- BAB 57 -

1.7K 145 7
                                    

( Outfit Ku Zaril )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Outfit Ku Zaril )

( Outfit Ku Zaril )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Outfit Aralyn )

Matching-matching mereka berdua hari ini kerana mahu keluar dating. Alhamdulillah.. pejam celik-pejam celik, dah sebulan Ku Zaril dan Aralyn menikah dan bergelar suami isteri.

Sungguh Aralyn terlalu bahagia yang tak mampu nak diungkap dengan kata-kata. Ku Zaril selalu membuat dia bahagia. Bila Aralyn sedih, Ku Zaril akan membuat Aralyn ceria. Bila Aralyn stress, Ku Zaril akan menghibur Aralyn semula.

Pendek kata, apa saja situasi Aralyn. Ku Zaril selalu bersiap sedia untuk membahagiakan isterinya. Kalau Aralyn bahagia, Ku Zaril akan tambah lagi kebahagiaan tu. Sebab bagi Ku Zaril, kebahagiaan Aralyn adalah kebahagiaan dia.

Aralyn keutamaan dia. Aralyn dunia dia. Aralyn separuh dari hidup dia. Semuanya Aralyn. Dunia dia adalah Aralyn.

Ku Zaril tak kisah orang lain nak cakap yang dia terlalu menyayangi isteri. Sebab memang dia sayang isteri dia. Nak kata yang dia bodoh sebab melampau dalam mencintai Aralyn. Kata lah. Ku Zaril memang cinta sangat-sangat pada Aralyn.

Hanya Aralyn satu-satunya wanita yang mampu membuat dia tersenyum tanpa perlu Aralyn berbuat apa-apa dan hanya Aralyn yang boleh buat dia ketawa walaupun Aralyn hanya bertingkah comel dia hadapannya.

Ku Zaril tak pernah takut atau malu untuk tunjuk perasaan sayang dan cinta dia pada Aralyn secara terang-terangan. Bagi Ku Zaril definisi cinta ialah tunjukkan. Ku Zaril nak Aralyn rasa cinta dan sayang dia.

"Kenapa pandang Ara macam tu? Malu lah Ara." Aralyn menutup mata suaminya dengan tangan kanannya.

Sedari tadi Ku Zaril tak lepas memandang Aralyn. Intens dia merenung kecantikan yang terserlah pada diri Aralyn.

"Sayang cantik sangat hari ni. Abang terpegun." Memerah pipi Aralyn bila dipuji. Tangan Aralyn yang menutup mata Ku Zaril, Ku Zaril pegang lalu dibawa ke bibirnya.

Walhal setiap hari Ku Zaril puji dia cantik. Tapi tetap saja Aralyn masih malu. Ku Zaril suka buat dia blushing.

"Abang tak malu ke dapat isteri macam Ara?" Tanya Aralyn ingin tahu. Berkerut dahi Ku Zaril mendengar soalan si isteri.

"Malu untuk apa? Isteri abang cantik dan sempurna. Lebih lagi hati sayang abang ni. Baik sangat. Lemah lembut orangnya." Kata Ku Zaril sembari mencuit hujung hidung Aralyn.

"Ara takda keluarga. Arwah aboh dan arwah ibu pun dah pergi tinggalkan Ara. Dari dulu semua orang cakap yang Ara ni pembawa malang. Sebab tu aboh dan ibu tinggalkan Ara. Sampaikan takda siapa nak jaga Ara." Lirih suara Aralyn berkata begitu.

Haih! Ini yang Ku Zaril tak suka. Aralyn suka macam ni. Suka merendah diri kalau hal seperti ini.

"Meh duduk rapat dengan abang." Ku Zaril menarik isterinya supaya lebih rapat dengannya. Aralyn akur. Dia duduk merapat dengan suaminya.

Nasib baik mereka mengambil tempat duduk yang agak tersembunyi sedikit di dalam kafe itu dari arah pandangan orang-orang.

