Part 47

822 17 1
                                    

"Upah kau ndak dibayar, kan?"

Ayra terdengar perbualan telefon di antara Marcos dengan Shahin Adiy semalam. Marcos sibuk meminta bayaran upahnya.

"Itu urusan aku. Kau ndak usah masuk campur."

"Aku tahu ba. Tapi, kau fikirlah sendiri. Kau mau belanja macam mana nanti kalau duit kau ndak ada. Kalau kau terus kurung aku di sini, sia-sia sajalah kerja kau. Kau ndak akan menerima bayaran lagi."

Ayra meracuni fikiran Marcos. Kebebasan amat diharapkan saat ini.

"Kau mau bebas?"

Marcos merenung wajah Ayra yang begitu mengharap. Kelihatan gadis itu terdesak untuk meninggalkan rumah tersebut. Gadis yang terdesak pasti sanggup melakukan apa sahaja. Dia mendapat satu idea. Jika Shahin Adiy tidak membayar upah, dia akan mengambil kesempatan yang terhidang depan mata sebelum meninggalkan rumah tersebut.

"Ya. Sakit jiwa aku dikurung."

"Tapi... ada syaratnya."

"Syarat? Apa syaratnya?"

Berkerut dahi Ayra kerana Marcos meletakkan syarat pulak sebelum membebaskannya. Ada-ada saja!

Marcos merenung Ayra dari atas ke bawah. Dia menjilat bibir. Gadis itu memiliki raut wajah yang menawan. Tubuhnya juga menggiurkan. Kalau Adiy tak teringin, apa salahnya kalau diserahkan kepadanya.

"Kau mau apa?" bentak Ayra sekuat hati.

Dia tidak suka dengan cara Marcos merenungnya. Berderau darahnya dengan kelakuan Marcos. Rasa takut mula menjalari tubuhnya dengan renungan bisa Marcos.

"Kau tidur di bilik aku malam ni. Awal pagi esok kau boleh tinggalkan rumah ni. Aku janji! Sumpah!"

"Kau sudah gila???"

Ayra terus mengundur dua tapak. Dia menjarakkan dirinya daripada Marcos. Permintaan Marcos tak masuk akal! Marcos tergelak kecil. Dia terus merenung Ayra dengan renungan tajam dan galak. Rimas Ayra dengan perbuatan Marcos.

"Kalau kau mau tau, dari awal lagi aku sudah suka sama kau. Pada kulit kau yang putih dan gebu. Tapi aku terpaksa bersabar. Duit lebih penting dari segalanya. Tapi sekarang, Adiy sudah ndak peduli sama kau lagi. Dia juga ndak bayar upah aku. Jadi, aku bebas melakukan apa sahaja pada kau."

"Kalau kau lakukan sesuatu pada aku, awas kau!" Ayra beri amaran keras.

"Kau jangan bimbang. Aku ndak akan apa-apakan kau. Aku cuma mahu berikan sesuatu yang Adiy tak mampu berikan pada kau."

"Memang sudah gila kau ni!"

Ayra terus ke bilik dan cepat-cepat mengunci pintu. Jantungnya berdegup kencang. Mata masih tertancap ke arah pintu. Marcos ada kunci pendua. Bila-bila masa sahaja Marcos akan membuka pintu bilik.

Ayra tarik pisau di bawah tilam. Pisau tersebut diambilnya dari dalam laci kabinet di dapur beberapa hari lalu. Mujurlah Marcos tak perasan kehilangan pisau tersebut. Ayra sengaja menyimpannya sebagai alat untuk mempertahankan diri andai berlaku sesuatu. Dia mendakap erat pisau tersebut.

Matanya masih tertumpu pada pintu. Doa pula tak putus-putus meniti di bibir. Ayra memohon perlindungan dari-Nya.

* * *

Berderau darahnya bila melihat tombol pintu yang sedang berputar. Marcos sedang cuba membuka pintu bilik! Ayra cepat-cepat menahan pintu dengan tubuh badannya. Marcos terus menolak dari luar.

Ayra terus bertahan. Namun tenaga Marcos tak mampu dilawan. Tolakan Marcos lebih kuat. Akhirnya pintu renggang sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba satu tolakan kuat membuatkan tubuh Ayra terperosok ke belakang pintu. Marcos melangkah masuk. Ayra terus menolak badan Marcos. Lelaki itu tersorong ke katil.

Ayra terus menyelinap keluar dari bilik.

"Jangan lari!"

Marcos mengejar Ayra yang sudah meninggalkan bilik. Ayra berlari menuruni tangga. Marcos sempat menarik bajunya.

"Lepaskan aku! Tolong! Tolong!"

Ayra menjerit sekuat hati. Marcos terus menekup mulut Ayra dengan tangan kasarnya. Ayra meronta sekuat hati. Dia gagal mengimbangkan badan. Baju Marcos sempat ditarik. Ayra dan Marcos jatuh bergolek menuruni tangga. Ayra sempat berpaut pada palang tangga. Marcos pula terus bergolek hingga ke bawah. Kepalanya terhantuk pada bucu tangga.

Dengan keadaan yang masih lemah, Ayra cuba bangun. Badannya terasa sengal-sengal. Sakit.

"Aduh, tolong aku..." Marcos mengerang kesakitan.

Darah meleleh membasahi tangga. Ayra tergamam.

"Tolong aku..."

Marcos merayu dengan nada suara yang lemah. Ayra bingung. Marcos sedang menahan kesakitan.

"Tolong aku..." rayu Marcos.

Ayra tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Matanya tiba-tiba tertancap pada segugus kunci yang tercampak tidak jauh dari situ. Ayra terus mencapai kunci tersebut. Kakinya masih teragak-agak sama ada hendak melangkah ke bawah. Badan Marcos melintang di anak tangga paling bawah. Suara Marcos sudah tidak kedengaran.

Belum sempat melangkah, daun pintu ditolak dari luar.

Adiy muncul. Dia kehairanan bila melihat tubuh Marcos tertiarap di kaki tangga. Ayra pula sedang berdiri di tangga. Mukanya pucat.

"Apa kau dah buat?"

Adiy mendekati Marcos lalu membalikkan tubuh Marcos. Darah merah membasahi muka Marcos. Adiy meletakkan jari telunjuknya pada hidung Marcos.

"Dia jatuh. Ja... jatuh sendiri." Ayra membela diri. Lidahnya kelu.

"Kau dah bunuh Marcos!"

"Bukan! Bu... bukan aku yang tolak dia!"

Ayra panik bila dituduh pembunuh. Dia tidak membunuh Marcos. Ayra menggeleng kepala. Tangan dan kakinya menggeletar. Takut! Matanya tiba-tiba tertancap pada pisau yang berada di kakinya. Pisau itu terlepas dari tangannya ketika sedang bergelut dengan Marcos. Ayra terus tunduk lalu mencapai pisau tersebut.

Shahin Adiy terus menerpa ke arahnya. Dia cuba merampas pisau dari tangan Ayra. Mereka bergelut. Shahin Adiy berjaya merampas pisau dari tangan Ayra. Dan Ayra yang merasakan dirinya sudah tewas tidak melepaskan peluang yang ada di depan mata. Dia segera menolak Shahin Adiy sekuat tenaga. Tubuh lelaki itu menjunam jatuh, bergolek-golek sehingga menimpa tubuh Marcos.

Ayra tergamam! Terhenti nafasnya bila melihat pisau tercucuk di perut Shahin Adiy. Darah membuak keluar. Muka Shahin Adiy berkerut-kerut menanggung kesakitan. Ayra panik!

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now