Memincing mata Ku Zaril memandang pemandangan di hadapannya. Ku Zaril memerhati seseorang bak seekor helang yang sedang membuat sasaran dan menjadi mangsanya.
Korang rasa siapa mangsa dia? Sudah tentu Suri Aralyn yang menjadi mangsa Ungku Zaril.
Lama Ku Zaril perhati gerak-geri Aralyn yang sedang melukis sambil duduk di kerusi yang ada di balkoni. Ku Zaril tidak tahu pula yang Aralyn sangat pandai dan berbakat dalam lukisan. Dari jauh sudah kelihatan cantik lukisan Aralyn. Satu point Ku Zaril beri pada Aralyn kerana lukisan yang cantik.
Selepas itu, Ku Zaril berjalan mendekati Aralyn. Dia berdehem bagi menyedarkan kedatangannya. Terhenti tangan Aralyn yang sedang sibuk menconteng di atas kertas lukisan lalu berpaling memandang Ku Zaril.
"Kau lukis apa tu?" Tanya Ku Zaril. Saja ingin berbasa-basi.
"Em.. Ara lukis rumah." Jawab Aralyn perlahan seakan berbisik.
Menjuih bibir Ku Zaril saat mendengar jawapan Aralyn. Rumah? Dah kenapa lukis rumah? Kan banyak lagi benda boleh lukis. Setelah itu, Ku Zaril mengambil tempat kosong di hadapan Aralyn. Dilabuhkan punggungnya di situ.
"Kenapa rumah? Kenapa tak benda lain yang kau lukis?" Soalnya lagi. Tiba-tiba perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
"Sebab.. Ara nak ada rumah." Terlepas tawa perlahan Ku Zaril.
"Semua orang nak ada rumah. Orang gila pun nak ada rumah. Tapi aku nak tahu sebab apa? Lukisan kau tu mesti ada makna. Ke kau saja-saja lukis?" Menggeleng perlahan kepala Aralyn menidakkan soalan Ku Zaril.
"Habis tu?" Lama Aralyn diam sebelum akhirnya dia membuka mulut.
"Ara nak ada rumah sendiri macam rumah arwah aboh dan arwah ibu. Ara rindu rumah keluarga Ara. Ara rindu aboh dan ibu. Dalam rumah tu banyak kenangan Ara dengan arwah aboh dan arwah ibu. Lagi satu.. Ara pernah janji pada arwah aboh dan arwah ibu untuk belikan rumah yang lebih selesa. Tapi.. arwah aboh dan arwah ibu dah pergi dulu. Ara tak dapat nak bagi apa yang Ara dah janji. Ara rasa kesal. Ara sedih. Ini je satu-satu cara Ara untuk lepaskan perasaan sedih Ara. Ara tak nak menangis. Ara dah janji dengan umi dah nenda supaya tak nangis." Jelas Aralyn panjang lebar.
Ini lah kali pertama dia bercerita panjang lebar dengan seseorang. Bahkan dengan Ku Zara pun Aralyn tak pernah bercerita panjang begini. Aralyn pun tak tahu kenapa mulut dia ringan sangat nak bercakap panjang dengan Ku Zaril.
Padahal Ku Zaril dah lah selalu buli dan cari masalah dengan dia. Haih.
Ku Zaril pula yang mendengar cerita Aralyn mula rasa bersalah bertandang di hatinya.
"Kau ada rumah impian ke?" Mengangguk Aralyn.
"Macam mana rumah impian kau tu?" Penasaran Ku Zaril. Bukan kata Aralyn saja yang terkejut dengan dirinya yang jadi banyak bercerita.
Ku Zaril pun terkejut dengan diri sendiri sebab tiba-tiba banyak tanya dan nak tahu pasal Aralyn. Selama ni dia tak nak pun. Sepanjang Aralyn ada dalam rumah, Ku Zaril selalu mengelak. Tak pun ada saja masalah yang dia timbulkan.
"Ara tak nak rumah yang besar pun. Kecil pun dah okay. Asalkan selesa. Lepastu Ara nak ada taman bunga. Lagi-lagi bunga matahari. Arwah ibu dulu suka ajak Ara tanam bunga. Dahtu Ara nak pondok yang boleh jadi tempat minum petang santai-santai dan nak ada satu buaian. Ara suka naik buaian. Rasa tenang." Beritahu Aralyn sambil membayangkan rumah idamannya itu.
Terbit senyuman kecil di bibir Ku Zaril tatkala memandang wajah manis dan comel Aralyn. Terlebih lagi melihat Aralyn senyum. Hati Ku Zaril jadi berdegup laju.
'Dah kenapa pula dengan hati aku ni?' Gumam Ku Zaril.
"Berangan je lah kau. Taman bunga bagai. Takda rumah macam tu." Ketus Ku Zaril selari bangun dari duduknya dan berjalan masuk ke dalam rumah semula.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...