"Sekarang sayang dah ada abang sebagai suami sayang. Siapa cakap sayang takda keluarga? Bonda, nenda, Zara dan Idan bukan keluarga sayang? Kecil hati bonda dan nenda kalau dengar sayang cakap macam tu. Sayang jangan rasa diri sayang keseorangan. Abang sentiasa ada dengan sayang. Kalau sayang perlu tempat bersandar, bahu abang selalu ada untuk sayang. Kalau sayang perlukan seseorang jadi tempat meluah, abang selalu siap untuk dengar luahan sayang. Apa saja yang sayang nak, insyaAllah.. abang tunaikan." Tidak jemu Ku Zaril ingin memujuk isterinya.

Ini kesayangan dia. Jadi kenapa Ku Zaril perlu rasa jemu? Ku Zaril dah berjanji pada diri sendiri untuk selalu buat Aralyn bahagia. Dia perlu tunaikan.

"Tapi.." Belum habis ayat Aralyn, Ku Zaril laju mencium bibir sang isteri. Hanya kucupan biasa. Terdiam Aralyn. Terkelip-kelip matanya merenung Ku Zaril yang hanya beriak biasa.

"Sayang cakap lagi, abang cium." Aralyn memukul dada tegap Ku Zaril. Apa benda cium dia dekat tempat terbuka? Tak malu ke?

Oh lupa. Ini kan Ku Zaril. Mana nak tahu malu. Main redah saja.

"Tak nak cakap dengan abang." Merajuk Aralyn. Aralyn terus duduk menghadap hadapan dan menjarakkan sedikit duduknya dengan Ku Zaril. Cemberut wajahnya.

Tersungging senyuman nipis Ku Zaril tatkala melihat wajah cemberut si isteri. Comel sangat. Aralyn kalau merajuk memang comel.

"Alolo.. sayang abang merajuk. Sayang cakap nak apa? Nanti abang beli kan." Saja Ku Zaril pancing dengan cara begini. Paling-paling nanti Aralyn minta cuma aiskrim.

Tak pernah Aralyn meminta benda yang mahal dari dia. Itu pun Ku Zaril belikan sendiri baru lah Aralyn terima. Kalau tidak.. jangan harap. Aralyn lebih suka pakai duit sendiri kalau dia nak beli handbag ke, kasut ke, baju ke dan apa-apa saja.

"Tak nak apa-apa. Nak abang sayang je." Kata Aralyn perlahan.

Semakin melebar senyuman Ku Zaril mendengar kata-kata si isteri. Nak sayang saja? Boleh sangat. Kacang panjang betul permintaan isteri dia ni.

Lantas Ku Zaril menarik isterinya lebih rapat dengan dia sehingga langsung takda jarak. Pipi kanan Aralyn dicium penuh rasa kasih sayang. Dihidu juga bau wangian yang terbit dari si isteri.

Tersenyum suka Aralyn apabila Ku Zaril melayan kerenah manja dia ini.

••••••••••

Benci Rania melihat kemesraan di antara Ku Zaril dan Aralyn. Semakin membuak-buak perasaan benci Rania terhadap Aralyn. Tangannya dikepal menahan perasaan geram dan amarah.

Kenapa hidup Aralyn ni selalu sangat beruntung? Apa yang Aralyn nak, semua dia dapat.

Sungguh Rania bencikan Aralyn. Benci sangat-sangat. Kalau dulu boleh lah Rania tumpang bahagia sebab masih berkawan baik. Tapi bila lama-lama Rania tengok Aralyn selalu lebih dari dia. Memang Rania jadi benci.

Sepatutnya apa yang Aralyn dapat, dia pun perlu dapat. Termasuk Ku Zaril.

"Aku betul-betul bencikan kau, perempuan. Punca kau.. aku kena buang kolej. Hidup aku sentiasa malang disebabkan kau." Gumam Rania sendiri.

Rania menjulingkan kedua biji matanya ke atas tatkala melihat Ku Zaril mencium pipi Aralyn. Menyampah. Aralyn gedik.

Setelah itu, bingkas Rania bangun dan berlalu pergi. Sakit mata dan sakit hati tengok kemesraan dua sejoli lagi serasi tu. Karang terbakar pula dia. Tak pasal-pasal. Ish!


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now