Part 79

790 27 1
                                    

"Cerita gila." Shahin Adiy memberi komen sebaik sahaja wayang tamat. Pengakhiran cerita tak memuaskan hatinya.

"Ayra suka ending yang macam tu. Buat penonton berfikir."

"Tapi abang lebih suka tengok cerita yang tak berat. Sebab kita datang menonton ni untuk menghiburkan hati kita. Bukannya nak memeningkan kepala kita."

"Sekali-sekala cerita macam ni apa salahnya, kan?"

Shahin Adiy tergelak kecil. Ayra tetap mempertahan filem yang baru selesai ditayangkan. Dia gembira bila melihat senyuman di bibir Ayra. Matanya bersinar-sinar, memancarkan kegembiraan lahir dari hatinya.

Mereka menuju ke sebuah restoran.

"Abang nak tanya sesuatu, boleh tak?"

"Tanyalah. Tak payah nak minta izin." Ayra tergelak kecil.

"Kenapa Ayra tak pernah hubungi keluarga Ayra? Ayra tahu tak, mereka rindukan Ayra."

Ketawa Ayra terus mati. Dia mengalihkan pandangan. Wajah bapak, emak dan adik-adik tergambar di kotak fikirannya. Pasti raut wajah mereka sudah berubah kini.

"Ayra pun rindu mak, bapak dan adik-adik Ayra. Bukan sengaja Ayra tak hubungi mereka. Ayra takut. Takut mereka akan laporkan pada polis."

"Kenapa pulak Ayra takut mereka hubungi polis?"

"Ayra ingat abang dan Marcos dah meninggal masa hari tu. Polis mesti syak Ayra pembunuh. Mereka mesti jejak Ayra sampai ke kampung. Sebab tu, bila berjaya lepaskan diri, Ayra terus ke semananjung. Abang mesti dapat agak dari mana Ayra dapat duit untuk beli tiket."

"Jam tangan abang."

"Ye. Maafkan Ayra sebab terpaksa mencuri dan menjual jam tangan abang tu. Dengan duit tu Ayra dapat beli tiket. Masa kat airport, Ayra jumpa dengan Faizah. Dia baru nak mendaftar di universiti di semenanjung. Dengan bantuan dia, Ayra semak keputusan kemasukan ke IPTA. Alhamdulillah, nama Ayra tersenarai. Ayra satu universiti dengan Faizah. UiTM Arau, Perlis. Tapi bidang lain-lain. Dia yang banyak membantu Ayra semasa di kampus."

"Jadi, Ayra belajar kat sana?"

Ayra mengangguk.

"Hampir kesemua IPTA abang jejak. Hanya tinggal beberapa IPTA sahaja abang tak sampai. UiTM Arau salah satunya." Shahin Adiy menggeleng-geleng kepala, menyesal kerana tidak mencari Ayra di sana.

"Walaupun Ayra dapat lepaskan diri jauh ke semenanjung, tapi hati Ayra tak pernah tenang. Rasa takut menghantui diri Ayra. Bangun pagi, Ayra mesti terfikir yang Ayra akan ditangkap polis hari tu."

"Kesian Ayra. Abang yang bersalah. Maafkan abang."

"Cukup, abang dah banyak kali minta maaf. Ayra pun dah maafkan abang."

"Bodoh betul abang. Boleh pulak abang kurung Ayra kat rumah tu. Abang belum matang lagi masa tu. Perangai masih macam budak-budak."

Shahin Adiy tergelak kecil. Bila difikir-fikir, terasa dirinya bodoh melakukan perkara tersebut.

"Alhamdulillah, kita bertemu jugak akhirnya. Abang akan tebus semua kesalahan abang pada Ayra. Terima kasih sebab bagi abang peluang kedua. Abang takkan sia-siakan peluang kali ni. Kita akan bina sebuah keluarga bahagia."

Shahin Adiy menggenggam tangan Ayra.

"Telefon abang berbunyi tu." Ujar Ayra.

Shahin Adiy segera menjawab panggilan.

"Adiy kat mana sekarang?" Terus Shahin Adiy diajukan pertanyaan sebaik sahaja dia menjawab panggilan.

"KL. Kenapa kak?"

"Kak Sya telefon mama pagi tadi. Dia cakap Adiy keluar dari rumah. Betul ke?"

"Tak adalah. Sementara waktu je. Esok, lepas hantar Ayra balik Kuala Kangsar, Adiy baliklah."

Shahin Adiy memperlahankan suara. Dia tidak mahu Ayra terbeban dengan apa yang berlaku sekarang. Cukuplah penderitaan yang ditanggung isterinya selama ini. Sekarang, dia hanya mahu beri kebahagiaan pada Ayra.

"Mama ingat kau keluar terus. Berendam air mata dia kat rumah tu. Kau tinggal kat mana sekarang."

"Hotel."

"Sanggup kau tinggalkan mama sorang-sorang di rumah demi perempuan tu."

"Perempuan ni isteri Adiy kak. Takkan Adiy nak biarkan dia bila mama halau dia keluar. Dia bukannya tahu selok-belok di KL ni. Tak apalah kak, kita bincang nanti."

Shahin Adiy terus mematikan panggilan. Dia malas hendak mendengar leteran Syamila Aqilah. Kakak sulungnya itu sekepala dengan ibunya. Sikap mereka hampir sama. Sebab itulah Syamila Aqilah boleh terus bertahan tinggal di rumah itu walaupun sudah ada anak dua.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now