Berdering telefon Aralyn meminta diangkat. Mula-mula Aralyn malas. Tapi bila dah banyak kali handphone tu asyik berbunyi. Terpaksa lah Aralyn angkat.
Aralyn tengah takda mood. Satu hari Ku Zaril langsung tak call dia. Bila Aralyn yang call, Ku Zaril tak angkat. Mesej pun Ku Zaril tak balas. Bukan kata nak balas. Baca pun tidak.
Dengan perasaan malas, Aralyn bangun dari baringannya lalu mencapai gajet nipis itu dari meja kecil sebelah katilnya. Lantas dilihat gerangan yang menelefonnya. Ternyata Ku Zaril.
Oh.. dah malam. Masa orang dah nak tidur baru nak call. Menyampah lah. Tapi Aralyn jawab juga.
"Assalamualaikum, sayang." Ucap Ku Zaril. Rindunya dia dengan isteri dia. Satu hari ni Ku Zaril sibuk sangat. Bukan takda masa nak call atau mesej. Cuma Ku Zaril tak sempat nak pegang handphone. Banyak kes di site nak kena handle.
"Waalaikumussalam." Jawab Aralyn bersahaja.
"Sayang buat apa tu? Dah tidur?" Tanya Ku Zaril sekadar ingin berbasa-basi.
"Baru nak tidur. Tapi ada orang kacau call malam-malam. Lebih baik tak payah call terus. Haih.." Terbit senyuman kecil Ku Zaril tatkala mendengar suara rajuk isterinya.
Bukan sengaja dia tak nak call atau chat isterinya. Tapi Ku Zaril betul-betul tengah sibuk. Bukan Ku Zaril nak cakap isteri dia tak faham. Ku Zaril tahu yang Aralyn faham diri dia. Cuma Aralyn mahukan perhatian. Chat sekejap pun jadi lah.
"Sorry, sayang abang. Jangan lah merajuk." Menjuih bibir Aralyn mendengar panggilan Ku Zaril buat dia. Aralyn lemah sikit bila panggil sayang abang. Rasa panggilan tu istimewa sangat.
"Abang nak apa call Ara malam-malam?" Saja nak merajuk lagi.
"Boleh sayang tengok luar? Abang ada dekat luar ni." Berkerut dahi Aralyn. Luar? Luar mana?
"Tengok luar mana? Ara nak tidur ni."
"Luar rumah lah. Abang ada berdiri depan kereta ni. Cepat lah. Abang sejuk." Laju-laju Aralyn bangun bila suaminya kata yang dia ada di luar.
Aralyn mengintai di sebalik cermin. Memang betul. Ku Zaril berada di luar. Ku Zaril yang perasan akan isterinya terus melambaikan tangan seraya tersenyum lebar ke arah sang isteri.
Pantas Aralyn menutup telefon dan berlari keluar dari bilik. Dah lah orang dalam rumah ni dah tidur. Pukul 1 pagi. Memang semua dah tidur lah ceritanya. Aralyn saja belum tidur sebab rindu suami. Tak lena nak tidur.
Keluar saja dari rumah, Aralyn berlari mendapatkan sang suami. Ku Zaril berdiri tegak sembari mendepakan kedua tangannya untuk menyambut isteri di dalam pelukan.
"Abang!" Jerit Aralyn sedikit kuat kerana teruja.
"Jangan lari sayang." Tegur Ku Zaril. Tapi apa Aralyn kisah. Dia tetap lari.
Dekat saja terus Aralyn melompat. Nasib baik Ku Zaril sambut dan memeluk isterinya. Aralyn melilitkan kedua kakinya di pinggang Ku Zaril.
"I miss you.." Luah Aralyn sambil mengeratkan lagi pelukan mereka.
"I miss you more." Balas Ku Zaril. Dicium bahu sang isteri. Aralyn tak sempat nak ambil tudung tadi. Dia main keluar saja. Excited sangat.
Ku Zaril setia berdiri mendukung isterinya. Agak lama mereka berdua dalam keadaan begitu sebelum Aralyn perlahan-lahan turun dari dukungan suaminya. Mendongak kepala Aralyn merenung sang suami.
"Tak cakap dengan Ara pun nak balik." Tersimpul senyuman kecil Ku Zaril melihat kecomelan si isteri. Terkelip-kelip mata hazel Aralyn memandang Ku Zaril. Geram Ku Zaril tengok isteri dia.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...