Part 92

778 24 0
                                    

Tubuh anak lelakinya terbaring kaku di atas katil. Matanya terpejam rapat. Bantuan pernafasan diberikan. Tangan kirinya berbalut dengan simen. Datin Fadhilah mengesat air mata.

Pilu hatinya melihat keadaan Shahin Adiy yang terbaring koma. Langsung tidak sedarkan diri. Doktor memaklumkan yang Shahin Adiy akan sedar mungkin sehari dua lagi atau setahun dua lagi atau sepuluh dua puluh tahun lagi. Atau mungkin dia tidak akan sedar hingga ke akhir ayat.

Terkedu Datin Fadhilah bila mengetahui keadaan anaknya yang kritikal. Shahin Adiy telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya utara selatan. Honda Jazz yang dipandunya remuk dirempuh lori simen. Tubuh Shahin Adiy tercampak keluar dari kereta. Semasa dikejarkan di hospital, dia sudah tidak sedarkan diri.

Datin Fadhilah tidak menyangka kata-katanya menjadi kenyataan. Da turut rasa menyesal kerana gagal menghalang Shahin Adiy memandu ke Kuala Kangsar. Kalau tidak, semua ini tidak akan berlaku.

Ayra turut dipersalahkan. Kalau bukan kerana Ayra, pasti Shahin Adiy tidak terlantar di atas katil sekarang.

Pintu ditolak. Syamila Aqilah dan suaminya melangkah masuk.

"Sabar ye mama."

Syamila Aqilah menggosok-gosok bahu ibunya yang masih dalam kesedihan.

"Mama bersalah. Mama gagal halang Adiy."

"Sudahlah mama. Jangan salahkan diri mama lagi. Semua ni takdir. Kita harus tabah menghadapi ujian dari-Nya."

Hisyam memujuk Datin Fadhilah. Dia berkongsi kesedihan ibu mentuanya atas apa yang telah berlaku ke atas anak kesayangannya itu. Datin Fadhilah terus pitam sebaik sahaja dimaklumkan oleh seorang pegawai polis mengenai kemalangan yang melibatkan anak bongsunya.

"Mama balik rehat ye. Biar Sya jaga Adiy."

Datin Fadhilah menggeleng. Dia tidak mahu meninggalkan Shahin Adiy.

"Semalaman mama jaga Adiy. Tak rehat langsung. Sya bimbang mama pulak yang jatuh sakit nanti."

"Mama tak apa-apa. Mama nak tunggu sini sampai Adiy sedar."

Datin Fadhilah membelai rambut Shahin Adiy. Dia mendoakan agar anaknya kembali sedar dan sihat seperti dulu.

"Ayra dah tahu kemalangan yang menimpa Adiy?" tanya Hisyam.

Dia tidak melihat Ayra di situ. Ayra harus tahu kemalangan yang menimpa suaminya.

"Jangan sebut nama perempuan tu depan mama. Dialah penyebab Adiy kemalangan!"

Muka Datin Fadhilah terus bertukar merah. Dia benci pada Ayra.

Syamila Aqilah menyiku perlahan suaminya, memberi isyarat kepada suaminya agar jangan bercakap apa-apa lagi terutamanya mengenai Ayra.

"Syam nak ke cafe. Mama nak pesan?"

"Mama tak ada selera."

Hisyam meninggalkan bilik. Dia menuju ke kafeteria.

"Dira dah tahu?"

"Belum. Mama belum sempat hubungi dia."

"Kalau macam tu, biar Sya telefon Dira sekarang."

Syamila Aqilah mengeluarkan telefon bimbit.

* * *

"Terima kasih cikgu!"

Ayra menerima ucapan terima kasih daripada murid-murid tahun tiga. Dia sudah selesai mengajar untuk tempoh selama 40 minit. Walaupun hanya 40 minit, dia sudah hampir gila dibuatnya berada di dalam kelas tersebut. Kelas yang ramai budak-budak nakal. Guru-guru lain juga sakit jiwa bila berada di kelas tahun tiga.

Sabar harus kuat. Ini sebehagian karenah murid-murid yang terpaksa ditempuhi sebagai seorang guru. Harus ada teknik untuk menjinakkan mereka. Sebab itulah set induksi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Set induksi yang menarik, akan membuatkan murid-murid berminat untuk belajar.

Ayra terus menapak ke bilik guru. Dia tidak ada kelas lagi sehingga waktu rehat. Hanya ada Ustazah Roziah di bilik guru. Ayra meletakkan buku dan bekas pensel atas meja.

"Dah habis kelas?" tanya Ustazah Roziah yang sedang menyebak buku latihan murid-murid.

"Dah. Lepas rehat baru ada kelas," balas Ayra.

Ayra melangkah ke kusyen rotan yang disediakan di bilik guru. Dia melabuhkan punggung. Selain dua balang biskut dan satu balang kacang goreng, akhbar Harian Metro turut berada di atas meja.

Tangannya pantas mencapai Harian Metro yang dilanggan oleh Kelab Guru setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Ayra menatap muka depan surat khabar tersebut.

'Kemalangan Ngeri berhampiran Terowong Menora.'

Matanya terus menatap gambar kecil mangsa kemalangan. Bagai terhenti degupan jantungnya apabila menatap gambar tersebut. 

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now