Berpeluh-peluh dahi Aralyn menahan sakit senggugut yang dialami. Perutnya dipegang sambil dahinya berkerut-kerut. Mengerekot badan Aralyn di atas katil. Sakitnya tak usah dicakap.
Hanya perempuan yang mengalami senggugut saja faham perasaan menahan sakit ini. Dan beruntung juga bagi perempuan yang tidak pernah alami rasa sakit ini. Seronok saja. Tapi untuk Aralyn memang dia akan rasa sakit ini apabila datang bulan.
Itu yang Aralyn tak suka. Bila dah senggugut. Semua kerja Aralyn tertunda. Tak larat nak buat. Kadang boleh sampai demam panas.
Ku Zaril melangkah mendekati isterinya lalu disentuh dahi Aralyn. Panas. Isterinya demam. Pantas Ku Zaril duduk di sebelah Aralyn lalu mengangkat kepala Aralyn. Habis berpeluh dahi si cantik dia ini.
"Sayang demam ni. Kita pergi klinik, nak?" Aralyn menggelengkan kepala tidak mahu.
Dia tak suka klinik dan hospital. Sama-sama bau ubat. Aralyn benci klinik dan hospital sebab dulu masa kecil dia pernah kena cucuk dekat bontot akibat tak nak makan ubat.
"Abang risau sayang demam macam ni. Kita pergi klinik, ya?" Aralyn tetap degil tidak mahu.
"Tapi sayang.."
"Ara tak nak.. jangan lah paksa, Ara.." Merengek Aralyn tidak mahu seraya menyembamkan wajahnya di perut sang suami.
Tak lama selepas itu, Ku Zaril mendengar isterinya menangis. Lantas Ku Zaril menjarakkan sedikit perutnya dari muka Aralyn. Dapat Ku Zaril tengok Aralyn yang sedang tersedu-sedu menangis.
"Ya Allah, sayang. Kenapa nangis ni?" Aralyn mendongakkan kepala memandang suaminya.
"Abang paksa Ara.. abang tak sayang Ara.. abang suka paksa Ara.. Ara tak suka pergi klinik dan hospital. Tapi abang paksa Ara.. isk.. isk.." Luah Aralyn jujur.
Dia tak suka orang paksa dia pergi klinik dan hospital. Dulu masa arwah Encik Fakrul dan arwah Puan Jasnita membawanya ke hospital pun dia dah menangis macam orang kena pukul. Siap boleh kata aboh dan ibu dia tak sayang lah. Aboh dan ibu dia memang dah tak suka dia lah. Aboh dan ibu dia nak hantar dia pergi jauh-jauh lah.
Dulu Aralyn masa kecil memang suka berdrama. Al-maklum lah.. dia sorang saja. Takda adik-beradik. Memang manja habis Aralyn dengan arwah Encik Fakrul dan arwah Puan Jasnita.
Tercengang Ku Zaril apabila mendengar tuduhan tidak bernas dari isterinya. Dia tak paksa. Dia mengajak saja.
"Abang sayang lah. Abang suka sayang. Abang cinta sayang. Apa pula cakap macam tu? Hm?" Ku Zaril menyoal isterinya.
Semakin sebik bibir Aralyn bila mendengar suara tegas suaminya. Berkolam lagi tubir mata dia.
"Abang marah Ara.. huaaa.. tak suka lah.. nak balik rumah bonda.. isk.. Ara nak mengadu pada bonda dan nenda.. isk.." Laju Aralyn bangun dan bergerak turuk dari katil. Rasa sakit yang dia alami langsung dia tak kisah dah.
"Sayang." Kelang-kabut Ku Zaril dibuatnya. Ini baru period. Kalau isteri dia mengandung? Macam ni juga ke gayanya? Ke lebih lagi? Mana satu? Tolong lah..
"Sayang.. nak pergi mana?" Lengan Aralyn dipegang erat oleh Ku Zaril. Berpusing Aralyn menghadap suaminya.
"Nak balik rumah bonda.. abang dah tak sayang Ara.." Lirih suara Aralyn berkata begitu sambil menatap wajah tampan suaminya.
Ku Zaril simpan keluh saat mendengar bicara sang isteri. Kita punya lah sayang dia sangat-sangat. Boleh kata tak sayang.
"Abang minta maaf. Abang sayang isteri abang ni. Abang ajak sayang pergi klinik sebab nak sayang sihat. Check doktor dan ambil ubat. Itu je. Abang sayang sangat isteri abang ni. Sayang separuh dari nyawa abang. Sayang takda abang boleh jadi tak tentu arah. Kenapa cakap abang tak sayang sayang? Hm?" Sebik bibir Aralyn bila ditegur oleh suaminya.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...