- BAB 3 -

1.8K 153 5
                                    

Selepas 2 Tahun

Aralyn berjalan melepasi kelas Ku Zaril.  Semua budak lelaki dalam kelas itu, semuanya memandang Aralyn. Takda seorang pun yang tak pandang. Termasuk lah Engku Kamal, sepupu Ku Zaril sendiri.

"Cantiknya, Ara. Kau tengok lah. Semua budak lelaki pandang dia." Kata Engku Kamal sambil matanya turut tak lepas memandang Aralyn.

"Biasa je. Takda cantik mana pun. Korang je yang melebih." Balas Ku Zaril sambil melirik Aralyn sekilas.

Aralyn memang cantik. Lagi-lagi mata hazel dia. Nampak bersinar. Apa yang Ku Zaril cakap tadi tu tipu saja. Walhal dekat rumah dia selalu curi-curi pandang Aralyn. Cuma tak tertangkap saja.

"Yeke biasa? Ke kau selalu tengok dia? Yalah, korang kan satu rumah." Usik Ku Kamal selari mencuit lengan Ku Zaril. Mendengus kasar Ku Zaril. Ditepis tangan Ku Kamal. Gedik pula mamat ni.

"Suka.. cakap suka. Karang Ara tu takda depan mata, kau juga menggelupur." Menjelek riak muka Ku Zaril bila mendengar Ku Kamal berkata begitu.

Siapa pula yang nak menggelupurnya? Dah kenapa nak kena menggelupur? Serabut lah mamat ni. Ada yang botak karang.

"Boleh diam tak? Semak lah. Dekat rumah perempuan tu. Dekat sekolah pun perempuan tu juga. Naik muak aku tengok muka dia. Rasa nak muntah." Tergelak perlahan Ku Kamal mendengar bicara sepupunya ini.

Melangit sungguh ya dia bercakap. Macam tak nak pandang ke bumi.

"Aku doakan satu hari nanti.. bila Ara takda. Kau lah orang yang paling paling palinggg tercari-cari dia. Bila Ara takda, kau akan jadi orang tak tentu arah. Apa orang kata.. mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur pun tak lena. Senang cerita, kau buat lah apa pun. Semuanya serba-serbi tak kena. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Doa Ku Kamal sembari meniup ke muka Ku Zaril.

Dia harap bila dia tiup doa tu depan muka Ku Zaril, Allah makbulkan. Bila masa tu tiba nanti Ku Kamal nak gelak puas-puas.

"Tak akan terjadi. Dia perempuan yang datang hanya nak porak-perandakan keluarga aku." Menggeleng kepala Ku Kamal.

Sejurus itu, Ku Kamal bangun dari kerusinya dan terus melangkah keluar dari kelas. Ada baiknya Ku Kamal pergi cari sesuatu yang berfaedah dadi duduk dengan Ku Zaril. Menyakitkan hati.

Cakap pun sombong. Kita tengok saja. Ku Kamal yakin sangat, Allah akan makbulkan doa dia tu tadi.

••••••••••

'Kringgg'

Loceng sekolah mula kedengaran di semua bangunan sekolah menandakan bermulanya waktu rehat. Semua murid diberi izin untuk keluar pergi ke kantin untuk membeli makanan dan berehat selama setengah jam.

Bagi Ku Zaril dan Ku Kamal. Mereka berdua tidak suka pergi ke kantin. Keadaan sesak dan ramai murid yang beratur dan ke hulur ke hilir dan riuh. Ku Zaril tak berapa suka suasana yang riuh. Bagi Ku Zaril ada baiknya dia pergi ke tempat lain bila waktu rehat.

Seperti sekarang. Main basketball di tengah-tengah ruang sekolah. Ramai yang memandang ke arah mereka berdua. Tapi hanya diendahkan sahaja. Di koridor, di kaki jalan, di dala kelas dan berbagai tempat.

Siapa saja yang tak kenal dengan Ungku Zaril dan Engku Kamal? Dua orang sepupu hot yang ada di sekolah. Banyak pelajar perempuan yang nak cuba dekat dengan diaorang. Tapi seorang pun tak dapat.

Sebab apa? Dua-dua beku. Langsung jadi iceberg.

