- BAB 16 -

2.3K 192 9
                                    

Aralyn masuk ke dalam rumah dalam keadaan kelang-kabut. Tadi Aralyn berlari dari kafe ke apartment. Semua sebab Ku Zaril. Aralyn nampak Ku Zaril. Itu yang Aralyn lari.

Sumpah. Aralyn langsung tak tahu yang di belakangnya ada Ku Zaril. Nasib baik Aralyn sempat lari dari ditangkap Ku Zaril.

Masuk saja ke dalam rumah, Aralyn meluru ke biliknya. Dihempas sedikit kuat pintu biliknya lalu dikunci. Rania yang mendengar bunyi kuat pintu ditutup terus Rania keluar dari biliknya dan mendatangi ke bilik Aralyn.

Pintu bilik Aralyn diketuk seraya memanggil nama Aralyn.

"Ara.. kau okay tak ni? Kenapa tutup pintu kuat sangat?" Risau Rania dibuatnya. Rania mengetuk pintu bilik Aralyn sekali lagi bila tidak mendapat respon dari Aralyn.

"Ara.. kau okay tak ni? Jangan buat aku risau. Aralyn." Kali ini, Rania mengetuk lebih kuat.

Tapi tetap sama. Aralyn langsung tak beri sebarang respon mahupun menyahut panggilan dari Rania. Hanya senyap.

"Ya Allah.. kenapa pula ni?" Rania bertanya pada diri sendiri. Sungguh Rania risau. Ku Zara ada pesan untuk menjaga Aralyn. Ya. Ku Zara dan Rania sudah berkawan. Aralyn yang mengenalkan mereka.

Aralyn yang berada di dalam hanya mendiamkan diri sambil duduk di atas lantai. Dipeluk kedua lututnya. Badannya pula disandarkan pada katil. Aralyn jadi terngiang-ngiang dengan apa yang Ku Zaril dah buat padanya sebelum ini.

Kenapa dia mesti kena jumpa dengan Ku Zaril semula? Nasib baik Ku Zaril tidak sempat mengejarnya.

"Ya Allah.. lindungi lah aku." Doa Aralyn.

Aralyn shaking. Dia menggigil sangat-sangat. Aralyn takut. Kepalany laju digelengkan. Tak. Tak. Ku Zaril tak boleh tahu yang dia ada di sini.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Rania yang baru saja melangkah masuk terus melihat keadaan Aralyn yang duduk sambil memeluk kedua lututnya itu. Peluh penuh satu dahi. Cepat-cepat Rania menerpa ke arah Aralyn.

"Ara, okay tak ni? Kau kenapa? Cakap dengan aku." Kedua bahu Aralyn dipegang Rania selari diusap perlahan untuk menenangkan kawannya itu.

Dapat Rania rasakan kegigilan di badan Aralyn. Bingung Rania dibuatnya apabila Aralyn hanya senyap tidak menjawabnya.

"Kau kenapa ni, Ara?" Ditarik tubuh Aralyn masuk ke dalam pelukannya. Digosok belakang badan Aralyn.

"A-aku nampak dia. D-dia ada de-dekat sini, Nia.." Beritahu Aralyn sambil menangis dalam pelukan Rania.

Siapa kata Aralyn tak trauma? Dia trauma. Cuma sebelum ini Aralyn pandai kawal. Tapi sejak lepas dia dah pindah ke England. Macam-macam mimpi pelik yang dia dapat. Bila mimpi saja, Aralyn bangun pasti menangis.

Dahtu Aralyn lari masuk bilik air. Duduk berjam-jam bawah guyuran air sambil gosok-gosok badannya dengan kasar dan berkata "aku jijik dengan diri aku".

Pada awalnya Rania pun bingung. Rania tak tahu apa masalah yang dialami Aralyn. Tapi selepas Ku Zara cerita, baru lah Rania tahu. Kalau nak ditanya pada Aralyn, sampai ke sudah Aralyn tak cerita. Aralyn malu. Aralyn takut.

"Zaril?" Tanya Rania. Aralyn mengangguk menjawab soalan Rania barusan.

Terpejam seketika mata Rania bila mendapat anggukan dari Aralyn. Jadi semua sebab Ku Zaril.

"Zaril nampak kau?" Sekali lagi Aralyn mengangguk.

"Tapi aku lari. Dia tak sempat nak kejar." Kata Aralyn. Lega Rania dengar. Kalau lah Rania ikut Aralyn tadi dan tetap berdegil tak bagi Aralyn keluar seorang. Mesti perkara macam ni takkan jadi.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now