Part 109

979 48 8
                                    

"Ini kunci bilik Cik Shasha. Bilik di aras dua. Cik keluar dari lif, belok sebelah kanan."

"Terima kasih."

Shasha membetulkan cermin mata. Dia terus menuju ke lif. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke Kundasang. Kalau bukan kerana misi yang telah diatur, dia tidak akan tiba di sini. Kinabalu Pine Resorts menjadi penginapannya sehingga misinya selesai.

Tingkap dibuka. Biliknya mengadap pemandangan indah gunung Kinabalu. Bukan keindahan alam yang membawanya ke sini, atau kesejukan udaranya, tapi kerana satu misi. Misi yang tidak boleh gagal dan harus dijalankan dengan sempurna. Jika tidak, dia yang akan menerima padah.

Dari jauh kelihatan sebuah rumah besar beratap genting. Vila Cahaya. Shasha ketap bibir. Dia berharap pasangan tersebut menginap di Vila Cahaya sepanjang percutian bulan madu mereka.  Kalau bukan kerana kecewa, benci dan marah, dia tidak akan menjejakkan kaki ke Kundasang.

Cinta? Ya... kerana cinta dia sanggup lakukan apa saja. Lagi dibendung perasaan sayang itu, makin bercambah pula benihnya. Siang malam dia teringatkan lelaki yang hampir menjadi tunangnya itu. Hanya selangkah lagi. Namun kehadiran seseorang telah mencantas impian yang telah lama disulam.

Untuk memiliki hati si dia, dia harus melakukan sesuatu. Halangan yang paling besar harus ditumpaskan segera. Misinya harus dilaksanakan segera tanpa meninggalkan sebarang cacat cela. Rancanga harus berjalan dengan sempurna jika ingin mencapai matlamat.

Ketiadaan benteng penghalang pasti akan membuka semula ruang di hati lelaki itu untuknya. Impiannya hanya satu, mahu hidup bahagia bersama lelaki tercinta dan melahirkan anak sebagai pengikat kasih sayang.

Lelaki itu sudah pasti akan menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Mereka akan tinggal di rumah banglo di pinggir bandar. Mereka akan sama-sama membesar anak-anak mereka. Shasha tidak akan memaksa anak-anaknya untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Dia akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anaknya untuk membuat pilihan hidup.

Senyuman mekar terukir di bibir. Tak akan dilukai hati lelaki yang dicintainya itu walaupun sekelumit. Dia hanya mahu Shahin Adiy merasakan kebahagiaan bila bersamanya.

"Kita akan hidup bahagia sayang... selamanya..."

* * *

Perancangan sudah diatur. Majlis perkahwinan Shahin Adiy dan Ayra akan diadakan di Vila Cahaya.

"Sudah kau tempah pelamin sama baju pengantin?" soal Mak Siti pada anaknya yang baru pulang dari Kota Kinabalu.

"Sudah mak," balas Ayra yang agak kepenatan.

Dia dan Shahin Adiy baru pulang dari Kota Kinabalu mencari barang keperluan untuk majlis perkahwinan mereka. Selain menempah pakaian dan pelamin di butik, mereka juga membeli cenderamata untuk tetamu yang hadir.

"Aku sudah tanya Mak Minah. Dia setuju mau sediakan makanan."

"Mak Minah sorang sajakah?"

"Mana dia mampu masak sorang. Nanti ada yang akan bantu Mak Minah. Aku serahkan pada dia, terpulang pada dia mau buat macam mana. Mak Minah sudah biasa terima tempahan untuk majlis kenduri kawin ni."

"Masa kenduri Si Ayza, mak tempah dari Mak Minahkah?"

"Aku masak sendiri saja ba. Kenduri kecil. Pelamin apa semua ndak ada. Kesian jugak aku sama Si Ayza. Ndak dapat kami bantu dia."

"Ndak apa mak. Janji mak sudah jalankan benda wajib. Cukup. Kenduri bukan kena buat besar-besar. Aku sebenarnya mau buat kenduri biasa saja tapi Si Adiy ndak setuju. Dia mau buat majlis meriah. Mau jemput kawan-kawan lama juga saudara mara dia di KK tu."

"Dia berduit, ndak apalah. Aku bersyukur dapat menantu macam Si Adiy. Bukan sebab duit dia banyak, tapi kerana sikapnya. Dia ndak pernah pandang rendah pada kita."

"Kembang hidung Si Adiy kalau dengar mak puji dia."

Mak Siti terus tergelak besar. Ayra juga ketawa. 

p/s : Dah sampai pengakhiran... sekali lagi update sampai penamat. Terima kasih yang sudi ikuti kisah Ayra dan Adiy. Jemput baca Hanya Padamu. Vote banyak2. Jika banyak permintaan, saya akan completekan Hanya Padamu. 

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now