Royale High
Berbunyi tumit kasut tinggi yang dipakai Rania sambil berjalan masuk ke dalam syarikat Royale High. Banyak mata memandang ke arahnya. Suka Rania bila semua orang pandang dia.
Tapi Rania cuba beriak biasa dan tidak terjadi apa-apa. Rania tetap terus berjalan menuju ke arah lif. Tapi cepat ditahan oleh salah seorang pekerja perempuan yang menjaga kaunter di lobi.
"Maaf, cik. Cik tak boleh sesuka hati masuk. Syarikat kami ada protokol dan undang-undang. Kalau cik nak jumpa seseorang, cik perlu cakap pada saya." Tegas wanita itu.
Rania merenung wanita di hadapannya dari atas sehingga bawah. Sinis senyuman dia memandang wanita itu. Rania turut melihat name tag wanita tersebut. Faqihah.
"I nak jumpa Zaril. I ada urusan dengan dia." Jawab Rania berlagak.
"Kalau cik nak jumpa dengan Ku Zaril sekali pun.. perlu cakap pada saya. Cik ada buat temu janji?" Tanya Faqihah tenang. Tak kisah pun dengan pandangan sinis Rania.
"Nope."
"Jadi saya tak boleh benarkan cik berjumpa Ku Zaril." Berdecit Rania tak suka.
"I girlfriend Zaril. So, why I tak boleh jumpa Zaril? Zaril yang minta I datang sini." Terlepas tawa Faqihah mendengar itu.
Wow! Perasannya. Walhal semua orang tahu yang Ku Zaril dah berkahwin. Berita Ku Zaril kahwin tu ada dekat mana-mana saja. Semua laman media sosial siarkan perkara yang sama.
"Ku Zaril dah kahwin, cik. Cik ni mesti salah sorang fans Ku Zaril. Saya dah biasa hadap benda mengarut macam ni. Lebih baik cik keluar dari sini sebelum saya panggil security dan bawa cik keluar dengan cara yang sangat memalukan. Ku Zaril takkan marah saya tau kalau saya malukan cik. Tapi Ku Zaril akan marah saya kalau saya tak halau cik." Terang Faqihah bersama senyuman manis.
Malas Faqihah nak melayan perkara macam ni. Mengarut tak habis-habis. Perempuan depan dia ni tak tahu berita terhangat ke? Haih!
"You ni.."
"What?" Faqihah melangkah mendekati Rania dengan berani. Ingat Faqihah takut ke? No!
Nak dibandingkan Rania dan Aralyn.. Aralyn lagi lawa. Isteri bos. Jadi Faqihah perlu pertahankan rumah tangga bos dia. Faqihah tak senang-senang nak bagi perempuan yang entah datang dari mana ni masuk berjumpa dengan Ku Zaril.
Bengang Rania dengan sikap pekerja bawahan seperti Faqihah. Sibuk masuk campur urusan orang. Selepas itu, Rania terus menolak Faqihah lalu dia berjalan menuju ke arah lif.
Apabila ada pintu lif yang terbuka. Cepat-cepat Rania masuk dan menutup pintu lif. Tak sempat Faqihah ingin menarik Rania keluar dari dalam lif tersebut.
"Mampus aku." Gumam Faqihah.
Semua orang yang berada di lobi sekadar melihat saja. Mereka yakin, pasti akan jadi sesuatu nanti dengan perempuan tu. Lagi-lagi bila Rania dengan berani mahu berjumpa Ku Zaril tanpa membuat sebarang temu janji.
••••••••••
Berdehem Rania sebelum mengetuk pintu bilik pejabat Ku Zaril. Ikram takda. Sebab tu Rania lepas sampai depan pintu bilik pejabat Ku Zaril sekarang. Kalau Ikram ada.. jangan harap lah.
Ku Zaril yang mendengar ketukan dari arah luar pintu biliknya. Lantas disuruh masuk. Rania menguak pintu seraya memberi senyuman gedik kepada Ku Zaril.
Hampir bercantum kedua kening Ku Zaril tatkala melihat kemunculan Rania. Macam kenal. Tapi dekat mana. Ku Zaril ingat-ingat lupa. Siapa?
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...