Terjaga Ku Zaril dari lenanya apabila terasa ada seseorang yang bergerak di sebelahnya. Ku Zaril mengucek sedikit matanya lalu menoleh memandang Aralyn di sebelah. Aralyn masih lena.
Ku Zaril terus-menerus memandang serata wajah cantik itu. Tak dapat dinafikan yang Aralyn sangat cantik. Dengan bulu mata yang melentik, pipi tembam sedikit, kening yang sedikit tebal dan hidung mancung. Warna kulit yang berwarna putih seperti susu.
Paling menjadi kegemaran Ku Zaril ialah bibir Aralyn. Sangat mungil dan comel. Ku Zaril masih dapat merasa kelembapan bibir Aralyn di bibirnya. Hati dan jantung Ku Zaril terasa seperti mengepam dengan laju.
Satu perasaan yang berbeza saat Ku Zaril bersama Hanis dan Aralyn. Ku Zaril tak pernah merasa perasaan begini jika bersama Hanis. Tapi dengan Aralyn.. Ku Zaril rasa sesuatu yang lain. Dah lama. Tapi baru sekarang Ku Zaril akui perkara ini.
"Kau cantik sangat, Ara. Tapi maaf. Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Aku minta maaf dengan apa yang aku dah buat pada kau ni." Selepas itu, Ku Zaril mencium dahi bersih Aralyn. Lama. Seakan meluah sesuatu yang Ku Zaril masih lagi tidak pasti.
••••••••••
Aralyn memandang dirinya di dalam cermin. Banyak bekas ciuman Ku Zaril di seluruh tubuhnya. Kini Aralyn hilang mahkota dirinya. Kosong pandangan Aralyn saat menatap diri sendiri di dalam cermin itu. Aralyn rasa kosong sangat.
Nak rasa sedih? Entah lah. Patut ke dia sedih? Itu lah soalan yang Aralyn tak dapat jawab. Aralyn rasa susah untuk dijawab. Sebab Aralyn tiada jawapan.
"Aku benci kau, Ungku Zaril." Kata Aralyn perlahan bersama air mata yang jatuh mengena pipi.
Terjatuh Aralyn di atas lantai. Aralyn memeluk kedua lututnya. Aralyn sedar yang dia dah melakukan dosa besar.
"Ibu.. aboh.. Ara minta maaf.. isk.. isk.." Semakin menjadi-jadi Aralyn menangis.
Semasa dia bangun tidur tadi, Ku Zaril sudah tidak ada di dalam bilik. Tinggal Aralyn seorang saja tanpa sebarang urat benang di tubuhnya.
Aralyn sedar yang sekarang Ku Zaril dah nampak segala-galanya di tubuh dia. Aralyn dah tak suci. Itu satu ayat yang meluncur di dalam fikirannya.
'Aku dah tak suci'
Jadi sekarang Aralyn dah tak boleh nak tangguh. Aralyn perlu pergi segera. Aralyn perlu lari dari Ku Zaril. Lagi satu, Aralyn takut jika apa yang terjadi tadi menumbuhkan seseorang di dalam perutnya. Aralyn tak tahu nak buat apa jika betul-betul benih Ku Zaril menjadi.
••••••••••
Sedih wajah Engku Dayana tatkala mendengar apa yang Aralyn beritahu kepadanya barusan. Bukan hanya Engku Dayana sahaja. Malah Nenda Zuraidah dan Ku Zara.
"Cepatnya. Kenapa kau nak pergi cepat-cepat? Padahal tinggal lagi dua minggu je lagi. Tunggu lah sampai masa tu. Takkan kau nak gerak England lusa?" Muram wajah Ku Zara. Mencebik bibirnya.
Rasa tak percaya yang Aralyn ambil keputusan untuk pergi ke England lusa.
"Aku nak settle dekat bahagian sana cepat-cepat. Tak nak tangguh dah." Kata Aralyn perlahan.
"Alahhh, Ara.." Masam wajah Ku Zara.
"Takpa lah. Nenda ikut keputusan Ara. Bagi nenda.. lagi cepat, lagi bagus." Balas Nenda Zuraidah.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...