Royale High
Ku Zaril menarik nafasnya dalam lalu dihembus perlahan. Dia cuba mengawal rasa amarahnya. Dipandang setiap satu wajah yang sedang berdiri di hadapannya. Termasuk Aralyn.
Tapi bila Ku Zaril memandang Aralyn. Ku Zaril memberi senyuman nipis kepada Aralyn. Memang Ku Zaril tengah marah. Tapi Ku Zaril tak nak marah pada Aralyn. Sebab bukan Aralyn yang salah. Ini kerja untuk pekerja di bahagian interior art design.
Disebabkan Aralyn adalah director. Jadi Aralyn pun dipanggil. Kerana semua kerja ini sebelum dihantar pada Ku Zaril. Aralyn perlu periksa dahulu.
"Kenapa cincai sangat kerja ni?" Tanya Ku Zaril sambil mengawal suaranya.
Masing-masing senyap. Takda seorang pun yang berani jawab. Selepas itu, dua ornag pekerja itu memandang ke arah Aralyn seakan meminta tolong supaya Aralyn yang menjawab.
"Aku tanya korang. Bukan dia. Tak payah nak pandang director korang macam tu." Tegur Ku Zaril. Tersentak dua orang pekerja itu. Cepat-cepat mereka berdua kembali memandang hadapan. Itu pun sekejap sebelum menundukkan kepala mereka dek kerana takut dengan pandangan tajam yang diberi oleh Ku Zaril.
Aralyn berpaling memandang dua orang pekerjanya di sebelah. Kesian pula. Ku Zaril ni pun.. ish.
"Ku.." Baru saja Aralyn mahu menjawab. Ku Zaril sudah memandangnya tajam. Terdiam terus Aralyn. Tak berani. Ku Zaril bila dah masuk mode kerja memang keras dan tegas.
"Korang ambil semula fail ni dan buat sekali lagi. Aku bagi masa dua hari je. Lepas dua hari, aku nak fail ni ada atas meja aku pukul 8 pagi. Sharp!" Tegas suara Ku Zaril memberi arahan.
Mengangguk laju dua orang pekerja tersebut. Salah seorang dari pekerja itu mengambil fail di atas meja Ku Zaril lalu mereka berdua terus bergerak keluar selepas mengucapkan maaf dan terima kasih kepada Ku Zaril.
"Saya.. keluar dulu. Ada kerja nak buat." Berura-ura Aralyn mahu pergi. Tapi pantas Ku Zaril menghalang.
"Ara sekejap." Ku Zaril bangun dari kerusinya lalu dia berjalan mendekati Aralyn. Pergelangan tangan Aralyn dipegang dan dibawa Aralyn ke arah sofa yang berada di dalam bilik pejabatnya.
Aralyn tidak membantah. Dia akur dan mengikut langkah Ku Zaril.
Sampai saja di sofa berangkai tiga, Ku Zaril menghenyakkan punggung dan menarik Aralyn duduk di sebelahnya. Ku Zaril memeluk Aralyn dari belakang dan menyembamkan wajahnya di bahu Aralyn.
Matanya dipejam seketika. Kepalanya yang terasa pening tadi serta-merta hilang tatkala dapat mencium bau wangian Aralyn. Sangat menenangkan. Kedua tangannya dilingkarkan pada pinggang Aralyn. Terkedu Aralyn dengan tindakan Ku Zaril.
"5 minutes. Abang pening kepala." Pinta Ku Zaril. Dia tahu yang Aralyn mahu melepaskan pelukan tersebut. Tapi Ku Zaril sangat memerlukan pelukan ini.
Nak tak nak, Aralyn terpaksa membenarkan Ku Zaril memeluknya. Ku Zaril menyandarkan badannya pada sofa. Manakala Aralyn bersandar pada badan tegap Ku Zaril.
Lama mereka berdua diam sehingga Ku Zaril mula bersuara.
"Bila Ara boleh terima abang? Abang tahu Ara ada selalu depan abang. Tapi abang rasa sunyi. Abang ikhlas cintakan Ara." Terkebil-kebil mata Aralyn saat mendengar bicara Ku Zaril.
Jantung dia rasa berdegup pantas sangat. Kalau Ku Zaril letak kepala dekat atas dada dia, mesti lelaki itu dapat mendengar suara degupan jantung dia yang tengah tak tenteram ini.
"Saya tahu. Tapi.."
"Ara nak masa lagi? Ruang? Sampai bila? Kadang-kadang abang rasa penat nak tunggu. Tapi sebab abang sayang dan cintakan Ara. Abang sanggup tunggu. Itu janji abang pada Ara. Tapi dalam masa yang sama, abang takut yang abang berubah hati." Cepat Ku Zaril memotong kata-kata Aralyn.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...