"Assalamualaikum." Aralyn memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah. Hari ini, Ku Zaril hantar Aralyn ke rumah keluarganya untuk ditinggalkan beberapa hari sementara Ku Zaril pergi ke Penang.
"Waalaikumussalam. Sampai dah anak-anak bonda. Rindunya.." Meluru Engku Dayana mendapatkan Aralyn lalu dipeluk dengan erat. Rindu sangat.
Walhal Ku Zaril dan Aralyn ada saja balik atau singgah. Cuma tak lama. Tapi hari ni Ku Zaril tinggalkan Aralyn lama sikit. Boleh lah Engku Dayana nak lepaskan rindu pada Aralyn. Ku Zara pula boleh mengajak Aralyn pergi shopping nanti.
Nenda Zuraidah keluar. Ada appoiment dengan doktor untuk check up kesihatan Nenda Zuraidah. Mereka berdua dah dimaklumkan awal-awal sebelum datang ke sini.
"Amboi bonda. Nampak Ara je. Aril ni tak nampak." Lah? Merajuk pula. Memuncung bibir Ku Zaril. Dah serupa angsa muka tu.
Lantas Engku Dayana melepaskan pelukan. Berpusing Aralyn memandang suaminya yang sedang memasang wajah cemberut. Terbit senyuman di bibir tatkala melihat suaminya yang mahu bermanja pada Engku Dayana.
"Halah. Bonda rindu Ara. Itu yang bonda peluk Ara. Sabar lah kamu pun." Bebel Engku Dayana. Tak pernah lagi Ku Zaril nak bersikap begini.
"Biar kan abang tu bonda. Mengada. Dah lah nak tinggalkan Ara. Hmph!" Giliran Aralyn pula yang merajuk.
Terus Aralyn berjalan bergerak ke ruang tamu. Malas nak melayan perangai mengada Ku Zaril. Gedik pula. Dah lah esok nak pergi Penang. Nanti Aralyn rindu. Nak ikut tak bagi. Menyampah.
Ternganga lima saat mulut Ku Zaril bila isterinya mula merajuk dengan dia. Dari semalam Aralyn merajuk. Pastu baik. Tapi sekejap saja lah baiknya. Nanti sambung merajuk lagi.
"Ayokkk.. bonda tak tahu. Isteri kamu merajuk dah tu. Bonda pergi dapur dulu. Pandai-pandai Aril pujuk isteri Aril. Bye, bye." Laju Engku Dayana melarikan dirinya. Biar Ku Zaril belajar pujuk Aralyn.
Ku Zaril selalu tanya Engku Dayana macam mana nak pujuk perempuan. Siapa lagi perempuan tu kalau bukan Aralyn. Dari dulu lagi. Kalau dulu boleh lah Engku Dayana bagi tips. Sekarang ni dah jadi suami dan isteri. Takkan Ku Zaril tak pandai lagi nak pujuk.
"Sayang.." Meleret suara Ku Zaril memanggil isteri tercinta. Tapi Aralyn buat tak tahu saja. Malas nak layan. Nak merajuk.
"Hei." Ku Zaril melabuhkan punggung di sebelah sang isteri. Ditarik isterinya supaya duduk merapat dengan dia.
"Tak nak lah merajuk. Susah hati abang nak tinggalkan sayang. Nanti abang risau. Abang pergi kejap je. Siap semua kerja, abang balik. Nanti kita boleh call atau video call. Bukan sayang je rindu abang. Abang pun rindu sayang." Lembut Ku Zaril memujuk sang buah hati.
Aralyn masih tidak memandang muka Ku Zaril. Bukan saja-saja nak merajuk. Tapi nak mengada. Hari ni saja dia boleh manja dengan Ku Zaril. Nanti tiga hari Ku Zaril takda. Dengan siapa dia nak mengada dan bermanja? Ku Zaril saja yang boleh layan perangai dia ni.
"Sayang.. tak sayang abang dah ke?" Tanya Ku Zaril saja memancing perhatian isteri dia.
Laju kepala Aralyn berpaling memandang suaminya tatkala mendengar soalan yang Ku Zaril bagi.
"Sayang lah. Takkan Ara tak sayang suami Ara sendiri. Abang ni.. Ara sayang suami Ara." Jawab Aralyn dengan muka monyok. Sampai hati cakap tak sayang.
"Kalau sayang jangan lah merajuk dengan abang. Tak kesian kan abang ke? Esok abang dah nak gerak pergi Penang. Hari ni kita puas-puas lah spend time. Abang tak nak tengok muka sayang monyok macam ni. Abang tahu sayang cantik. Tapi lagi cantik kalau sayang senyum." Aralyn terus menarik bibir membentuk senyuman manis.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...