonda maklumkan pada HR tentang kemasukan Ara sebagai director baru di interior art department." Antusias Engku Dayana. Tak sabar nak beritahu.
Bertahun-tahun Engku Dayana menunggu Aralyn untuk masuk berkerja di syarikat. Lagi pula Aralyn ni fresh graduate. Sudah tentu semua idea Aralyn adalah fresh.
"Okay, bonda." Jawab Aralyn.
Selepas itu, Aralyn menyambung pekerjaannya yang mahu memasak sambil Ku Zara menolong Aralyn. Ku Zara sebenarnya nak lari tadi. Tapi Aralyn tarik baju dia. Tak boleh lari. Haish.
••••••••••
Berkerut sedikit dahi Ku Zaril tatkala makanan yang masuk ke dalam mulutnya terasa agak lain. Tak seperti Mak Timah yang masak. Ada rasa lain. Rasa sedap. Lagi sedap dari Mak Timah yang masak.
"Kenapa Aril buat muka macam tu?" Tanya Engku Dayana yang perasan dengan riak wajah anak sulungnya.
"Siapa masak ni bonda?" Soalan dibalas soalan.
Terbit senyuman Engku Dayana saat Ku Zaril bertanya siapa yang masak. Haih.. mesti lah sedap. Aralyn yang masak.
"Ara yang masak. Kenapa? Tak sedap?" Saja Engku Dayana bertanya begitu. Nak tahu jawapan jujur dari Ku Zaril.
Aralyn berdebar saja apabila Ku Zaril mula bertanya siapa yang masak tadi. Yalah, Ku Zaril mana pernah nak rasa air tangan dia. Sebelum-sebelum ni Aralyn masak, Ku Zaril tak pernah jamah sedikit pun.
"Sedap. Aril suka." Puji Ku Zaril selari merenung Aralyn yang duduk di sebelah Ku Zara.
"Pandai kan Ara masak? Sedap." Mengangguk Ku Zaril bersetuju dengan Engku Dayana.
Tersenyum nipis Aralyn tatkala mendengar pujian dari Ku Zaril. Lega hatinya rasa apabila Ku Zaril suka akan masakan dia. Nasib baik Ku Zaril tak menolak seperti dulu. Sekarang ni yang Aralyn nampak.. Ku Zaril makan banyak. Sampai bertambah.
"Kak Ara ni.. bab memasak nombor satu. Rugi betul orang tu dulu sebab 'buang' makanan yang kak Ara masak. Padahal kak Ara dah penat-penat masak. Tapi takpa.. sebab kak Ara ada Idan yang sentiasa ready untuk habiskan makanan yang kak Ara masak." Menyampuk pula budak Idan ni.
Dengan muka selamba dia dok sindir dan kutuk abangnya. Padahal abang dia dekat sebelah dia.
Ku Zaril agak terasa dengan kata-kata dari Ku Zidan. Dia tahu siapa yang Ku Zidan maksudkan kalau bukan dirinya sendiri. Dipandang wajah Aralyn yang sedang tersenyum ke arahnya. Ku Zaril rasa bersalah sangat.
'I'm sorry.' Ucap Ku Zaril tanpa suara sambil terus merenung Aralyn.
Aralyn balas dengan senyuman manis lalu dia mengangguk perlahan. Aralyn dah tak kisah hal-hal lama. Perkara yang dah lepas, biarkan lepas. Aralyn tak nak kenang masa lalu.
Dan sekarang Aralyn yakin yang Ku Zaril terasa dengan kata-kata Ku Zidan barusan. Dari raut wajah Ku Zaril pun Aralyn tahu.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...