Part 82

755 23 0
                                    

"Ayra yang mencari rumah sewa, kan?" Cikgu Salmah sudah ingat-ingat lupa.

"Ye kak. Kak Sal tahu ke rumah kosong yang nak disewa."

"Rumah kat Taman Bunga Raya jugak. Belakang rumah Kak Sal. Rumah tu baru dikosongkan. Ayra nak tak?"

"Nak. Er... berapa bilik?"

"Tiga bilik. Ketiga-tiba bilik kat tingkat atas. Kat bahagian bawah ada dapur, ruang tamu dan stor bawah tangga. Sama dengan rumah Kak Sal."

"Besar jugak tu."

"Kalau duduk dua orang okey dah. Tak adalah besar sangat. Nak tak? Kalau nak, Kak Sal nak bagi nombor telefon tuan rumah tu."

"Tuan rumah orang apa Kak Sal?"

"Orang Melayu kita jugak. Cikgu kat kat SMK Raja Muda Musa."

"Sewa berapa?"

"Kejap."

Cikgu Salmah mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan.

"Ha ni nombor tuan rumah tu, Cikgu Razak. Hubungi dia cepat takut orang lain kebas dulu. Harga Ayra runding la dengan dia. Ok Cikgu Razak tu. Isteri dia pun cikgu jugak."

Ayra menyimpan nombor telefon tuan rumah ke dalam telefon bimbitnya. Dia berharap rumah tersebut masih kosong. Ayra sudah tidak sabar hendak berpindah. Tinggal di rumah sewa bersama Nadira dan Syafiqah lama-lama bertambah sakit di hatinya. Sekarang, bukan Nadira seorang saja yang suka menyakitkan hatinya, Syafiqah pun sama.

Fikiran Syafiqah telah diracuni Nadira. Hebat betul Nadira mereka cerita untuk memburuk-burukkannya. Sedikit hari lagi mungkin fitnah tersebut akan tersebar di sekolah. Itulah yang membuatkan Ayra resah jika andaiannya benar. Serangan Nadira semakin menjadi-jadi.

Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, Ayra bercadang hendak bertemu dengan guru besar. Dia mahu memperbetul statusnya.

Cikgu Salmah belum menyebut mengenai statusnya. Bererti sehingga hari ini, cerita mengenainya belum tersebar ke sekolahnya. Namun di kalangan rakan-rakan sekelas di IPG, berita pernikahannya heboh diperkatakan. Ayra sudah bertemu sendiri dengan Encik Kamal yang bertanggungjawab ke atas urusan pelajar KPLI LPBS dan menerangkan segalanya.

* * *

"Alhamdulillah."

Ayra mematikan panggilan. Usahanya untuk mendapatkan rumah sewa telah berjaya. Cikgu Razak bersetuju untuk menyewakan rumahnya kepada Ayra. Dalam perbualan telefon itu juga, Ayra menanyakan sewa rumah dan deposit.

Selesai menghubungi Cikgu Razak, Ayra menghubungi Shahin Adiy pula untuk memaklumkan mengenai rumah sewa. Shahin Adiy akan datang petang esok untuk membantunya memindahkan barang-barang. Mujurlah barang Ayra tak banyak. Muat dimasukkan ke dalam kereta Shahin Adiy. Tak perlu sewa lori.

Sampai sahaja di rumah, Ayra terus melipatkan pakaiannya masuk ke dalam beg. Dia juga menyusun buku-buku ke dalam kotak. Ayra sudah tidak sabar hendak meninggalkan rumah tersebut walaupun rumah sewa itu membawa banyak kenangan padanya. Kenangan indah dan kenangan pahit. Dari bilik utama, dia berpindah ke bilik paling kecil.

Ayra memandang sekeliling bilik. dia pastinya akan merindui bilik dan rumah tersebut. Rumah yang disewanya sejak bulan tiga yang lalu.

Ayra membuka pintu bilik. Tidak kelihatan Syafiqah mahu pun Nadira di ruang tamu. Ayra mahu memaklumkan kepada mereka mengenai perpindahannya. Mereka pasti akan melonjak gembira dengan berita yang akan disampaikannya. Tiada lagi kelibatnya di rumah itu pasti akan menyejukkan hati Nadira.

Namun, rumah sewa barunya akan dirahsiakan. Dia tidak mahu Nadira mengganggunya sehingga ke rumah sewa baru.

Ayra mencapai tuala lalu terus ke bilik air.

Selesai solat Isyak, Ayra melangkah keluar dari bilik. Syafiqah dan Nadira sedang menonton drama Korea. Masa yang sesuai untuk Ayra memberitahu mengenai perpindahannya.

Syafiqah dan Nadira langsung tidak memandang ke arahnya. Ayra tak pedulikan layanan dingin mereka. Dia terus duduk di sofa. Jika Nadira memarahinya kerana duduk di sofa miliknya, Ayra akan segera bangun.

Nadira tidak memberi komen apa-apa. Ayra menarik nafas. Mereka khusyuk menghayati drama Korea.

"Dira, Iqa... esok aku akan pindah ke rumah sewa baru." Luah Ayra sebaik sahaja drama Korea dihentikan untuk siaran iklan.

Syafiqah terus menoleh ke Ayra.

"Kak Ayra nak pindah? Kak Ayra nak pindah mana?"

"Ke rumah sewa lain. Bulan ni Kak Ayra tak akan bayar sewa sebab Kak Ayra tolak deposit masa mula masuk rumah ni dulu."

"Kak Ayra pindah mana?"

Sekali lagi Syafiqah mengajukan pertanyaan yang sama. Ayra mengunci mulut. Dia tidak akan sesekali mendedahkan alamat rumah sewa barunya.

"Takkanlah nak cakap Iqa oi, terganggu pulak honeymoon dia orang nanti."

Ayra pekakkan telinga.

"Kak Ayra nak minta maaf pada Iqa atas kesalahan Kak Ayra pada Iqa yang mungkin Kak Ayra tak sedar. Dira, aku pun nak minta maaf pada kau."

Nadira mencebik. Matanya masih melekat pada skrin televisyen. Wajah Ayra tak mampu dipandang. Rasa benci semakin menjadi-jadi bila mendengar keputusan Ayra untuk berpindah.

"Aku juga nak kau halalkan makan minum aku di rumah ni. Iqa juga ye."

Nadira dan Syafiqah hanya membisu. Ayra kembali ke bilik. Dia menarik nafas lega kerana akhirnya dapat berbicara dengan Syafiqah dan Nadira. Terpulang kepada mereka sama ada sudi memaafkannya atau tidak. Dia sudah terlepas.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now