"Maaf kalau aku ganggu kosentrasi kau."
"Tak adalah."
Ayra menarik nafas lega. Shahin Adiy masih sudi berbicara dengannya. Raut wajah Shahin Adiy ditenung. Lelaki itu leka memandang pemandangan yang terbentang luas di depan matanya.
Ayra tak tahu apa yang perlu diucapkan sekarang. Terasa Shahin Adiy seperti orang asing yang belum pernah dikenali sebelum ini.
"Aku minta diri dulu."
Ayra rasa kurang selesa. Shahin Adiy tidak banyak cakap menyebabkan dia jadi kekok untuk berada lebih lama di situ.
"Nak balik dah? Duduklah sini dul. Dah lama kita tak berborak."
Shahin Adiy menepuk perlahan kerusi batu di sebelah kirinya. Ayra terus menapak menghampiri lelaki itu. Dia melabuhkan punggung pada kerusi batu. Haruman minyak wangi yang dipakai Shahin Adiy menusuk ke hidungnya. Itulah haruman kegemaran Shahin Adiy. Lelaki itu tidak pernah menukar haruman minyak wanginya. Shahin Adiy pernah beritahu Ayra jenama minyak wangi kegemarannya namun Ayra sudah lupa.
Gunung Kinabalu menjadi tatapan mereka berdua. Sesekali Ayra menjeling ke raut wajah Shahin Adiy. Ada sedikit perubahan pada wajah lelaki itu. Kelihatan kumis yang baru tumbuh atas bibirnya. Wajah Shahin Adiy tampak lebih dewasa.
"Dah habis exam?"
"Sudah ba... lega rasa hati,"
Ayra menggosok tapak tangan. Penghujung tahun, cuaca semakin sejuk.
"Kau nak minum? Nantu aku ambilkan teh. Panas lagi."
Shahin Adiy terus bangun.
"Eh, ndak payah ba. Aku ndak dahaga."
"Betul ni?"
Ayra mengangguk. Shahin Adiy kembali duduk. Terasa segan hendak bertentang mata dengan Shahin Adiy. Lelaki itu tidak berubah langsung. Masih sama seperti Shahin Adiy yang dikenalinya dulu. Peramah.
"Macam mana? Boleh kau jawab?"
"Alhamdulillah boleh ba jawab sikit-sikit. Betul ndak betul tu ndak tahulah aku. Tawakkal saja."
"Insya-Allah boleh tu. Lepas ni bolehlah kau mintak sambung belajar di universiti."
"Kalau keputusan elok..."
"Kau nak minta universiti mana?"
"Aku ndak kesahlah tu. Janji dapat."
Universiti sekarang sudah banyak, tidak seperti dulu lagi. Ayra tidak memilih. Yang penting dia dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.
"Mintaklah sebelah KL sana. Boleh juga kau merasa duduk di tempat orang."
Bandaraya Kuala Lumpur yang belum pernah dijejaki Ayra terbayang di ruang mata. Itulah hajatnya dari dulu, ingin melanjutkan pelajaran di semenanjung. Bandar metropolitan Kuala Lumpur itu hanya mampu disaksikan di kaca televisyen dan internet. Kata Shahin Adiy, Kuala Lumpur sangat sibuk. Jalan raya sentiasa sesak. Tak pernah lengang. Penduduknya padat. Pusat membeli belah juga banyak.
Shahin Adiy belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur atas pembiayaan sendiri. Dia juga bersekolah rendah dan menengah di sana. Adiy sudah biasa dengan keadaan di sana. Bercakap Sabah memang dia tak pandai. Ibu dan bapanya juga tidak pernah cakap Sabah dengannya.
"Kau nak tinggal di sini selama-lamanya?"
"Ish, ndak maulah! Sini mana ada kolej atau IPT. Aku mau sambung pelajaran lagi. Kalau boleh, sampai dapat ijazah."
YOU ARE READING
Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)
عاطفيةAyra dihantui mesej misteri dari seseorang yang tak dikenali. Namun pengirim mesej tahu kisah silamnya. Kisah silam yang ingin dilupakan Ayra sehingga membawa dia merantau dari Sabah ke Semananjung, dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Adiy ya...