Part 7

1.3K 18 2
                                    

Tiba sahaja di bawah, Dean sudah tercegat di luar pagar blok asrama perempuan.

"Aku mesej Dean, ajak dia join sekali. Dia kan sorang. Member dia semua balik."

Terang Aisyah sebelum Ayra membebel. Kalau Ayra tahu Dean ikut sekali, pasti gadis itu akan menolak. Kata Ayra, dia malas nak rapat dengan Dean. Rimas dia sebab Dean layan dia lebih-lebih. Esok, mereka berdua akan ke Pulau Pinang. Aisyah berharap Dean dapat menggunakan kesempatan itu untuk menawan hati Ayra.

Aisyah dan Suhaila sengaja mempercepat langkah, membiarkan Ayra beriringan dengan Dean.

"Sayang, kenapa jalan lambat sangat?"

Sayang lagi! Ayra merengus! Tak suka dengan panggilan tersebut.

Aisyah dan Suhaila tersenyum-senyum mendengar panggilan Dean. Ayra pulak terus mencerlung tajam ke wajah Dean yang selamba itu. Geram hatinya dengan panggilan 'sayang'. Dia sudah memaklumkan pada Dean yang dia tak suka Dean memanggilnya dengan panggilan 'sayang'. Kalau Dean panggil semua gadis dengan panggilan 'sayang', Ayra tak adalah kisah sangat. Tapi, panggilan tersebut hanya untuk dirinya.

Tik, tik! Mesej masuk lagi.

Ayra malas hendak membacanya sekarang. Dia sudah dapat mengagak, mesej tersebut pastinya dihantar oleh pengirim misteri. Biarlah! Ayra malas hendak ambil peduli soal mesej tersebut buat masa sekarang. Masa sekarang adalah masa bersama Dean, Suhaila dan Aisyah. Dia tak mahu diganggu. Kalau mesej tersebut dibaca sekarang, tentu otaknya hanya akan memikirkan isi kandungan mesej tersebut.

Mesej kedengaran lagi dan lagi.

Ayra rimas!!!

"Bacalah mesej tu. Dari keluarga kau agaknya."

Dean sejak tadi perasan dengan mesej yang bertalu-talu masuk. Isyarat mesej tersebut kedengaran dari telefon bimbit yang berada dalam genggaman Ayra. Tapi Ayra buat tak tahu saja dengan mesej yang diterimanya. Dean sempat bilang, ada lima mesej yang masuk. Mesej pertama masuk ketika mereka sedang berjalan, dan mesej yang kelima masuk ketika mereka sudah melabuhkan punggung di kafeteria.

"Bacalah mesej tu Ayra."

Aisyah menyokong cadangan Dean.

Ayra menyesal kerana tidak tukar profile telefon bimbitnya kepada 'silence'. Mahu tak mahu terpaksa juga dia akur dengan permintaan Dean dan Aisyah.

'HIDUP KAU AKAN MERANA! KAU AKAN TERIMA BALASAN TAK LAMA LAGI!'

'SEJAUH MANA KAU MELARIKAN DIRI, KEJAHATAN YANG KAU LAKUKAN AKAN SETIA MENGEKORI.'

'KAU TAK LAYAK MILIKI KEHIDUPAN!'

'BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT!!!'

'HIPOKRIT!!!'

Ayra menghela nafas dan memadam semua mesej dari pengirim yang tak dikenali itu. Sakit, benci dan marah silih berganti. Dia cukup bengang dengan pengirim mesej tersebut yang berani dari jauh.

'Cuba tunjuk diri kau sekarang! Aku tak takut hendak bersemuka dengan kaulah!' Ayra mengutuk dalam hati. Panas hatinya dengan sikap manusia yang berani dari jauh.

Ayra tak takut kalau diajak berhadapan. Dalam hal ini, dia yakin dia tak bersalah. Dia hanya melakukan tindakan yang dirasakannya betul ketika itu. Biarlah dia dituduh dengan bukti-bukti yang kukuh sekali pun, Allah tahu siapa di pihak yang benar.

Dia tidak berniat hendak membunuh. Dia hanya mempertahankan diri.

"Maaf kalau aku ni jadi penyibuk. Er... mesej dari siapa?"

Dean mengajukan pertanyaan bila dilihatnya wajah Ayra bertukar kelat sebaik sahaja membaca mesej. Ayra macam ada masalah. Dialah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan andai Ayra sedang dalam kesempitan.

"Dari Maxis... keluarga pun ada... kawan ada... semua ada."

Balas Ayra dengan nada acuh tak acuh. Dia leka memerhati Aisyah dan Suhaila yang sedang memesan makanan di kaunter.

"Teman lelaki pun ada?" usik Dean, sengaja ingin menduga.

"Menggada-ngadalah kau ni. Teman lelaki aku kan buta, pekak dan bisu, mana reti nak bermesej."

Ayra sedaya upaya menceriakan hati. Dia mahu keadaan kembali normal.

"Ye lah tu... silap haribulan kata-kata kau tu jadi kenyataan. Ha, siapa nak jawab nanti?"

"Aku buat lawak jelah. Kau ni, ambil serius pulak!"

"Dah lebih dari tiga kali dah kau cakap teman lelaki kau tu buta, pekak dan bisu. Aku cuma nak ingatkan kau je."

"Maaf, aku tak bermaksud pun. Kau pun satu, dah tahu aku tak ada teman lelaki, masih nak usik aku dengan soalan macam tu lagi."

"Maaf sayang, abang cuma nak tahu jer, gadis ayu sebelah abang ni sebenarnya dah berpunya atau belum..."

Ayra tarik muka. Memang mengada-ngada betullah! Dean tersengih. Ayra hanya mampu menggeleng kepala. Berusaha keras macam mana pun, Dean takkan dapat memilikinya.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now