- BAB 44 -

1.8K 150 12
                                    

Royale High

Setelah tiga minggu Ku Zaril tidak masuk ke pejabat. Hari ini, Ku Zaril masuk semula ke dalam pejabat. Banyak mata yang memandang ke arahnya. Ada yang beriak kagum dan ada yang beriak nervous.

Mana taknya. Muka Ku Zaril serius saja. Takda senyuman langsung. Mendatar. Orang datang kerja pagi-pagi muka kena senyum. Tapi Ku Zaril tak.

Sampai saja di bilik kerjanya, Ku Zaril langsung menghenyakkan punggung di kerusi kerjanya lalu dipusingkan menghadap bangunan luar. Ku Zaril memicit pelipis kepalanya untuk menghilangkan rasa amarah di dada.

Pagi tadi sebelum dia berangkat ke tempat kerja. Ku Zaril mendengar Aralyn sedang bercakap telefon dengan seorang lelaki. Mana Ku Zaril tahu itu suara lelaki? Sebab Aralyn pasang loud speaker.

Niat Ku Zaril mendatangi bilik tidur Aralyn kerana mahu mengajak kesayangannya turun sarapan. Tapi lain pula yang jadi. Terus Ku Zaril tak jadi nak memanggil Aralyn. Sarapan pun tidak.

'Dia main-mainkan aku ke?' Soal Ku Zaril di dalam hati. Walhal tarikh nikah mereka tinggal lagi sebulan. Takkan lah Aralyn nak membalas dendam pada dia.

Tak lama selepas itu, Ku Zaril mendengar suara pintu diketuk dari luar. Melaung suara Ku Zaril memberi izin kepada si pengetuk untuk masuk.

"Ada apa, Ikram?" Tanya Ku Zaril serius.

"Ehem! Ini Ara. Bukan Ikram." Berpusing Ku Zaril memandang Aralyn yang sudah berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis.

"Nak apa?" Tanyanya. Malas nak melayan. Masih sakit hati.

"Abang Aril okay? Tadi pagi bonda cakap abang Aril tak sempat nak sarapan. Ini Ara ada bekalkan nasi goreng yang Mak Timah masak untuk abang Aril. Ara bawa lebih sebab satu lagi Ara punya. Ara nak sarapan sama-sama dengan abang Aril. Jom kita sarapan?" Ajak Aralyn dengan nada yang lembut.

Mungkin sikap Ku Zaril pagi ni agak ke laut. Tapi Aralyn tak nak lah menambah lagi perisa. Dah lah muka Ku Zaril serius semacam. Mungkin tengah stress kerja.

"Letak je. Nanti pandai abang makan." Mendatar suara Ku Zaril membalas Aralyn. Selepas itu, Ku Zaril mula membuka laptop dan terus dipalingkan wajahnya memandang ke skrin laptop.

Menjuih bibir Aralyn apabila menghadap perangai acuh tak acuh dari Ku Zaril. Ku Zaril tidak pernah bersikap begini pada dia. Melainkan ada masalah.

"Okay. Tapi nanti kita keluar lunch. Sekali beli cincin. Kita tak beli cincin lagi." Ujar Aralyn seraya meletakkan sebekas nasi goreng ke atas meja Ku Zaril.

"Hm." Balas Ku Zaril dengan masih fokus pada kerjanya.

Aralyn mengemam rapat bibirnya. Dia bingung. Aralyn berfikir yang dia ada buat masalah ke sampai Ku Zaril bersikap begini padanya? Kalau pun ada masalah, Ku Zaril selalu bersikap terbuka. Ku Zaril pasti akan bertanya terus. Tapi sekarang.. entah lah.

"Ara.. keluar dulu. Jumpa lunch nanti, abang." Pamit Aralyn lalu membawa kakinya melangkah keluar dari bilik pejabat Ku Zaril.

Ku Zaril menghentikan perlakuannya dan merenung kepergian Aralyn. Terlepas nafas berat Ku Zaril apabila terpaksa melayan wanita itu dengan sikap dingin.

••••••••••

Suasana di dalam kereta hanya diam sahaja. Bunyi radio yang mengisi kesunyian di antara Ku Zaril dan Aralyn. Takda siapa yang mahu memulakan bicara dahulu. Ku Zaril dengan masih rasa amarah. Aralyn pula dengan sikap bingung dia.

Sesekali mata Aralyn mengerling memandang Ku Zaril yang sedang fokus pada pemanduannya. Serius sahaja wajah tampan itu. Dari pagi Aralyn tidak melihat senyuman kacak Ku Zaril.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now