Part 69

780 22 0
                                    

Ayra melemparkan senyuman. Namun, tiada balasan yang diterima daripada Dean. Ayra mengorak langkah. Dia yakin berita perhubungannya dengan Shahin Adiy sudah sampai ke telinga Dean. Kekecewaan Dean dapat dirasainya. Dean harus terima dengan hati terbuka kerana inilah takdir yang sudah tertulis.

Pintu bilik ditolak. Ayra terus melangkah masuk. Dia meletakkan beg pakaian. Ayra keluar dari bilik semula lalu menuju ke aras bawah. Baldi dan isi di dalamnya masih berada di sana. Ketika sedang melintas aras dua, Ayra terserempak dengan Aisyah. Gadis itu hanya berkemban. Tuala menutupi bahunya.

"Bilik mana?" soal Aisyah.

"Atas. Aras tiga. Mana bilik kau?"

"Tu... 212. Aku minta maaf, aku curi roomate kau. Aku harap kau faham. Aku dengan Dira kan tak sebulu."

"Tak apa. Aku faham."

"Aku bertembung dengan dia kat pejabat tadi. Kalau tak silap aku, dia tulis nama Iqa sebagai teman satu bilik dengan dia. Kenapa dia tak letak nama kau? Korang ada masalah ke?"

"Tak adalah."

Ayra tersenyum. Aisyah dah mula nak mengorek rahsia. Dia malas hendak berbicara mengenainya sekarang. Penat! Penat hendak menerangkan kebenaran yang sukar untuk diterima oleh sesetengah orang.

Selesai mengemas bilik, Ayra merebahkan diri di atas katil. Matanya tertancap pada kipas siling yang sedang berputar ligat. Jam sudah melepasi angka enam. Tiada penghuni asrama yang ditempatkan sebilik dengannya. Keseoranganlah dia selama seminggu di bilik tersebut.

Telefon bimbitnya berbunyi. Ayra meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan di sebelahnya.

"Tidur ke? Jom makan."

"Baru habis mengemas bilik ni ha. Makan kat mana?"

"Kat luar."

"Dengan siapa?"

Ayra tidak selesa andai Dean turut serta. Renungan lelaki itu masih jelas di matanya. Renungan luar biasa. Marah, kecewa, benci. Ayra sekadar meneka.

"Ila. Dia kan dah ada kereta."

"Keluar sekarang ke?"

"Ye la sayang oi. Perut aku dah lapar ni. Cepat bersiap ye. Sepuluh minit je."

"Baik bos."

Aisyah mematikan panggilan.

Ayra menghubungi Shahin Adiy. Dia perlukan kebenaran suaminya untuk keluar. Bila diberitahu yang dia mahu keluar makan bersama Aisyah dan Suhaila, Shahin Adiy terus memberi kebenaran.

Ayra ke bilik air. Dia perlu membersihkan badannya yang berpeluh. Sebelum keluar dari bilik, dia sudah menghantar mesej kepada Aisyah supaya mmebenarkan dia menambah sepuluh minit lagi masa untuk bersiap.

Selesai bersiap, Ayra bergegas ke aras dua. Aisyah dan Suhaila rancak berbual di tepi tangga. Mereka menyambutnya dengan senyuman.

"Sebilik dengan siapa?" soal Suhaila.

"Sorang."

"Duduk sebilik dengan kami je. Senyap-senyap sudahlah." Aisyah memberi cadangan.

"Nak aku tidur di lantai ke?" usik Ayra.

Setiap bilik hanya disediakan dua katil sahaja. Bererti hanya dua penghuni sahaja yang boleh berada dalam satu bilik.

"Katil aku ada tilam dua. Nak tidur, kita tariklah tilam tu." Ujar Suhaila.

"Tak apalah. Kalau aku bosan, aku lepak bilik korang."

"Ikut kaulah. Perut aku dah lapar ni. Jom!" Aisyah sudah mengatur langkah.

Mereka bertiga menuruni anak tangga menuju ke tempat parkir.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now