Part 75

963 56 12
                                    

Shahin Adiy menekan punat pada alat kawalan jauh. Pintu pagar terbuka. Dia memandu keretanya masuk ke garaj.

            Ayra kian berdebar. Segala macam perasaan berkumpul di hatinya. Takut, risau, segan dan macam-macam lagi. Penerimaan Datin Fadhilah sudah diketahuinya. Penerimaan dua orang kakak Shahin Adiy belum diketahui. Mungkin sama juga dengan ibu mereka. Hanya Shahin Adiy sahaja yang sudi menerimanya.

            Ayra melangkah turun dari kereta. Dia membuka pintu belakang untuk mengeluarkan beg pakaiannya. Dia akan berada di rumah mentuanya sehingga hari Ahad. Walaupun sekejap sahaja, hatinya sudah resah gelisah hendak menghabiskan waktu di rumah itu.

            "Biar aku angkat."

            Shahin Adiy terlebih dulu menarik beg pakaian Ayra. Dia mahu menebus kembali kesalahannya yang lalu kerana melayan Ayra dengan teruk. Teringat dia kenangan semasa di Golden Hill. Ketika itu dia membiarkan Ayra membawa sendiri beg pakaiannya masuk ke rumah.

            "Datin ada kat rumah?" soal Ayra. Debaran di hati semakin kencang.

            Shahin Adiy memandang ke garaj kereta ibunya. Kosong. Pak Mustafa, pemandu ibunya juga tidak kelihatan.

            "Tak ada. Janganlah panggil Datin. Pelik aku dengar. Panggil saja mama."

            "Maaf. Er... mama."

            "Ye, mama. Tak sukar, kan?"

            Ayra menggeleng. Tak sukar untuk dia memanggil mama. Tapi Datin Fadhilah yang sukar hendak menerima panggilan tersebut. Datin Fadhilah sudah mengingatkannya agar jangan memanggilnya dengan panggilan mama. Datin Fadhilah tak pernah menerimanya sebagai menantu. 'Tapi, Dira panggil mama oleh pulak!' Ayra menggerutu.

            "Mama ke mana?" Shahin Adiy mengajukan pertanyaan pada Mak Onah yang sedang menyiram pokok bunga.

            "Datin keluar. Nak ke butik Sya katanya."

            "Bila mama keluar."

            "Baru kejap tadi."

            Mata Mak Onah masih melekat pada gadis di sebelah Shahin Adiy. Walaupun matanya sudah kabur, namun dengan bantuan cermin mata, Mak Onah yakin gadis itu bukan Nadira, gadis yang ingin dijodohkan Datin Fadhilah dengan anak lelakinya. 

            "Kereta abang Syam pun tak ada. Mereka ke mana?"

            "Balik kampung. Lusa, baru balik." Terang Mak Onah.

            Hisyam adalah abang ipar Shahin Adiy. Hisyam orang Melaka. Setiap hujung minggu, Hisyam akan bawa isterinya, Syamila Aqilah dan anak-anaknya balik ke kampung untuk menziarahi orang tuanya yang sudah uzur.

            "Oh ya Mak Onah, ni isteri Adiy, Ayra."

            Shahin Adiy memperkenalkan isterinya kepada Mak Onah. Ayra bersalam sambil mencium tangan Mak Onah yang tersenyum-senyum memandangnya. Wanita tersebut mengingatkannya pada emak di kampung.

            "Mak Onah dah kemas bilik kami?" soal Shahin Adiy.

Sebelum meninggalkan kediaman pagi tadi, dia sudah berpesan pada Mak Onah supaya membersih dan mengemas biliknya. Sebelum ini, dia memang tidak mengizinkan Mak Onah ke biliknya. Dia tidak suka orang lain masuk ke biliknya termasuk Datin Fadhilah dan Syamila Aqilah anak beranak.

            "Sudah. Biar Mak Onah bawak beg tu." Mak Onah menghulurkan tangan.

            "Tak apa. Mak Onah teruskan kerja. Kami ke dalam dulu."

            Shahin Adiy menarik tangan Ayra. Mereka terus menuju ke bilik. Shahin Adiy meletakkan beg pakaian Ayra di kaki katil. Ayra masih tercegat di muka pintu. Dia merasa kekok. Sebilik dengan Shahin Adiy? Dia menelan liur.

            "La... kenapa tercegat. Masuklah. Bilik aku ni bilik kau jugak."

            "Er..." Ayra masih rasa janggal.

            "Kita kan suami isteri. Buat apa nak malu."

            Shahin Adiy tersenyum. Dia juga sebenarnya terasa janggal. Terasa ini semua satu mimpi. Ayra, gadis yang menghilang selama ini kini berada di depan matanya. Dia tak putus-putus mengucapkan syukur pada Allah kerana menemukan mereka sekali lagi.

            "Tu bilik air. Kalau kau nak mandi, pergilah. Aku nak rehat kejap."

            Shahin Adiy tarik bantal lalu terus merebahkan diri. Dia mahu merehatkan tubuh dan mindanya yang penat bekerja. Kemudian, dia memandu ke Ipoh dan kembali semula ke Kuala Lumpur. Dia keletihan.

            "Kau... kau tidur sini ke?"

            Mata Shahin Adiy terus terbuka sebaik terdengar pertanyaan itu.

            "Ye, kenapa?"

            "Er... tak ada apa-apa." Ayra menggeleng-geleng kepala.

            "Tuala ada dalam almari. Ambik je. Apa yang ada dalam bilik ni, milik kau jugak."

            Ayra menolak pintu almari ke kiri. Ada dua helai di lipatan. Dia menarik sehelai tuala berwarna biru laut. Ayra terus melangkah ke bilik air. Dia menutup pintu rapat. Dia menarik dan menghembus nafas. Dadanya masih berdebar.       

            'Aku isteri Shahin Adiy.' Ayra mengingatkan dirinya yang kadang-kadang terlupa dengan statusnya itu. Dia cuba menolak rasa malu yang masih tebal di hati.

# 20 vote please for next chapter

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now