Part 95

895 57 3
                                    

Shahin Adiy buka mata. Berat. Matanya terkelip-kelip. Fikirannya menerawang jauh. Ingatannya melekat pada kemalangan ngeri yang telah menimpanya. Satu demi satu terbayang di mata sebelum kejadian berlaku.

Dia dalam perjalanan ke Kuala Kangsar kerana mahu menemui isterinya. Perjalananya lancar sehinggalah tiba di tempat kejadian. Dia bengang apabila kereta di hadapan yang dipandu perlahan tidak mengendahkan isyarat yang diberikannya. Dia yang sedang angin terus memandu masuk ke laluan sebelah kiri tanpa melihat cermin pandang belakang atau memberi isyarat terlebih dahulu.

Selepas dirempuh, Shahin Adiy yang tidak memakai tali pinggang keledar terasa tubuhnya melayang ke hadapan dan kemudian jatuh bergolek-golek. Selepas itu dia langsung tak ingat apa-apa lagi.

Pintu bilik ditolak. Datin Fadhilah melangkah masuk. Bila dilihatnya mata Shahin Adiy sudah terbuka, dia terus meluru ke katil.

"Alhamdulillah. Adiy dah sedar."

Datin Fadhilah mencium kedua belah pipi anaknya. Air mata kegembiraan mengalir di pipi. Shahin Adiy sudar sedar dari koma.

"Mama, mana Ayra?" soal Shahin Adiy dalam nada suara yang lemah dan hampir tidak kedengaran. Isterinya tidak kelihatan.

"Adiy rehat dulu ye."

Datin Fadhilah pura-pura tidak mendengar pertanyaan Shahin Adiy. Dia membelai-belai rambut Shahin Adiy. Mujurlah bahagian kepala Shahin Adiy tidak mengalami kecederaan dalaman. Hanya dahinya sahaja yang luka.

"Panggil Ayra. Adiy nak jumpa dia."

Urusannya masih belum selesai akibat kemalangan yang menimpanya. Shahin Adiy masih ingat gambar yang ditunjukkan Datin Fadhilah.

"Mama dah minta Dira bagitahu Ayra pasal Adiy."

"Dira bagitahu Ayra tak?"

"Dah, dah bagi tahu dah. Ayra bagitahu Dira yang dia sibuk. Dia tak dapat datang."

"Adiy tak percaya. Mana telefon Adiy? Adiy nak call Ayra."

"Telefon dah hancur sayang."

Shahin Adiy mengeluh.

"Mintak telefon mama."

"Nak buat apa?"

"Adiy nak call Ayra, mama. Adiy mesti bercakap dengan dia. Adiy tak percaya Ayra tak dapat datang. Adiy kenal Ayra mama."

Datin Fadhilah menggeleng kepala, kecewa kerana Shahin Adiy masih lagi memikirkan Ayra dalam keadaan sekarang. Datin Fadhilah menghulurkan telefon bimbitnya.

"Mama ada simpan nombor telefon Ayra?"

"Tak."

Shahin Adiy mengeluh panjang. Dia tidak ingat nombor telefon Ayra. Dia harus balik ke rumah segera untuk mendapatkan nombor telefon isterinya yang tercetak dalam bil telefon.

Shahin Adiy cuba bangun. Namun kakinya tidak merasa apa-apa!

* * *

"Berapa kali aku nak cakap, kau tak faham bahasa ke?" tengking Datin Fadhilah.

"Saya tak percaya Adiy tak mahu jumpa saya lagi."

"Kau tu isteri curang! Tembelang kau dah pecah. Adiy tak mahu jumpa kau lagi. Bila dia dah sihat, dia akan uruskan perceraian. Kau terimalah seadanya. Jangan salahkan orang lain, sebab apa yang berlaku salah kau sendiri."

Terkedu Dean mendengar tengkingan Datin Fadhilah ke atas Ayra. Dean yang berdiri tidak jauh dari tempat tersebut merasa amat bersalah. Dialah yang menyebabkan hubungan Ayra dengan keluarga mentuanya renggang.

"Cukuplah mama tuduh Ayra. Bukan salah Ayra. Ayra dah jumpa Dean. Dia dah bagi tahu Ayra segala-galanya, komplot antara mama, Kak Sya dan Dira untuk memisahkan Adiy dan Ayra."