Tiba-tiba mata Ku Zaril terpandangkan Aralyn yang sedang berjalan di tepi ruangan tempat mereka bermain. Lantas Ku Zaril membaling bola tersebut ke arah Aralyn sehingga terkena pada kepala Aralyn.

"Aw!" Mengaduh sakit Aralyn. Dipegang kepalanya.

"Ril! Apa kau ni?" Ku Kamal memukul bahu Ku Zaril dan berlari keluar untuk mendapat Aralyn.

Ketawa perlahan dan sinis Ku Zaril bila melihat reaksi Ku Kamal yang sangat risaukan Aralyn.

"Ara okay tak?" Tanya Ku Kamal.

Aralyn yang mendengar suara Ku Kamal pantas mengangkat kepalanya dan mengangguk menjawab Ku Kamal.

"Zaril tak sengaja tadi. Dia tak nampak Ara nak lalu. Sorry." Ucap Ku Kamal meminta maaf bagi pihak Ku Zaril. Nak suruh Ku Zaril minta maaf? Jangan harap. Ku Zaril takkan buat benda tu. Apa lagi nak minta maaf pada Aralyn.

Baru saja Aralyn ingin membalas kata-kata Ku Kamal. Ku Zaril terlebih dahulu bersuara dan mencelah di nafas mereka berdua.

"Tak payah susah-susah nak minta maaf untuk aku. Aku takda buat salah dengan minah ni." Sinis Ku Zaril sambil memandang jelek pada Aralyn.

Aralyn menarik nafas lalu dihembus perlahan. Lama-lama hilang juga kesabaran Aralyn untuk Ku Zaril.

"Ara tak minta abang Aril minta maaf pun. Tapi Ara nak cakap hati-hati kalau nak main. Tengok-tengok orang lain juga. Ini kena Ara. Kalau kena orang lain kan bahaya." Pesan Aralyn sambil terus menatap wajah Ku Zaril yang sentiasa memasang wajah bengisnya pada Aralyn.

Aralyn kalau nak tengok Ku Zaril senyum masa Ku Zaril tengok sesuatu yang kelakar atau berbual dengan kawan-kawannya. Bila di rumah Ku Zaril serius memanjang. Jarang Ku Zaril nak senyum atau ketawa.

"Tak payah nak ajar aku. Aku tahu. Pasal kau tadi.. aku memang sengaja. Kalau boleh biar kau masuk hospital sekali. Lagi puas hati aku." Kata Ku Zaril tanpa rasa bersalah. Siap dijentik dahi Aralyn.

Bola yang berada di tepi. Ku Zaril ambil lalu dia menyambung bermain. Malas nak ambil kisah pasal Aralyn. Ku Zaril rasa rimas bila tengok mata hazel Aralyn lama-lama. Hati dia akan berdegup pantas bila memandang mata Aralyn.

"Abaikan lah dia tu." Menyampah Ku Kamal tengok perangai Ku Zaril seperti sekarang.

"Takpa. Ara faham. Dah tahu sangat perangai abang Aril." Balas Aralyn seraya senyum kepada Ku Kamal.

Terpegun Ku Kamal apabila melihat senyuman manis Aralyn. Cantik. Senyuman ni cantik sangat. Tapi Ku Zaril kata hodoh. Dasar mata rosak.

"Cantik." Puji Ku Kamal.

"Hah?" Blur Aralyn. Dia kurang dengar apa yang Ku Kamal cakap kan barusan.

"T-takda apa." Gagap pula dah. Haih. Penangan senyuman Aralyn lah ni.

"Okay. Ara pergi dulu, abang Mal. Bye." Aralyn meminta diri untuk masuk ke dalam kelas. Lagi pula waktu rehat dah nak habis. Ada baiknya Aralyn balik ke kelas.

Ku Zara awal-awal dah masuk kelas. Aralyn saja yang melencong ke tandas sekejap. Ada panggilan alam memanggil dan perlu dibuang.

"Hm. Hati-hati. Tengok kiri kanan." Tergelak perlahan Aralyn mendengar pesanan Ku Kamal. Ada lah tu. Mesti perli Ku Zaril bab pandang kiri kanan tu.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now