Part 36

882 27 0
                                    

Mereka menuju ke pusat boling.

"Fikiran aku masih berserabut. Semalam aku bergaduh dengan Adiy. Dia tak setuju dengan cadangan aku nak percepatkan perkahwinan kami ni. Malah Adiy siap ugut aku, kalau aku berkeras, dia takkan teragak-agak untuk putuskan hubungan."

Nadira meluahkan keresahan hati. Kerengganan perhubungannya hanya dikongsi dengan Ayra. Simpati Ayra dengan luahan Nadira. Dia hanya mampu menasihati Nadira supaya bersabar. Jangan mendesak buat masa sekarang. Tunggulah sehingga Shahin Adiy tenang, kemudian usulkan semula perancangannya itu. Ayra minta Nadira supaya lebih bersabar. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nadira.

"Perubahan sikapnya memang ketara sekarang. Aku yakin dia ada perempuan lain."

Tersentak Ayra dengan kenyataan Nadira.

"Jangan buat andaian sendiri. Nanti kau yang rugi."

'Kenapa dengan Adiy? Bukankah Dira setaraf dengannya? Bukankah Adiy suka pada perempuan yang cantik, berharta dan berpendidikan? Apa lagi yang kurang dengan Dira sehingga membuatkan Adiy mencari perempuan lain?'

"Aku sekarang ni tengah cari bukti. Kalau sah dia ada perempuan lain, aku sendiri yang akan putuskan perhubungan kami!"

"Sabar Dira. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Adiy mungkin sibuk."

Sedikit terkejut Ayra dengan kenyataan Nadira. Lantas dia segera memujuk Nadira.

"Dulu pun dia sibuk juga. Tapi ada masa buat aku. Sekarang ni..."

Nadira menggeleng. Dia tunduk memandang lantai. Air mata bergenang di kelopaknya. Nadira segera mencapai tisu di dalam tas tangan. Shahin Adiy semakin menjadi-jadi.

"Aku dah suruh sepupu aku ekori Adiy. Sedikit hari lagi aku akan dapat tau cerita sebenar. Siap perempuan tu aku kerjakan nanti."

Tersirap darah Ayra mendengar kata-kata Nadira. Ayra risau andai Shahin Adiy berkunjung lagi ke rumah sewanya. Pasti Nadira akan menuduhnya sebagai perampas. Sedangkan dia langsung tiada apa-apa perasaan pada Shahin Adiy melainkan perasaan benci sahaja yang sentiasa menebal di hati.

"Kau kena siasat dulu. Jangan ambil tindakan yang bukan-bukan."

Jika Shahin Adiy ada perempuan lain, Ayra berharap perempuan tersebut bukanlah dirinya. Lelaki seperti Shahin Adiy pastinya tidak puas dengan seorang perempuan sahaja sebagai teman hidupnya.

"Apalah yang ada pada perempuan tu yang aku tak ada?"

Ayra menjongket bahu. Malas hendak membuat andaian lebih-lebih. Takut terkena batang hidung sendiri.

"Mungkin pekerjaan aku tak sepadan dengan dia. Bukannya aku nak jadi cikgu sangat pun. Parents aku yang paksa. Kalau dia nak aku berhenti, sekarang juga aku boleh berhenti."

Nadira sanggup melakukan apa sahaja untuk menyenangkan hati Shahin Adiy. Seharusnya lelaki itu bersyukur kerana berjaya memiliki cintanya. Dengan statusnya, dia sebenarnya mampu mendapatkan lelaki yang jauh lebih hebat daripada Shahin Adiy. Nadira memujuk hati.

Tapi soal hati sukar untuk ditolak tepi. Dia cinta mati pada Shahin Adiy sehingga dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki itu. Dia tidak pernah mencintai lelaki lain seperti mana dia mencintai Shahin Adiy. Tanpa Shahin Adiy, dia tak mungkin dapat meneruskan hidup. Shahin Adiy adalah nyawanya.

"Orang tua kau tahu soal ni?"

"Aku tak boleh cakap pada mereka perubahan sikap Adiy. Kalau mama tahu Adiy ada perempuan lain, pasti mama akan putuskan pertunangan kami. Aku tak sanggup Ayra. Aku tak sanggup kehilangan Adiy. Di mulut saja aku berani cakap yang aku akan tinggalkan dia kalau dia curang pada aku. Hakikatnya, aku tak mampu hidup tanpa Adiy."

Nadira membongkarkan perasaan sebenarnya terhadap Shahin Adiy. Dia tidak sanggup meneruskan kehidupan tanpa cinta lelaki itu.

"Kau benar-benar cintakan dia."

"Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia."

"Kau berdoalah. Berdoa agar jodoh kau dengan Adiy."

"Kau doalah untuk aku. Kau kan tahu aku tak solat."

"Kau kenalah mula solat. Kembali ke jalan yang benar. Mungkin sekarang saat yang sesuai untuk kau berubah."

"Entahlah Ayra. Dulu aku solat. Tapi bila aku sambung belajar di US, aku lupa semua tu. Aku dah tak ingat bacaan dalam solat."

"Aku harap bila sampai masanya nanti, ianya belum terlambat."

Nadira menghela nafas.  


TQ YG SUDI BACA DAN VOTE ;-)

Follow my ig : karya_zz

Like my FB Page : Karya ZZ

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now