Aralyn membuka pintu bilik Ku Zaril seraya menjengulkan sedikit kepalanya untuk melihat ke dalam. Ini kali pertama dia menjejak masuk ke dalam bilik Ku Zaril.
Sepanjang dia menjadi anak angkat dan cucu angkat di dalam rumah ni dan dalam keluarga ni. Tak pernah sekali Aralyn dengan lancang masuk ke dalam bilik Ku Zaril.
Ini kali pertama. Rasa berdebar dan gemuruh. Kali ni, bilik Ku Zaril telah menjadi bilik Aralyn juga. Bukan bilik Ku Zaril seorang. Mereka berdua perlu berkongsi semua benda. Termasuk tidak merahsiakan apa-apa cerita. Perlu saling jujur satu sama lain.
Meliar mata Aralyn melihat sekeliling bilik. Agak gelap sebab bilik Ku Zaril di cat dengan warna dark gray dan black. Cuma ada beberapa bahagian yang di cat warna putih. Tak banyak pun. Tapi masih tetap kelihatan bagus dan mempunyai aura yang sangat kuat.
Aura apa? Aura Ku Zaril. Aura yang dapat menceritakan tentang diri Ku Zaril. Seorang yang tegas, berjiwa besar, bebas, bersosial, dingin, garang dan mempunyai sepasang mata yang tajam bila memandang orang lain.
Perlahan-lahan Aralyn menapak menghampiri kabinet yang terletaknya banyak gambar. Di situ Aralyn melihat ada satu gambar yang lengkap berkeluarga. Pasti lelaki yang agak berusia ini ialah Ungku Zaki.
Aralyn tak pernah tengok gambar arwah Ungku Zaki. Cuma Aralyn selalu dengar cerita tentang arwah Ungku Zaki. Arwah seorang yang sangat baik hati, berhati lembut, tegas, garang, cekap, kacak dan berwibawa.
Muka arwah Ungku Zaki hampir sama dengan muka Ku Zaril. Patut lah Aralyn selalu dengar yang Ku Zara cakap muka Ku Zaril satu pesen macam arwah Ungku Zaki. Dengan ada lesung pipi nya. Betul lah. Hensem macam Ku Zaril.
Ku Zara tu muka macam Engku Dayana. Cantik dan manis orangnya. Ku Zidan pula kombinasi antara Engku Dayana dan Ungku Zaki. Sangat kacak. Ketiga-tiganya ada lesung pipi. Mengikut genetik arwah Ungku Zaki.
Tak lama selepas itu, kedengaran suara pintu bilik dibuka dari luar. Berpaling kepala Aralyn memandang Ku Zaril yang baru saja masuk ke dalam bilik.
"Sayang tengok apa?" Tanya Ku Zaril setelah menutup semula pintu biliknya.
"Hm.. Ara tengok gambar family abang. Ini arwah ayah abang ke?" Jawab Aralyn seraya menyoal Ku Zaril semula.
"Yup. Ini arwah ayah abang." Kata Ku Zaril. Ditarik tubuh kecil isterinya lalu dipeluk dengan erat. Dicium ubun-ubun isterinya. Setiap hari bahkan setiap saat rasa kasih, sayang dan cinta Ku Zaril untuk Aralyn tak pernah luntur. Bahkan semakin bertambah.
"Our first hug after married." Ujar Ku Zaril sambil bibirnya tetap mencium puncak kepala sang isteri.
Malu pula Aralyn jadinya bila Ku Zaril bersikap manis begini. Namun begitu, Aralyn merasa sangat disayangi dan dicintai oleh Ku Zaril.
Kedua tangan Aralyn naik membalas pelukan sang suami. Disandarkan kepalanya di dada bidang Ku Zaril. Dapat Aralyn mendegar suara degupan jantung milik suaminya. Terasa tenang sangat.
Lama mereka berdua dalam keadaan begitu sebelum Aralyn yang melepaskan pelukan dan dijarakkan sedikit kedudukan mereka. Mendongak kepala Aralyn merenung suaminya.
"Thank you for loving me and choose me to be your wife. Ara hargai semua pengorbanan abang dan semua effort abang. Terima kasih tak pernah putus asa dengan Ara." Ucap Aralyn serta disalam lalu dicium kekura tangan kekar itu.