Datin Fadhilah tergamam! Nadira yang bawa Dean. Menurut Nadira, Dean dan Ayra pernah bercinta sebelum kemunculan Shahin Adiy. Bila mereka meminta Dean membawa Ayra ke hotel ketika Ayra sudah tidak sedar diri, Dean menolak. Mereka memujuk namun Dean tak makan pujuk. Akhirnya, mereka meminta Dean bergambar dengan Ayra di dalam keretanya. Setelah puas dipujuk, barulah Dean setuju.

"Ayra dah tahu segala-galanya mama."

Dean sudah memohon maaf atas perbuatannya yang berdasarkan nafsu semata-mata. Dia bersetuju dengan cadangan Nadira untuk memerangkap Ayra kerana terdesak untuk meraih cinta Ayra. Bila Shahin Adiy sudah menceraikan Ayra, dia akan hadir merawat luka Ayra. Itulah perancangan awal.

Namun, setelah membaca akhbar mengenai kemalangan yang menimpa Shahin Adiy, lahir rasa bersalah di hati Dean. Kemalangan tersebut pastinya ada kaitan dengan gambarnya dan Ayra. Dia menyesal kerana menggunakan taktik kotor untuk memisahkan Shahin Adiy dan Ayra.

Bukan itu sahaja, Dean turut mengaku dialah yang menghantar mesej memburuk-burukkan Ayra kepada dirinya sendiri. Dia mengambil kesempatan setelah membaca beberapa mesej yang pernah diterima Ayra sebelum ini tanpa pengetahuan gadis itu. Selesai mencuri baca mesej yang baru masuk ke telefon bimbit Ayra itu, dia terus memadamnya. Mesej-mesej yang pernah dibacanya itu mengundang seribu pertanyaan. Dia hairan kenapa wanita sebaik Ayra dituduh penipu, kejam dan macam-macam lagi yang tak terjangkau oleh fikirannya. Dia cuba menjejak pengirim mesej namun gagal. Dia mengandaikan mesej tersebut dihantar oleh seseorang yang mengenali Ayra pada masa lalu.

Bila mendengar berita perhubungan Ayra dan Shahin Adiy, Dean terus mengambil kesempatan dengan menghantar mesej memburukkan Ayra kepada dirinya sendiri. Da berharap mesej yang kononnya dikirim oleh Shahin Adiy itu akan merenggangkan hubungan Ayra dengan Shahin Adiy yang baru terjalin.

Rancangannya itu tidak menjadi.

Berita perkahwinan Ayra di sempadan menyeksa jiwanya. Dia menganggap Ayra tidak pandai memilih dan rabun bila ditabur dengan emas dan permata. Kedudukan Shahin Adiy yang membuatkan Ayra jatuh hati. Itulah andaian Dean mula-mula dulu. Namun, setelah mendengar cerita yang disampaikan Ayra semalam, barulah dia tahu kedudukan sebenar.

Ayra dan Shahin Adiy sudah lama saling mengenali. Mereka juga sudah bernikah sejak beberapa tahun yang lalu, ketika Ayra sedang menunggu keputusan SPM, bukannya baru berkahwin seperti yang didakwa Nadira. Dean yang dalam keadaan kecewa telah menerima bulat-bulat cerita yang disampaikan Nadira. Cerita yang memburuk-burukkan Ayra.

Kononnya Ayra merampas Shahin Adiy menggunakan ilmu hitam dan macam-macam lagi. Dia tambah yakin bila berjumpa sendiri dengan ibu dan kakak Shahin Adiy. Mereka mengiyakan cerita yang disampaikan Nadira.

Dan Dean berada di sini sekarang untuk bertemu dengan Shahin Adiy. Dia mahu memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukannya. Hatinya tidak akan tenteram selagi Shahin Adiy tidak memaafkannya.

Datin Fadhilah sudah meroyan menghalau Ayra. Macam mana sekali pun, dia tidak akan membenarkan Ayra bertemu dengan Shahin Adiy setelah tembelangnya pecah. Shahin Adiy yang lebih percayakan isterinya berbanding dirinya pasti akan mengamuk besar nanti. Dan yang paling ditakutinya, hubungan Shahin Adiy dan Ayra kembali terjalin.

Dean menerpa ke arah Ayra sebaik sahaja terlihat dua orang pengawal sedang menuju ke situ. Dia menarik tangan Ayra lantas membawa Ayra pergi dari situ.


p/s : Terima kasih yg sudi baca. Ringan2kan tangan utk vote. 25. 25. 25. Cukup 25 next chapter okay...tqqqq

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now