Part 108

896 27 0
                                    

Terkejut Shahin Adiy bila sampai ke Vila Cahaya. Vila tersebut langsung tak terjaga. Lalang tinggi melebihi paras pinggang. Halaman dan kaki lima ditutupi dengan daun-daun kering. Rasa sebak bercampur marah dalam hati. Dia mengandaikan sudah berkurun penjaga vila tidak datang membersihkan Vila Cahaya.

Sakit hati Shahin Adiy kerana gaji setiap bulan dibayar. Dia terus menghubungi nombor telefon Sulaiman. Panggilannya dijawab. Shahin Adiy terus meminta Sulaiman datang segera ke vila. Terkejut Sulaiman bila mendapat tahu dia berada di vila sekarang.

Shahin Adiy membuka pintu rumah. Dia dan Ayra terpaksa membersih lantai dan perabot yang sudah berhabuk. Ada bahagian dinding yang sudah retak. Syiling juga ada yang sudah bocor. Vila yang diamanahkan kepada Sulaiman tidak diselenggara dengan sepatutnya.

Lewat petang barulah Sulaiman muncul. Dia berada di Pekan Ranau kerana ada hal yang perlu diuruskan. Shahin Adiy meminta Sulaiman memotong rumput dan membakar daun-daun kering sebelum memecat lelaki itu. Shahin Adiy tidak mengendahkan rayuan Sulaiman. Bertahun-tahun lelaki itu makan gaji buta. Bila dihubungi, katanya vila sentiasa dijaga. Siap mintak duit lebih untuk baiki itu ini.

"Siapa nak jaga vila ni bila abang dah kembali ke KL?"

"Ramai yang nak jaga vila ni. Tak perlu risaulah pasal tu."

Shahin Adiy menarik kain putih yang menutupi sofa. Mujurlah keadaan sofa masih elok. Dia kemudian melangkah ke dapur. Daun-daun kering penuh di lantai. Ayra membantunya menyapu daun kering terus keluar ikut pintu belakang.

Shahin Adiy membuka peti ais. Yang ada hanyalah botol-botol kicap dan sos yang sudah habis tarikh luput. Dia mengeluarkan botol-botol tersebut lalu diletakkan ke dalam plastik sampah.

Ayra memeriksa mesin basuh. Keadaanya masih elok. Serbuk pencuci juga masih banyak lagi di tepi mesin basuh. Ayra mahu mencuci pakaian kotor yang dibawa dari IPG. Dia terus keluar menuju ke kereta untuk mengeluarkan beg pakaian.

"Abang nak ke keluar kejap." Ujar Shahin Adiy sambil menyarung kasut. Selipar yang ditinggalkan di vila sudah tidak kelihatan.

"Abang nak ke mana?" soal Ayra sambil menarik beg.

"Beli apa yang patut kat pasar depan tu. Peti ais tu kena penuhkan. Dua minggu kita nak tinggal sini."

Shahin Adiy membantu Ayra mengeluarkan beg pakaian.

"Abang rasa dua minggu lagi bapak akan terima Ayra tak?"

"Jangan risau pasal tu. Abang rasa sekarang mak tengah bagi tahu bapak perkara sebenar."

"Bapak marah Ayra. Ayra tak salahkan bapak. Memang patut pun bapak marah Ayra. Ayra tak pulang dah lebih enam tahun."

"Ayra ada sebab. Bukan saja-saja tak mahu pulang. Mak tahu semua tu. Bapak kalau dah tahu pun mesti hilang rasa marah dia tu."

"Kalau bapak tak boleh terima jugak?"

"Jangan fikir negatif. Fikir yang positif dulu. Abang keluar sekarang. Ayra ada nak pesan apa-apa?"

Ayra menggeleng kepala. Shahin Adiy terus masuk ke dalam kereta. Ayra terus menuju ke belakang vila untuk mencuci pakaian.

Ayra berjalan-jalan di dalam vila sementara menunggu kain siap dicuci dengan mesin basuh. Sayang, vila sebesar itu tidak berpenghuni. Belum habis melawat setiap ruang dan bilik, dia terdengar suara memberi salam dari luar. Ayra yang sedang berada di tingkat atas pantas menolak cermin tingkap. Bapak, emak, Ayza dan Aydil tercegat di luar. Khairi turut ada bersama. Dia mendukung Haikal.

Ayra segera berlari ke bawah. Dia membuka pintu.

* * *

Terkejut Shahin Adiy melihat keluarga mentuanya berada di vila. Bukan main rancak lagi mereka berborak sehingga kepulangannya pun tak disedari.

Terharu hatinya bila Ayra memaklumkan yang Pak Sudin telah menerimanya. Mak Siti telah menerangkan perkara sebenar. Pak Sudin tidak mengambil masa yang lama untuk menerima cerita yang disampaikan. Terus dia mengajak Mak Siti mencari Ayra di vila.

"Alhamdulillah, segalanya dah selesai."

"Kalau bapak tau keadaan kau, tentu aku ndak biar kau ke semenanjung sorang diri," ujar Pak Sudin.

"Aku ndak boleh fikir apa-apa lagi masa tu. Cuma ingat mau larikan diri saja. Aku mati-mati ingat Adiy sama Marcos sudah meninggal. Aku takut sangat masa tu."

Ayra terkenang detik cemas ketika dia cuba melarikan diri. Tak terfikir langsung dia untuk balik ke kampung kerana bimbang pihak polis akan mencarinya di situ.

"Semua ni salah Adiy. Kalau Adiy layan Ayra dengan baik, semua ni tak akan berlaku. Adiy pun hairan kenapa Adiy boleh bersikap macam tu. Boleh pulak tu Adiy upah Marcos jaga Ayra supaya tak melarikan diri. Mujurlah tak berlaku sesuatu yang tak diingini. Kalau tidak, menyesal Adiy seumur hidup."

"Nasib baik Allah selamatkan aku."

"Maafkan abang, sayang."

Shahin Adiy memeluk bahu Ayra. Dia tidak menyangka Marcos cuba mengambil kesempatan ke atas isterinya hanya kerana dia terlewat bayar upah. Masa itu, bapanya baru saja meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur. Dia sibuk menguruskan jenazah arwah bapanya di hospital. Marcos pula sibuk menghubunginya minta bayaran upah.

"Malam ni kita makan di sini." Ujar Shahin Adiy.

Dia mengangkat barang-barang yang baru dibelinya ke dapur. Khairi dan Pak Sudin turut membantunya. Ayra dan Mak Siti pulak sibuk mengemas rumah. Mereka melipat kain putih yang menutup sebahagian perabot di vila tersebut. Ayza pula sibuk melayan Haikal yang asyik merengek.

Malam itu mereka makan malam bersama-sama. Gembira hati Pak Sudin kerana dapat berkumpul dengan anak-anaknya. Mak Siti pulak asyik menyapu air mata. Dia terlalu gembira kerana saat yang di nanti tiba jua akhirnya. Keluarganya sudah bersatu kembali. Dia bersyukur kerana Ayra akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now