Part 71

819 27 0
                                    

"Aku baru tahu hubungan kau dengan Adiy dah putus. Aku harap kau bersabar ye. Ini semua dugaan dari-Nya."

Aisyah memulakan bicara. Sudah lama dia dan Nadira tidak bercakap. Hari ini, dia berpeluang untuk bercakap dengan Nadira. Mereka bertemu di kafeteria secara tidak sengaja.

"Macam mana aku nak bersabar kalau kawan baik sendiri yang rampas Adiy dari aku."

"Kawan baik sendiri? Aku tak faham."

Aisyah menarik nafas. Inilah detik yang ditunggu. Bukannya sukar hendak mengorek rahsia dari Nadira.

"Aku nak nasihatkan kau, hati-hati sikit bila berkawan dengan Ayra. Dia tu nampak saja diam, tapi..."

Nadira mengetap bibir. Perbuatan Ayra sukar dimaafkan.

"Maksud kau, Ayra penyebab hubungan kau dengan Adiy putus?"

"Bukan penyebab, malah dia sanggup rampas Adiy dari aku. Selama ni aku terlalu percayakan dia. Aku ceritakan segalanya mengenai Adiy pada dia. Alih-alih, dia jatuh cinta dengan Adiy. Dalam diam, dia atur rancangan untuk rampas Adiy dari aku."

"Tak sangka macam tu perangai Ayra ye."

"Patutlah dengan Dean bukan main lagi dia jual mahal. Rupanya dia bercitarasa tinggi. Bila dah jumpa lelaki yang memenuhi citarasanya, dia terus berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa melukakan hati kawan baik sendiri."

"Tapi, kalau Ayra bertepuk sebelah tangan, semua ni tak akan berlaku."

Aisyah musykil kerana dalam sekelip mata Shahin Adiy boleh beralih arah. Takkanlah tiba-tiba dia boleh jatuh hati dengan Ayra.

"Adiy tu dah terkena. Kalau dalam keadaan normal, aku yakin dia tak pandang pun gadis macam Ayra tu."

"Sekejap, aku tak faham." Aisyah memintas. "Maksud kau, Ayra guna ilmu hitam untuk pikat Shahin Adiy?"

Nadira mengangguk. "Mustahil Adiy dengan mudah rebah di riba Ayra yang tak punya apa-apa. Yang tak ada kelas. Melainkan dia sudah terkena."

"Macam mana kau tahu Ayra guna ilmu hitam untuk pikat hati Adiy?"

"Aku tahulah. Aku serumah dengan dia. Kalau kau tak percaya, kau tanyalah sendiri pada Iqa. Dia pun tahu Ayra tu macam mana orangnya. Tak boleh dibuat kawan."

Cerita semakin menarik. Aisyah masih belum kenyang mendengar cerita dari mulut Nadira. Namun, gadis itu sudah meminta diri. Makanan yang dipesannya sudah siap. Dia beredar meninggalkan kafeteria.

* * *

Aisyah melangkah pantas menuju ke blok C. Dia sudah tidak sabar hendak berkongsi cerita yang baru didengarnya kepada Suhaila. Pasti melopong mulut Suhaila bila dia ceritakan satu persatu. Terkejut beruk Suhaila nanti bila dapat tahu siapa sebenarnya Ayra.

Di depan blok C, dia terserempak dengan Ayra. Rasa menyampah menyelinap di hati. Gadis itu menghadiahkan senyuman kepadanya. Dia membalasnya. Hambar. Dia tidak boleh terima sikap Ayra yang sanggup merampas teman lelaki kawan baik sendiri. Sikap yang tak bermoral!

Dia ingin tahu ke mana Ayra hendak pergi. Gadis itu berpakaian cantik. Tapi mulutnya berat hendak bersuara. Di sebalik dinding asrama, dia perhatikan gerak-geri Ayra dari jauh. Gadis itu sedang menunggu seseorang. Sebentar kemudian, dia melihat Honda Jazz menghampiri Ayra. Aisyah pernah naiki sekali kereta tersebut. Sah cerita yang dibawa Nadira benar belaka.

"Nah."

Aisyah terus menghulurkan nasi bungkus sebaik sahaja tiba di bilik. Suhaila sedang melipat telekung. Dia baru selesai solat Asar.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Tak sangka perangai kawan kita tu teruk macam tu." Aisyah bermukadimah sebelum membongkar berita terhangat.

"Siapa?"

"Cuba kau teka."

"Ish, malaslah main tekan-teka ni." Suhaila menuju ke pintu bilik. Perutnya kelaparan. Tangannya harus dicuci segera.

"Eh, kau nak ke mana tu?"

"Bilik air. Cuci tangan."

"Sabar dulu. Marilah sini."

"Aku dah lapar ni. Kau tak lapar ke?"

"Lapar jugak. Jomlah cuci tangan, kita makan sama-sama."

Aisyah terpaksa akur walaupun dia sudah tidak sabar hendak berkongsi cerita yang baru didengar. 

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now