Terukir senyuman di bibir Ku Zaril apabila melihat tingkah isterinya. Angkat saja kepala, dahi Aralyn menjadi sasaran bibir Ku Zaril sekali lagi.
"Abang hampir putus asa sebenarnya. Tapi abang bersabar sebab abang tahu.. orang yang sentiasa bersabar takkan disia-siakan usahanya oleh Allah. Sebab tu abang bersabar dan terus bersabar. Abang kuatkan hati supaya terus berjuang untuk dapatkan sayang semula. Abang dah janji nak bahagiakan sayang serta abang dah berjanji pada diri abang untuk jadikan sayang sebagai ratu hati abang." Jujur Ku Zaril tentang perkara sebenarnya.
Memang itu yang dia rasakan selama Aralyn buat tidak endah pada usaha dia selama ni. Hampir.. tersangat hampir Aralyn kehilangan Ku Zaril. Selama Aralyn di Manchester, ramai perempuan cuba menggoda Ku Zaril.
Tapi nasib baik lah Ku Zaril orangnya kuat iman. Kalau tidak.. tak tahu lah apa nasib Aralyn sekarang.
Terharu Aralyn mendengar kata-kata Ku Zaril. Aralyn menjengketkan sedikit kakinya lalu dicium bawah dagu Ku Zaril. Al-maklum, Ku Zaril tinggi orangnya dan Aralyn pula pendek orangnya. Had bawah bahu Ku Zaril. Kalau pakai heels pun.. paras bahu saja sampai.
"Dah. Ara nak buka tudung. Nak mandi. Abang nak rehat ke nak mandi? Kalau abang nak mandi, abang mandi dulu. Ara mandi lepas abang mandi." Ujar Aralyn seraya melangkah ke hadapan cermin untuk membuka tudung yang dipakai.
Baru saja tangannya mahu mencapai pin yang dicucuk di tepi kepala. Ada satu tangan besar terlebih dahulu mencapai pin tersebut. Lantas Aralyn melihat Ku Zaril di dalam pantulan cermin.
"Ara boleh buat sendiri, abang." Aralyn memegang tangan Ku Zaril.
"Abang tahu sayang boleh buat. Tapi bagi lah abang tolong. Abang selalu tengok dekat tiktok yang suami diaorang tolong cabutkan pin dekat tudung isteri. Abang dulu berangan tau nak buat macam tu. Akhirnya tercapai juga." Beritahu Ku Zaril jujur.
Terletus tawa kecil Aralyn tatkala mendengar perkara tersebut. Ku Zaril berangan nak buat macam video tik tok tu? Serius lah?!
"Abang main tiktok ke?" Soal Aralyn sambil dibiarkan Ku Zaril dengan kerjanya mencabut pin.
"Tak main. Tengok je. Abang selalu usha tiktok sayang. Comel je sayang abang ni. Semua video tiktok sayang, abang save." Melopong sedikit mulut Aralyn. Serasa tak percaya yang Ku Zaril usha tiktok dia dan save semua video dia?
"Are you serious, Ungku Zaril?" Beria Ku Zaril mengangguk sambil menghadiahkan senyuman kacaknya untuk cinta hati dia ini.
"Wow. Ara tak tahu pula suami Ara ni tengok tiktok juga. Siap jadi fans Ara. Sanggup save semua video Ara." Tiba-tiba, rasa bangga pula sebab ada peminat rahsia.
"Sayang sepatutnya bangga. Sebab ada fans hensem macam abang." Menjuih bibir Aralyn bila Ku Zaril angkat bakul sendiri.
"Yalah.." Mengalah saja lah Aralyn.
Selepas beberapa minit, selesai juga kerja Ku Zaril mencabut semua pin yang dicucuk di tudung. Terlerai tudung di atas kepala Aralyn. Ikatan rambut turun dibuka oleh Ku Zaril. Perlahan-lahan rambut Aralyn jatuh dengan alunan yang cantik.
"You are soooo beautiful, sayang. I love you, my sweetheart." Membahang panas wajah Aralyn. Malu.
"Thank you and I love you more, my husband." Balas Aralyn tak kalah manis.
Seusai itu, mereka berdua saling berbalas pandangan di dalam pantulan cermin. Ku Zaril mengenyitkan sebelah matanya. Semakin malu Aralyn dibuatnya apabila melihat tingkah romantik yang ditunjuk Ku Zaril.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...