Part 56

843 27 0
                                    

Ayra buka pintu pagar. Shahin Adiy terus memandu keretanya masuk ke garaj. Nadira ke KL, Shahin Adiy pulak bertamu di rumah sewanya. Shahin Adiy sudah memaklumkan kedatangannya itu melalui pesanan ringkas. Walaupun Ayra meluahkan rasa kurang senangnya, Shahin Adiy pulak punya alasan tersendiri.

"Kenapa kau terus ke sini? Kita boleh jumpa kat tempat lain."

Ayra terus buka mulut sebaik sahaja Shahin Adiy buka pintu kereta.

"Aku mengantuk. Semalaman aku tak tidur."

Ayra menggeleng kepala. Rumah sewanya dah jadi seperti hotel sekarang. Siapa-siapa pun boleh datang menginap. Grrr! Ayra menggerutu. Shahin Adiy menonong masuk ke dalam rumah.

"Wah, dah ada sofa, tv. Kau beli ke?"

"Dira."

"Kau rasa dia marah tak kalau aku duduk atas sofa dia?" Shahin Adiy menghenyak punggung atas sofa.

"Dia tak pernah marah kaulah. Dia tu sayang kat kau."

"Tahu. Aku tak nak ambil kesempatan. Aku bukannya tamak. Cukuplah ada satu, kan?"

Ayra mengangkat bahu, pura-pura tidak faham maksud Shahin Adiy.

"Tak elok kau datang sini."

"Ni rumah isteri aku. Salah ke kalau aku nak datang?"

Shahin Adiy terus baring, melepaskan lelah.

"Kau pun tahu aku tak tinggal sorang. Dira pun tinggal kat sini jugak."

"Dia tak ada sekarang. Janganlah kau risau."

"Ada lagi sorang... Iqa. Nasib baik dia dah keluar pagi tadi. Kalau tidak, jenuh nak jawab."

"Okeylah tu. Kita berdua saja kat sini."

"Memanglah kita berdua. Tapi tak manis kalau jiran-jiran tengok aku bawak lelaki masuk rumah. Ni kejiranan Melayu."

"Kau ni bercakap tak masuk akal. Biarlah kalau jiran tengok pun. Kita dah sah suami isteri. Bukan sebulan dua, tapi dah bertahun kita kahwin. Surat nikah pun ada."

"Dia orang bukannya tau pun."

"Lama-lama tahu jugak. Sampai bila nak sembunyi. Aku cuma tunggu lampu hijau dari kau. Kalau kau terima aku semula, aku akan bagitahu mama, Dira dan semua orang dalam dunia ni tentang hubungan kita."

"Kau ni macam serius je nak semua orang tahu kita dah kawin?"

Shahin Adiy terus bangun lalu duduk berhadapan dengan Ayra.

"Memang aku serius. Aku sayang kau sepenuh hati aku. Kalau aku main-main, aku akan lepaskan kau dari dulu lagi."

Shahin Adiy menarik tangan Ayra. Dia menggenggam erat. Mata bertatapan. Berderau darah yang mengalir dalam pembuluh tubuh Ayra. Sinar mata Shahin Adiy memancarkan keikhlasan dan kesungguhannya.

Syafiqah tiba-tiba melangkah keluar dari bilik. Ayra pantas menarik tangannya dari genggaman Shahin Adiy.

* * *

Ayra menyangka Syafiqah sudah keluar. Beria-ia Syafiqah memberitahu Ayra pagi tadi yang dia sudah terlambat untuk ke perhentian bas. Syafiqah dalam keadaan tergesa-gesa. Selepas mandi, dia menjemur kain. Kemudian, dia seterika baju sambil mulut terus mengomel yang dia sudah terlambat. Ketika itu jarum jam baru menunjukkan angka sembilan.

Selesai menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Ayra terus masuk ke bilik dengan penyapu dan penyodok di tangan. Dia menyapu lantai bilik termasuk di bawah katil. Di situ banyak sawang dan rambut gugur. Berpeluh badannya. Dia juga melipat pakaian Nadira yang dilonggokkan atas katil. Leka membuat kerja sehigga dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta di luar pagar. Belum sempat mengintai, telefonnya berdering. Panggilan daripada Shahin Adiy, memintanya segera membuka pintu.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now