Part 43

794 23 0
                                    

Ayra mengeluh. Kalaulah dia tahu Marcos tiada di rumah, pasti dia akan cuba melarikan diri walau dengan apa cara sekalipun. Ayra sudah melepaskan satu peluang keemasan. Dia menyangka Marcos sedang tidur di dalam bilik. Rupa-rupanya lelaki itu keluar menjemput Shahin Adiy di lapangan terbang.

Melangkah saja ke dalam rumah, Shahin Adiy terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia langsung tidak menyapa Ayra.

Ayra menguis nasi dengan jari. Tidak berselera. Yang ada dalam kepala otak sekarang, dia mahu bersemuka dengan Shahin Adiy. Jika terpaksa melutut, dia akan melutut depan Shahin Adiy asalkan lelaki itu membebaskannya. Dia sudah tidak sanggup terus dikurung lagi. Seksa!

Sebentar kemudian terdengar bunyi derapan langkah. Shahin Adiy sedang menuruni tangga. Ayra yang hanya menjamah beberapa suap nasi saja terus bangun mencuci tangan di dapur. Dia mahu bersemuka dengan Shahin Adiy malam itu juga. Kalau tak diakukannya sekarang, entah bila lagi mereka akan berjumpa.

"Aku mau bincang dengan kau."

"Aku penat!"

Shahin Adiy menghempas diri atas sofa. Tangannya terus mencapai alat kawalan jauh.

"Aku mau kau lepaskan aku."

Shahin Adiy tersenyum sinis mendengar kata-kata Ayra.

"Aku serius! Ceraikan aku segera. Aku ndak sanggup dikurung lagi. Aku boleh jadi gila!"

"Aku cuma bagi apa yang kau nak. Kau nak rumah besar, nak makan sedap-sedap, kan? Nah, nikmatilah apa yang aku bagi pada kau."

Shahin Adiy takkan lupa motif keluarga Pak Sudin memerangkapnya. Dia masih menyimpan lagi surat yang diterima sehari sebelum dia ditangkap basah. Surat tersebut diselitkan di pintu pagar Vila Cahaya.

Hati-hati dengan keluarga Pak Sudin. Mereka sedang merancang sesuatu. Keinginan mereka untuk menikmati harta keluarga kau akau tercapai jika kau tak berhati-hati.

Pada mulanya, dia langsung tak ambil peduli kandungan surat tersebut. Namun, bila sudah ditangkap basah, barulah dia sedar akan kebenaran yang tertulis dalam surat itu.

"Ndak aku mau semua ni! Aku mau balik, mau jumpa keluarga aku! Tempat aku bukan di sini. Kau ndak berhak mengurung aku di sini. Aku ndak buat salah pada kau. Kalau aku ke balai polis buat laporan, kau yang akan susah nanti!"

"Tak payah berlakon lagi. Aku tau kau dan keluarga kau dari dulu lagi nak jadi orang kaya, kan? Sekarang cita-cita kau sudah tercapai. Kau kena bersyukur, bukannya merungut!"

"Ya, memang aku mau jadi orang kaya. Mau duduk rumah besar. Tapi dengan hasil usaha titik peluh aku sendiri!"

Shahin Adiy tergelak. Kata-kata Ayra masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Langsung tidak memberi apa-apa makna pada dirinya.

"Dengan titik peluh sendiri... yalah tu!"

Shahin Adiy ketawa mengekek. Ayra menahan rasa sakit di hati dengan perilaku keterlaluan Shahin Adiy. Ikutkan hati mahu sahaja dia menghempuk kepala Shahin Adiy dengan kerusi makan.

"Kau mau aku buat apa? Kau cakap saja, aku akan ikut kata kau asalkan kau lepaskan aku."

Suara Ayra kembali mendatar, lebih lembut. Tak ada gunanya dia bertekak dengan lelaki psiko seperti Shahin Adiy.

"Aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Inilah balasan yang terpaksa kau terima kerana telah mempermainkan hidup aku. Kalau bukan kerana kau dan keluarga kau, mungkin aku akan berkahwin dengan perempuan lain yang jauh lebih baik dari kau. Aku juga tak perlu sembunyikan kau di rumah ni!"

"Aku ndak paksa kau kawin dengan aku. Aku ndak paksa kau sembunyikan aku di sini! Kau yang cari penyakit!"

"Sudahlah. Aku ada sebab buat semua ni!"

Shahin Adiy terus menuju ke tangga. Dia ke tingkat atas. Kepalanya serabut.

"Tunggu dulu! Kita belum habis bincang lagi."

Ayra terus ikut Shahin Adiy. Lelaki itu menyusup ke dalam bilik. Ayra tidak sempat menahan pintu. Dia mengetuk pintu berkali-kali. Tapi Shahin Adiy tidak mengendahkannya.

TQ sudi baca. Mohon vote ya utk bab seterusnya ;-)

Follow my ig : karya_zz

Like my fb page : Karya ZZ

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now