Sedari tadi Ku Zara memandang Aralyn dengan pandangan pelik. Mana tak nya Aralyn asyik termenung saja. Langsung tak bercakap. Dah tiga puluh minit diaorang duduk di ruang tamu tapi satu patah pun Aralyn tak bercakap.
Lama-lama Ku Zara menyenggol sedikit lengan Aralyn. Tersentak Aralyn apabila disenggol lengannya. Menoleh kepala Aralyn memandang Ku Zara. Aralyn mengangkat kedua keningnya tanda kenapa.
"Kau asal?" Tanya Ku Zara.
"Takda apa." Jawab Aralyn bersahaja.
Memincing mata Ku Zara merenung Aralyn. Walaupun Aralyn kata tiada apa. Tapi Ku Zara tahu mesti ada apa-apa.
"Jangan tipu aku. Aku kenal kau." Aralyn dah agak. Aralyn mana boleh tipu Ku Zara. Ku Zara tu tahu sangat yang dia menipu.
Selepas itu, Aralyn mengambil handphone nya dan dibuka lalu diberi kepada Ku Zara. Ku Zara terus ambil dan lihat apa yang Aralyn tunjukkan padanya.
Terus berubah muka Ku Zara memandang Aralyn. Dia bengang. Pahal perempuan ni? Apa yang dia nak dok kacau suami orang dan rumah tangga orang?
"Dia ni nak apa? Apa yang dia tak puas hati sangat?" Bengang Ku Zara.
"Entah. Malas aku nak layan." Kata Aralyn perlahan seraya matanya fokus pada skrin televisyen.
"Kau tak boleh diam. Makin kau diam, makin melampau perempuan ni. Kau kena buat sesuatu. Bukannya aku cakap yang aku ni tak percayakan along aku sendiri. Tapi kau sebagai isteri along, kau kena buat sesuatu untuk halang perempuan ni dari kacau hubungan korang laki bini." Ujar Ku Zara yang sangat menyampah dengan Rania.
Ikutkan hati. Dia yang nak ganyang si Rania ni. Tapi Aralyn lebih berhak. Yang Rania nak kacau ni Aralyn. Bukan dia walaupun Ku Zara rasa tempias.
"Memang aku akan buat sesuatu. Tapi aku nak tengok sejauh mana dia boleh buat." Balas Aralyn perlahan. Ingat Aralyn nak diam saja ke? Hell.. no!
"Kau nak buat apa?" Soal Ku Zara ingin tahu.
"Hmm.." Tersungging senyuman senget Aralyn seraya memandang ke arah Ku Zara.
Menyepet mata Ku Zara merenung Aralyn. Dia seakan dapat agak apa yang Aralyn bakal lakukan. Aralyn ni nampak saja luaran nya lemah lembut, sopan santun dan baik hati. Dalam diri dia.. kita tak tahu.
"Count me in. Jangan buat sorang. Aku pun nak ikut." Mana Ku Zara terlepas. Ku Zara pun nak ikut sama balas perbuatan Rania tu.
"Tak payah. Nanti aku call." Toya muka Ku Zara. Baru nak bebel. Tapi alih-alih 'nanti aku call'. Sepak kang.
"Biadap betul perempuan ni." Kutuk Ku Zara tentang Rania.
"Aku harap dia tak buat perkara yang aku tengah fikir sekarang ni." Tutur Aralyn perlahan. Tipu kalau dia kata yang dia tenang saja. Aralyn sangat tidak tenang sekarang apa lagi mengetahui yang Rania ada di Penang.
Aralyn tak kisah sebab Aralyn kenal suami dia macam mana. Ku Zaril bukan jenis sembarangan orang. Terlebih sekarang Ku Zaril dah ada Aralyn sebagai isteri. Sepanjang Aralyn menjadi isteri Ku Zaril. Aralyn nampak banyak perubahan di diri Ku Zaril. Jadi, mustahil untuk Ku Zaril berubah kepada yang dulu.
Cumanya kalau ada yang mengusik. Itu Aralyn tak boleh jamin. Bukan Ku Zaril akan join naik ke atas katil dengan perempuan yang menggoda dia itu. Risau Ku Zaril bunuh atau memalukan perempuan tu.
Terkelip-kelip mata Ku Zara merenung Aralyn sebelum kembali fokus kepada televisyen di hadapan. Ku Zara tahu baran abang dia macam mana.
••••••••••
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...